Friday, November 22, 2019

Nikah di Thailand kemudian dipaksa bercerai

Post kali ni bukan hanya untuk yang nikah di Thailand. Kalau nikah di tempat lain pun, ada juga kes yang dikatakan "dipaksa bercerai".

Sebenarnya, kes "dipaksa bercerai" ni jarang berlaku. Yang selalu berlaku adalah "didesak bercerai". Contohnya, kalau nikah isteri kedua di Thailand, kemudian isteri pertama suruh ceraikan isteri kedua. Itu adalah desakan, bukan paksaan. Tapi, kalau isteri pertama pegang pistol dan suruh ceraikan isteri kedua kalau tak nak kena tembak, itu baru paksaan.

Paksaan melibatkan sesuatu yang sangat buruk akan berlaku kalau tak buat apa yang disuruh, Kalau tak ada ancaman berat, bukan paksaan. Cuma desakan.

Baru-baru ni ada sorang lelaki yang kata isteri pertama dia paksa dia lafaz cerai talak tiga kepada isteri kedua dia. Lafaz cerai tu dah disediakan oleh seorang peguam syarie, suami cuma perlu lafazkan. Isteri tak ancam dia apa-apa, cuma desak dia lafazkan. Tapi, dia lafazkan.

Lepas tu, dia telefon saya mengatakan dia dipaksa oleh isteri pertama untuk lafaz cerai talak tiga dan nak rujuk semula dengan isteri kedua. Dia tanya macam mana caranya. Saya kata, dah tak ada cara. Kemudian dia kata dia tak ada niat nak ceraikan isteri kedua dia, tapi dia dipaksa. Saya kata, dia didesak, bukan dipaksa. Kemudian dia tanya boleh tak nikah cina buta di Thailand. Saya kata, nikah cina buta dilaknat oleh Nabi. Bahaya untuk akhirat.

Sebelum ni dah ada kes di mana keluarga isteri kurung isteri selepas nikah di Thailand. Kemudian, mak isteri telefon suami minta dia ceraikan isterinya, kononnya isterinya dah tak nak pada dia. Bila minta bercakap dengan isteri, mak dia tak bagi. Tapi dia terus mendesak supaya ceraikan isteri dengan talak tiga. Suami tu lafazkan. Lepas tu dia (suami) tanya saya macam mana nak rujuk.

Kepada para suami: Kalau dipaksa menceraikan isteri sedangkan tak ada niat untuk menceraikan dia, lafazkan talak satu dulu. Lepas tu, kalau dipaksa lagi untuk lafazkan talak tiga, lakukanlah. Tak jatuh pun talak tiga sebab lafaz talak satu tadi dah menjadikan isteri bukan lagi isteri. Dah tertalak dengan talak satu. Kalau kita lafaz cerai kepada perempuan yang bukan lagi isteri kita, tak jatuh talak.

Kemudian, bila keadaan dah selamat, rujuk semula dengan isteri.

Tapi, kalau cuma didesak, jangan layan. Jangan lafazkan cerai.

No comments:

Post a Comment