Tuesday, December 3, 2019

Nikah di Thailand dengan Warga Asing Pemegang Permit Kerja

Tumpuan saya kali ni adalah mereka yang nak nikah di Thailand dengan pemegang permit kerja Malaysia yang berasal dari Pakistan, Nepal, Bangladesh dan negara-negara lain yang memerlukan visa dari Kedutaan Thailand sebelum boleh masuk ke Thailand.

Kedutaan Thailand menetapkan dua syarat untuk memohon visa pelancong:

1. Pemohon mestilah mempunyai permit kerja dengan visa "multiple entry" dari Malaysia. Maksudnya, kalau pemegang permit kerja tu keluar dari Malaysia, dia tak ada masalah untuk masuk semula ke Malaysia. Kerajaan thailand tak nak masalah pemegang permit kerja tu tak dapat masuk semula ke Malaysia selepas melawat Thailand.

2. Pemohon mesti mempunyai akaun bank dari bank di Malaysia. Akaun itu hendaklah dibuka lebih dari 6 bulan sebelum memohon visa pelancong dari Kedutaan Thailand dan akaun itu kena ada bukti duit masuk setiap bulan selama 6 bulan tu. Maksudnya, gaji dia kena masuk ke bank, bukan terima wang tunai dari majikan.

Kebanyakan pemegang permit kerja dari Pakistan, Nepal dan Bangladesh tak dapat memenuhi syarat-syarat di atas.

Selain itu, warga Pakistan, Nepal dan Bangladesh cuma boleh masuk ke Thailand melalui airport. Tak boleh masuk ikut sempadan. Bila nak masuk semula ke Malaysia selepas nikah di Thailand pun tak boleh ikut sempadan. Kena masuk ikut airport, contohnya dari Hat Yai ke KLIA.

Kedua, Konsulat Malaysia di Songkhla tak akan sahkan surat nikah kalau salah sorang yang nikah tu adalah pemegang permit kerja. Kalau tak ada pengesahan Konsulat Malaysia, surat nikah tu tak diiktiraf di Malaysia. Sama macam tak ada surat nikah. Tak boleh daftar di Malaysia. Pencegah maksiat boleh dakwa di mahkamah atas tuduhan khalwat atau zina.

Ketiga, kalau tamatkan permit kerja, bekas pemegang permit kerja tu kena balik ke negara asal dulu. Mengikut syarat, dia tak boleh masuk semula ke Malaysia bagi tempoh 6 bulan. Tapi, yang ni ada penyelesaiannya.

Jadi, bagi kebanyakan pasangan, cara terbaik adalah:

1. Tamatkan permit kerja dan balik ke negara sendiri
2. Mohon visa dari Kedutaan Thailand di negara sendiri.
3. Ambil penerbangan ke Hat Yai
4. Jumpa pasangan dari Malaysia di sana dan nikah
5. Dapatkan pengesahan Konsulat
6. Mohon visa untuk masuk ke Malaysia semula
7. Gunakan penerbangan dari Hat Yai ke KLIA untuk masuk semula ke Malaysia

Hubungi saya untuk apa-apa penjelasan. Tel 0103658513 atau emel songkhla@sukasamasuka.net

No comments:

Post a Comment