Friday, July 6, 2012

Masalah kalau Nikah di Betong | Kahwin di Majlis Agama Islam Yala

Baru-baru ni ada pemberita yang seolah-olah menggalakkan pasangan Malaysia untuk nikah di Betong, Yala. Secara sengaja atau tidak, dia sebenarnya mendorong pasangan untuk melakukan sesuatu yang akan menyusahkan pasangan itu sendiri.

Majlis Agama Islam Yala, tempat nikah di Betong
Majlis Agama Islam Wilayah Yala

Masalahnya begini:

Selepas nikah di Betong, Yala, atau mana-mana Wilayah di Selatan Thailand, pasangan perlu mendaftarkan nikah tu di Malaysia. Proses pendaftaran nikah akan memerlukan pasangan menghadiri perbicaraan  di mahkamah syariah sebab cuma hakim mahkamah syariah saja yang boleh sahkan perkahwinan di luar negara.

Untuk tujuan pengesahan nikah di mahkamah syariah, pasangan perlu mempunyai dokumen yang lengkap. Diantaranya ialah surat nikah dari salah satu Majlis Agama Islam di Thailand, dan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Selatan Thailand. Konsulat Malaysia untuk Selatan Thailand terletak di Songkhla. Tak ada Konsulat Malaysia di Yala, Narathiwat, Pattani dan sebagainya. Cuma ada di Songkhla.



Konsulat General Malaysia di Songkhla

Pasangan yang nikah di Betong akan menerima surat nikah pada hari nikah. Lebih kurang seminggu kemudian, mereka akan menerima surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Yala. Tapi, mereka tidak akan menerima surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Sudah kerap saya menerima panggilan dari pasangan yang nikah di Betong yang meminta bantuan kami untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla, sebab hakim mahkamah syariah suruh mereka dapatkan surat tu. Mereka dah pergi ke mahkamah syariah, tapi kes mereka tak boleh selesai sebab mereka tak kemukakan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Mereka tak dapat surat tu dari Betong.

Jadi, kepada pasangan yang ingin nikah di Thailand, nasihat saya ialah: jangan susahkan diri sendiri akibat tak ada surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Pergi nikah di Songkhla dan dapatkan dokumen lengkap, bukan nikah di Betong atau lain-lain tempat di Selatan Siam dan pulang dengan dokumen yang tak lengkap.

Thursday, May 24, 2012

Memilih Agen Perkahwinan di Thailand

 Telefon Kami: 010-365 8513 atau 017-328 5129 untuk perkahwinan di Thailand
 Lawati laman web kami: Nikah di Thailand

Memandangkan ramai agen yang mewakili sindiket nikah palsu di sempadan Siam, berhati-hati dalam memilih agen untuk perkahwinan di Thailand. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

Pastikan laman web atau blog agen tersebut mengandungi maklumat berikut:

Nama agen, gambar agen, nombor telefon dan alamat pejabat agen, dengan peta lokasinya sekali.

Sesudah itu, ada baiknya menelefon agen berkenaan dan menyatakan keinginan untuk datang ke pejabatnya. Agen palsu akan membuat dalih untuk tidak membenarkan pergi ke pejabatnya, dan mencadangkan untuk berjumpa di luar. Kalau agen tidak mempunyai pejabat, ini juga satu tanda yang mencurigakan.

Fikirkan semudah mana agen akan dapat dicari sekiranya berlaku penipuan dan laporan polis perlu dibuat terhadapnya.

Agen sindiket palsu tidak akan berani memberikan maklumat lengkap seperti di atas, sebab akan mudah untuk pasangan yang tertipu membuat laporan kepada polis.

Berhati-hati kalau agen meminta wang pendahuluan atau deposit. Tak ada sebab bagi agen untuk meminta wang pendahuluan. Semua bayaran harus dibuat pada hari nikah, bukan lebih awal dari itu.

Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia amat penting dalam urusan pendaftaran nikah di Malaysia nanti, dan Konsulat Malaysia cuma terdapat di Songkhla. Tak ada Konsulat Malaysia di Yala, Narathiwat atau Pattani. Oleh itu, pastikan agen akan membawa ke Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia selepas perkahwinan di Thailand.

Pastikan juga agen mempunyai surat kebenaran atas namanya sendiri dari Majlis Agama Islam di Thailand untuk membawa pasangan ke sana. Surat ini adalah bukti bahawa agen tersaebut dikenali oleh Majlis Agama Islam berkenaan, dan diyakini oleh Majlis Agama dapat memberikan khidmat yang baik.

Wednesday, February 15, 2012

Hukum Nikah di Thailand Sah atau Tidak

Hubungi 010-365 8513 atau 017-328 5129 untuk nikah di Thailand

Agak ramai yang bertanya samada nikah di Thailand sah atau tidak. Jawapannya, secara ringkas, ialah, ada yang sah dan ada yang tidak.

Kalau nikah dilakukan oleh jurunikah bertauliah dari mana-mana Majlis Agama Islam di Thailand seperti Majlis Agama Islam Pattani, Phatthalung, Narathiwat, Yala, Songkhla atau Satun (atau lain-lain Majlis Agama Islam di Thailand), dan pernikahan itu memenuhi hukum syarak tentang nikah, maka nikah itu sah. Orang Islam Thailand sendiri pun dinikahkan oleh jurunikah yang sama, dengan cara yang sama.

Kalau nikah di belakang kedai atau di rumah imam atau di lain-lain tempat, dan tidak diketahui jurunikah yang menikahkan tu bertauliah atau tidak, maka status sah atau tidak nikah tu menimbulkan keraguan. Lebih-lebih lagi apabila jurunikah berkenaan menjadi wali hakim.

Soal wali hakim ni soal serius. Wali hakim perlu dilantik oleh raja atau oleh Kerajaan. Dalam kes Thailand dimana raja dan kerajaannya bukan Islam, wali hakim hanya boleh dilantik oleh Majlis Agama Islam di setiap wilayah di Thailand. Imam, atau orang lain,  tak boleh lantik diri dia sendiri jadi wali hakim!

Kalau nak nikah di Thailand, pastikan tempat nikah ialah pejabat Majlis Agama islam, bukan tempat lain. Tak kiralah nikah di Pattani atau Yala atau Narathiwat atau Songkhla atau mana-mana wilayah lain, pastikan tempat nikah ialah Majlis Agama Islam, supaya tak timbul persoalan "nikah di Thailand sah atau tidak". Nikah di Majlis Agama Islam dah tentu sah.

Ada penceramah yang berkata bahawa nikah di Thailand tanpa pengetahuan wali adalah tidak sah, walau pun pernikahan berlangsung lebih dari 2 marhalah dari tempat wali berada pada masa itu. Itu adalah pandangan peribadi dia dan tidak dipersetujui oleh kebanyakan ulama.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia ada keluarkan beberapa fatwa tentang nikah di Siam. Secara amnya, hukum nikah di Thailand adalah sah


Catatan pada 22 Mac 2015:
Sesiapa saja boleh mengemukakan pertanyaan di sini. Tapi, baca dulu soal-jawab yang sedia ada di bawah, sebab saya tak akan menjawab soalan yang sudah dijawab.

Hubungi 010-365 8513 atau 017-328 5129 untuk nikah di Thailand, permohonan surat konsulat atau urusan cerai di Thailand. Boleh juga isi borang di sini. Untuk maklumat tentang nikah di Thailand, layari http://www.nikah-kahwin.com