Monday, November 4, 2019

Nikah di Thailand - Nikah Rahsia

Nikah rahsia atau nikah siri bermaksud nikah yang dirahsiakan dari keluarga atau Kerajaan atau dua-dua sekali.

Nikah siri di Thailand yang dirahsiakan dari Kerajaan termasuk nikah yang tak didaftarkan di Konsulat Malaysia di Songkhla atau yang tak didaftarkan di Malaysia setelah nikah di Thailand.

Kalau tak berdaftar di Konsulat, surat nikah tak diiktiraf di Malaysia dan pencegah maksiat boleh dakwa di mahkamah syariah atas tuduhan khalwat atau zina. Kalau dapat anak, anak itu tak boleh dibinkan kepada ayahnya, sama macam anak tak sah taraf.

Kalau tak daftar di Malaysia, mungkin ada kesusahaan juga bila ada anak nanti.

Tapi, kalau nak rahsiakan dari keluarga dan bertujuan untuk nikah semula di Malaysia kemudian nanti, tak payalah daftar di Malaysia setelah nikah di Thailand. Cuma dapatkan pengesahan Konsulat. Kalau daftar di Malaysia, keluarga akan tahu bila nak nikah semula nanti.

Ada pula pasangan yang nak nikah rahsia, sehingga tak nak ada surat nikah. Maksudnya, cuma nikah saja di Thailand dan balik tanpa surat nikah. Biasanya yang memohon nikah macam ni adalah seorang perempuan yang bakal menjadi isteri kedua. Bakal suami nak rahsiakan betul2 pernikahan kedua ni sebab tak nak isteri pertama tahu.

Yang ni ada masalah besar.

Pertama, pencegah maksiat boleh dakwa atas tuduhan khalwat atau zina.

Kedua, kalau ada anak, anak itu akan dianggap sebagai anak luar nikah.

Ketiga, kalau suami tinggalkan isteri keduanya tanpa talak, isteri kedua akan tergantung tak bertali seumur hidup. Tak boleh tuntut cerai sebab tak ada bukti nikah.

Lagi pun, kalau sampai begitu sekali bakal suami nak sorok pernikahan kedua ni, macam mana kehidupan selepas nikah nanti? Mungkin suami akan datang satu atau dua jam selepas kerja, puaskan nafsu dia dan balik ke rumah isteri pertama. Kehidupan isteri kedua macam hamba seks.

Kalau cuti, dia akan bersama isteri pertama. Kalau hari raya, dia akan bersama isteri pertama. Giliran bermalam dah tentu tak ada!

Kepada kaum wanita, fikirlah baik2 sebelum nikah dengan lelaki yang minta syarat begini. Boleh nikah rahsia di Thailand, tapi bincang betul2 macam mana cara hidup selepas nikah nanti.

Dan pastikan ada surat nikah yang berdaftar di Konsulat Malaysia di Songkhla selepas nikah di Thailand. Kalau suami tak bersetuju, please, for your own sake, jangan nikah dengan dia.

Ingat peribahasa lama, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya.

No comments:

Post a Comment