Friday, July 6, 2012

Masalah kalau Nikah di Betong | Kahwin di Majlis Agama Islam Yala

Baru-baru ni ada pemberita yang seolah-olah menggalakkan pasangan Malaysia untuk nikah di Betong, Yala. Secara sengaja atau tidak, dia sebenarnya mendorong pasangan untuk melakukan sesuatu yang akan menyusahkan pasangan itu sendiri.

Majlis Agama Islam Yala, tempat nikah di Betong
Majlis Agama Islam Wilayah Yala

Masalahnya begini:

Selepas nikah di Betong, Yala, atau mana-mana Wilayah di Selatan Thailand, pasangan perlu mendaftarkan nikah tu di Malaysia. Proses pendaftaran nikah akan memerlukan pasangan menghadiri perbicaraan  di mahkamah syariah sebab cuma hakim mahkamah syariah saja yang boleh sahkan perkahwinan di luar negara.

Untuk tujuan pengesahan nikah di mahkamah syariah, pasangan perlu mempunyai dokumen yang lengkap. Diantaranya ialah surat nikah dari salah satu Majlis Agama Islam di Thailand, dan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Selatan Thailand. Konsulat Malaysia untuk Selatan Thailand terletak di Songkhla. Tak ada Konsulat Malaysia di Yala, Narathiwat, Pattani dan sebagainya. Cuma ada di Songkhla.



Konsulat General Malaysia di Songkhla

Pasangan yang nikah di Betong akan menerima surat nikah pada hari nikah. Lebih kurang seminggu kemudian, mereka akan menerima surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Yala. Tapi, mereka tidak akan menerima surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Sudah kerap saya menerima panggilan dari pasangan yang nikah di Betong yang meminta bantuan kami untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla, sebab hakim mahkamah syariah suruh mereka dapatkan surat tu. Mereka dah pergi ke mahkamah syariah, tapi kes mereka tak boleh selesai sebab mereka tak kemukakan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Mereka tak dapat surat tu dari Betong.

Jadi, kepada pasangan yang ingin nikah di Thailand, nasihat saya ialah: jangan susahkan diri sendiri akibat tak ada surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Pergi nikah di Songkhla dan dapatkan dokumen lengkap, bukan nikah di Betong atau lain-lain tempat di Selatan Siam dan pulang dengan dokumen yang tak lengkap.

No comments:

Post a Comment