Semakin hari semakin ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan di Thailand, khususnya di Majlis Agama Islam Songkhla. Mungkin pemilihan Songkhla adalah akibat meningkatnya kesedaran bahawa surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla diperlukan setelah selesai perkahwinan di Thailand.
Peningkatan bilangan pasangan yang melangsungkan perkahwinan di Songkhla telah menyebabkan masa menunggu giliran untuk nikah menjadi agak lama pada hari-hari tertentu. Oleh itu, sejak awal tahun ini, kami telah mula membawa pasangan ke Majlis Agama Islam Phatthalung di utara Songkhla.
Phatthalung
Perkahwinan di Phatthalung, di Majlis Agama Islam di sana, diiktiraf oleh JAKIM, sama seperti perkahwinan di Majlis Agama Islam Songkhla. Waktu perjalanan ke sana lama sedikit berbanding Songkhla, tapi disebabkan tak ramai pasangan yang nikah di sana, urusan nikah boleh selesai dalam masa yang singkat.
Setelah selesai urusan nikah di Phatthalung, pasangan akan menerima surat nikah dan surat pengesahan nikah, sama macam di Songkhla. Kemudian, kami bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk memohon surat pengesahan dari Konsulat Malaysia. Seperti biasa, Konsulat akan mengeluarkan surat pengesahan itu pada hari bekerja berikutnya.
Jarak di antara Majlis Agama Islam Phatthalung dengan mana-mana tempat di Malaysia melebihi 100km. Ini bermakna bahawa semua pasangan Malaysia yang menghadapi masalah wali enggan boleh melangsungkan perkahwinan di Phatthalung, sebab dah melebihi jarak 2 marhalah yang diperlukan. Sebagai perbandingan, Majlis Agama Islam Songkhla terletak cuma 43km dari tempat paling dekat dari Malaysia, di utara Perlis.
Saya nak tya.. saya dgn teman wanita saya, suda bersama 2 tahun. Dia masih belajar dan akan menjadi cikgu, saya masih pelajar degree dan kami berumur 21 tahun. Jadi kami xnk hubungan kami penuh dengan maksiat jadi saya bercadang nak berkahwin secara senyap2 sehingga kami suda bekerja baru kami hendak buat majlis makan2.. jadi masalahnye keluarga kami tidak faham kahwin waktu muda. Dan apa yg kami nk buat benda yg baek. Kami harap tuan boleh bagi penerangan yg lebih lanjut
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteDari hadith: "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya". (HR. Ahmad 2:251, Nasa'i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadith no. 2518, dan Hakim 2:160)
ReplyDeleteSatu lagi hadith: Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Jelas bahawa kahwin muda itu digalakkan dan kahwin untuk memelihara kehormatan itu juga digalakkan. Sebagai pelajar, saya tahu bahawa niat berkahwin bukan untuk "dapat anak", tapi untuk mengelak dari berlaku zina, kalau2 masing2 hilang kawalan.
Dan memang baik untuk nikah, supaya lebih mampu mengawal nafsu, sebab syaitan sangat suka memujuk pasangan yang belum berkahwin untuk melakukan maksiat.
Jadi, sekiranya khuatir akan berlaku zina, nikahlah. Nikah gantung. Cuba pujuk ibu-bapa supaya mengizinkan. Kalau mereka tetap tidak mengizinkan, maka mengelak dari melakukan zina adalah sangat penting.
Kalau ingin berbincang lebih lanjut, hubungi saya melalui telefon atau isi borang di http://www.nikah-kahwin.com/hubungi-kami.php
tuan ridzwan ada email?
ReplyDeleteEmel: info@nikah-kahwin.com
ReplyDeletesalam.tuan tiada masalah ke jika nikah di mjlis agama phattalung,dari segi pendaftaran? camna sewaktu perbicaraan, mahkahmah minta saksi & juru nikah untuk hadir ke mahkamah? adakah konsulat mlysia di songkhla akan menyiasat pernikahan itu secara terperinci,sama ada sah@tidak sebelum mngeluarkan surat pengesahan pernikahan tersebut.?harap tuan dapat membantu persoalan ini...terima kasih
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeletePejabat agama di Phatthalung adalah salah satu dari 6 tempat nikah di Selatan Thailand yang diiktiraf oleh JAKIM. Tak ada masalah untuk mendaftar di Malaysia. Setakat ini mahkamah tak memerlukan saksi atau jurunikah untuk hadir di mahkamah di kebanyakan negeri. Tapi, jangan lupa bawa kamera atau fon yang boleh merakamkan video. Video akad nikah akan menjadi bukti dalam mahkamah nanti. Konsulat Malaysia tidak mengeluarkan surat pengesahan nikah kecuali pasangan mengemukakan surat pengesahan nikah dan surat nikah dari Majlis Agama yang diiktiraf oleh JAKIM.
ReplyDeleteAssalamualaikum . Sy nk tanye . Skarang ni sy sorang student IPT , teman lelaki pula sudah bkerja . Keluarga sy tidak mengizinkan pnikahan di usia muda ni . Adakah sah sekiranya kami berkahwin tanpa pgetahuan keluarga dan bpa sy sendiri ? Kami sama2 nk mengelakkan maksiat . Tp faktor keluarga x mgizinkan . Boleh ke tuan bg pdapat ?
ReplyDeleteSalam tuan...kalau saya.dan pasangan berada di alor setar kedah macam mana,ada tak tmpt yg mlebihi 2 marhalah?berapa lama masa di perlukn dan berapa kosnya?
ReplyDeleteStudent IPT: Nikah tanpa pengetahuan wali di jarak yang melebihi 2 marhalah dari tempat wali berada adalah sah. Perkara ini dijelaskan oleh JAKIM dalam jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh seorang wanita yang nikah di Narathiwat tanpa pengetahuan walinya, dan nereka nikah berwali hakim:
ReplyDeletehttp://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/38848
Pasangan di Alor Setar: Yang peting bukan dimana pasangan berada sekarang, tapi tempat di mana wali kepada pengantin perempuan berada pada masa nikah berlangsung. Kalau wali berada di Alor Setar, pernikahan boleh berlangsung di Majlis Agama Islam Songkhla atau Phatthalung. Jarak "burung terbang" antara Alor Setar dan Majlis Agama Islam Songkhla ialah 103km, sementara Majlis Agama Islam Phatthalung berada 130km dari Alor Setar. Hantar emel kepada info@nikah-kahwin.com untuk maklumat harga dan perjalanan. Wassalam.
salam tuan,saya ingin bertanya,bagaimana kitanya perempuan itu seorg janda,dan da setahun menjanda,tp sbb bekas suami dye tidak bertanggungjawab,dan bekas suami dye xnak selesaikan urusan penceraian dan dye ingin berkhawin dgn lelaki yg baru...boleh ka diuruskan perkara sebegini?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteCerai perlu disahkan oleh hakim di Mahkamah Syariah. Kadang2 lafaz cerai tu tak jelas dan suami tak menjatuhkan cerai pun, walau pun kemudiannya dia keluar dari rumah. Jadi, biar mahkamah yang tentukan jatuh talak atau tidak.
Suruh perempuan tu pergi ke Pejabat Agama berhampiran untuk nasihat, atau ke mahkamah syariah berhampiran untuk proses pengesahan cerai. Dia boleh pergi sendiri walau pun suami tak ikut sama. Kalau perlu, dapatkan khidmat peguam Syarie.
Selesai perceraian dan dapat surat cerai, baru nikah semula.
Kalau nikah sekarang pun, tak boleh daftar di Malaysia sebab rekod di Malaysia masih menunjukkan status dia sebagai berkahwin.
Assalam .. Encik Ridzwan..saya ingin bertanya..berapa kos harga keseluruhan untuk pergi ke sana? dan bolehkah jika saya mahu pergi pada 24hb 03?
ReplyDeleteInsya Allah boleh nikah pada 24 Mac di sana. Untuk maklumat harga, isi borang di http://www.nikah-kahwin.com/hubungi-kami.php atau call saya: 010-365 8513.
DeleteWassalam.
Assalam, sy menfalami masalah wali enggan walaupon sudah bebrapa kali pasangan dtg kerumah menyatakan hasrat utk berkahwin dgn sy.. malah keluar pasangan pon sudah berniat utk dtg tp ayah membatalkan hasrat keluarga pasangan.. skarang kami masih belajar dan berhasrat utk nikah di thailand.. ayah saya berada di langkawi dn dimanakah patut kami bernikah utk memenuhi syarat melebihi 2 marhalah??
ReplyDeleteSalam. Majlis Agama Islam Songkhla di Khlong Hae terletak lebih dari 2 marhalah dari Langkawi.
DeleteLepas nikah di songkhla boleh ke daftar di mana2 negeri.. atau mmg kena daftar di langkawi juga..
ReplyDeletePendaftaran perlu dibuat di tempat mastautin orang yang mendaftar. Kalau suami yang mendaftar, daftar di tempat mastautin suami. Kalau isteri yang mendaftar, daftar di tempat mastautin isteri.
Deletesalam... kalau wali berada di kuala nerang kedah lokasi manakah yang melebihi 2 marhalah jika ingin melangsungkan pernikahan di thailand....
ReplyDeleteSalam. Bergantung kepada lokasi sebenar di Kuala Nerang. Sebagai contoh, penduduk Kampung Kejai dan Kampung Sireh cukup jarak untuk nikah di Songkhla, tapi penduduk Kampung Bendang dan Kampung Kuala Janing harus pergi ke Pattani.
ReplyDeleteKami bolejh membawa ke Pattani melalui Bukit Kayu Hitam. Masa perjalanan ialah 2 jam. Perjalanan dari Pattani ke Konsulat Malaysia di Songkhla pula memerlukan lebih kurang 1jam 30min.