Telefon Kami: 010-365 8513 untuk perkahwinan di Thailand
Lawati laman web kami: Nikah di Thailand
Memandangkan ramai agen yang mewakili sindiket nikah palsu di sempadan Siam, berhati-hati dalam memilih agen untuk perkahwinan di Thailand. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
Pastikan laman web atau blog agen tersebut mengandungi maklumat berikut:
Nama agen, gambar agen, nombor telefon dan alamat pejabat agen, dengan peta lokasinya sekali.
Sesudah itu, ada baiknya menelefon agen berkenaan dan menyatakan keinginan untuk datang ke pejabatnya. Agen palsu akan membuat dalih untuk tidak membenarkan pergi ke pejabatnya, dan mencadangkan untuk berjumpa di luar. Kalau agen tidak mempunyai pejabat, ini juga satu tanda yang mencurigakan.
Fikirkan semudah mana agen akan dapat dicari sekiranya berlaku penipuan dan laporan polis perlu dibuat terhadapnya.
Agen sindiket palsu tidak akan berani memberikan maklumat lengkap seperti di atas, sebab akan mudah untuk pasangan yang tertipu membuat laporan kepada polis.
Berhati-hati kalau agen meminta wang pendahuluan atau deposit. Tak ada sebab bagi agen untuk meminta wang pendahuluan. Semua bayaran harus dibuat pada hari nikah, bukan lebih awal dari itu.
Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia amat penting dalam urusan pendaftaran nikah di Malaysia nanti, dan Konsulat Malaysia cuma terdapat di Songkhla. Tak ada Konsulat Malaysia di Yala, Narathiwat atau Pattani. Oleh itu, pastikan agen akan membawa ke Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia selepas perkahwinan di Thailand.
Pastikan juga agen mempunyai surat kebenaran atas namanya sendiri dari Majlis Agama Islam di Thailand untuk membawa pasangan ke sana. Surat ini adalah bukti bahawa agen tersaebut dikenali oleh Majlis Agama Islam berkenaan, dan diyakini oleh Majlis Agama dapat memberikan khidmat yang baik.
Assalam..
ReplyDeleteBoleh saya bertanya?
Saya brnikah dgn suami di thailand.kini suami telah di penjara selama 3 taun.adakah jatuh fasakh ats saya?
Bolehkah saya tidak pergi ke thailand untuk mengambil fasakh?
saya mengupah yang arif menolong saya
Assalam...
ReplyDeleteTuan,saya ada sedikit kekeliruan.bolehkh saya tidak ke thailand mengambil fasakh?ejen yang pergi...
Adakah proses menuntut fasakh di thailand sama?
Tak boleh. Di negara mana pun, kalau nak tuntut cerai, kena pergi sendiri.
DeleteAssalam. Nk bertanya. Boleh ke bernikah dua kali dgn pasangan yang sama. Maksudnya bernikah di thailand selepas itu bernikah lagi di malaysia dgn org yg sama?
ReplyDeleteAssalam. Boleh nikah dengan pasangan yang sama berapa kali pun, asalkan tak bercerai di antara akad nikah tu.
DeleteBernikah bermaksud ijab-kabul bersama wali dan saksi dan memenuhi semua syarat2 sah nikah. Dalam satu upacara nikah pun sering akad nikah tu diulang berkali-kali. Kalau nikah semula, bermakna mengulangi akad nikah tu semula, cuma pada masa berlainan.