Telefon/Whatsapp +60103658513 atau emel songkhla@sukasamasuka.net untuk nikah di Thailand
Agak ramai yang bertanya samada nikah di Thailand sah atau tidak. Ada juga yang bertanya samada nikah di Thailand tanpa pengetahuan wali sah atau tidak.
Jawapannya, secara ringkas, ialah, ada yang sah dan ada yang tidak.
Kalau nikah dilakukan oleh jurunikah bertauliah dari mana-mana Majlis Agama Islam di Thailand yang diiktiraf oleh Malaysia, seperti Majlis Agama Islam Pattani, Narathiwat, Yala, Songkhla atau Satun (atau lain-lain Majlis Agama Islam di Thailand yang diiktiraf), dan pernikahan itu memenuhi hukum syarak tentang nikah, maka nikah di Thailand walaupun tanpa pengetahuan wali adalah sah. Orang Islam Thailand sendiri pun dinikahkan oleh jurunikah yang sama, dengan cara yang sama.
Kalau nikah di belakang kedai atau di rumah imam atau di lain-lain tempat, dan tidak diketahui jurunikah yang menikahkan tu bertauliah atau tidak, maka status sah atau tidak nikah tu menimbulkan keraguan. Lebih-lebih lagi apabila jurunikah berkenaan menjadi wali hakim.
Soal wali hakim ni soal serius. Wali hakim perlu dilantik oleh raja atau oleh Kerajaan. Dalam kes Thailand dimana raja dan kerajaannya bukan Islam, wali hakim hanya boleh dilantik oleh Majlis Agama Islam di setiap wilayah di Thailand. Imam, atau orang lain, tak boleh lantik diri dia sendiri jadi wali hakim!
Kalau nak nikah di Thailand, pastikan tempat nikah ialah pejabat Majlis Agama islam, bukan tempat lain. Tak kiralah nikah di Pattani atau Yala atau Narathiwat atau Songkhla atau mana-mana wilayah lain, pastikan tempat nikah ialah Majlis Agama Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, supaya tak timbul persoalan "nikah di Thailand sah atau tidak" dan boleh daftar nikah itu di Malaysia. Nikah di Majlis Agama Islam di Thailand yang Malaysia iktiraf, dah tentu sah.
Ada penceramah yang berkata bahawa nikah di Thailand tanpa pengetahuan wali adalah tidak sah, walau pun pernikahan berlangsung lebih dari 2 marhalah dari tempat wali berada pada masa itu. Itu adalah pandangan peribadi dia dan tidak dipersetujui oleh kebanyakan ulama.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia ada keluarkan beberapa fatwa tentang nikah di Siam. Secara amnya, hukum nikah di Thailand adalah sah
Rumusan: Nikah di Thailand, di Pejabat Agama yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, adalah sah, samada dengan pengetahuan wali atau tidak.
Catatan pada 22 Mac 2015:
Sesiapa saja boleh mengemukakan pertanyaan di sini. Tapi, baca dulu soal-jawab yang sedia ada di bawah, sebab saya tak akan menjawab soalan yang sudah dijawab.
Hubungi 010-365 8513 untuk nikah di Thailand, permohonan surat konsulat atau urusan cerai di Thailand. Boleh juga isi borang di sini. Untuk maklumat tentang nikah di Thailand, layari http://www.nikah-kahwin.com
whose numbers are given?
ReplyDeleteThose are my numbers. Why?
ReplyDeletebagaimana pula jika nikah tanpa pengetahuan wali asal?
ReplyDeleteMr MKA, Saya sedar ada ustaz yang mengatakan tidak sah. Pada pandangan saya, adalah lebih baik meminta izin dari wali dulu sebelum nikah. Dan pernikahan tanpa pengetahuan atau izin wali, jika pernikahan itu berlangsung dalam jarak kurang dari 2 marhalah dari tempat wali berada, adalah tidak sah. Tapi kalau lebih dari 2 marhalah, nikah itu adalah sah, dengan syarat semua syarat sah nikah telah dipenuhi. Ini adalah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Dan berikut adalah satu pandangan dari laman web Kerajaan: Pernikahan anda adalah sah sekiranya memenuhi syarat dan rukun pernikahan di dalam Islam.
ReplyDeleteDalam hal ini, menurut pendapat Mazhab Syafi’i seseorang wanita yang masih mempunyai ayah atau datuk lelaki sebelah ayah (wali mujbir) mestilah dinikahkan/diwalikan oleh salah seorang daripada mereka berdua. Jika tidak, pernikahannya adalah tidak sah.
Walau bagaimanapun, jika wanita tersebut terpisah ataupun duduk berasingan dengan walinya kira-kira sejauh 2 marhalah, maka wanita tersebut dibolehkan untuk menggunakan khidmat wali hakim sebagai ganti wali mujbirnya.
Dari itu, jika jarak tempat pernikahan tersebut dengan tempat wali anda adalah sejauh 2 marhalah atau lebih, maka pernikahan tersebut adalah sah. (lihat http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/38848)
jarak 2 marhalah dari tempat bernikah atau jarak 2 marhalah dari tempat tinggal?
ReplyDeleteminta perincikan tafsiran di atas kerana bimbang ada yg tersalah tafsir.
cha fern
Yang diperlukan ialah dua marhalah di antara tempat nikah dan tempat dimana wali berada pada ketika itu. Contohnya kalau wali berada di Kuala Lumpur sedangkan pernikahan berlangsung di Khlonghae Songkhla, maka wanita itu boleh menggunakan wali hakim. Sebaliknya kalau wali bermastautin di Kuala Lumpur tapi berada di Padang Besar pada ketika penikahan itu, maka wali hakim tak boleh digunakan sebab jarak di antara wali dan tempat nikah tak sampai dua marhalah.
ReplyDeletetp kalu wali tu tak diberitahu nak nikah, tup tap tup tap nikah kat thailand, tu tak sah..wali kena diberitahu dlu, pastu klu wali tu xleh dtg sbb jauh, baru leh guna wali hakim
DeleteAnomymous, hukumnya sah. Mungkin ada ustaz yang kata nikah begitu tak sah, tapi itu cuma pandangan peribadi dia. Laman web http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/38848 (kepunyaan JAKIM) menjelaskan:
ReplyDelete" Dalam hal ini, menurut pendapat Mazhab Syafi’i seseorang wanita yang masih mempunyai ayah atau datuk lelaki sebelah ayah (wali mujbir) mestilah dinikahkan/diwalikan oleh salah seorang daripada mereka berdua. Jika tidak, pernikahannya adalah tidak sah.
Walau bagaimanapun, jika wanita tersebut terpisah ataupun duduk berasingan dengan walinya kira-kira sejauh 2 marhalah, maka wanita tersebut dibolehkan untuk menggunakan khidmat wali hakim sebagai ganti wali mujbirnya.
Dari itu, jika jarak tempat pernikahan tersebut dengan tempat wali anda adalah sejauh 2 marhalah atau lebih, maka pernikahan tersebut adalah sah".
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam tuan..sy bernikah menggunakan wali yang tidak bertauliah..rukun nikah yang lain cukup cuma terdapat kemusykilan berkaitan wali sebab sy bernikah dgn warga indonesia..boleh tuan bg penjelasan samada pernikahan ini sah atau tidak
ReplyDeleteSalam. Tidak sah sesuatu pernikahan yang tidak mempunyai wali yang sah, sebab wali adalah salah satu syarat sah nikah. Kalau wali tak bertauliah, eloklah nikah semula dengan wali yang sah.
ReplyDeleteBagaimana caranya sy ingin menyelesaikan masalah ini?Anak pun dah 10 bulan tiada surat beranak..harap tuan dapat beri penjelasan
ReplyDeleteJPN boleh keluarkan surat benanak, cuma anak ni tak boleh bin kepada bapanya. Dah pergi ke JPN?
ReplyDeleteBelum lg tp mungkin JPN nak sijil nikah sebagai bukti..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesy nak tanya
sy asal dari kota bharu..
sah ke kalau nikah kt narathwat guna wali hakim?
Jarak yang penting ialah di antara tempat wali berada dan tempat nikah. Kena ada jarak tak kurang dari 2 marhalah (lebih kurang 90km). Tapi jarak antara Narathiwat dan Kota Bharu cuma 36km. Tak sampai 2 marhalah. Jadi, nikah tak sah.
ReplyDeletesy akan bernikah di songkla..sampai sana pagi dan malam balik..apa prosedure dan harga?
DeleteSalam. Sy nak tnye. Sye dan bakal suami nak menikah di thailand. Tetapi bakal suami masih suami orang. Kirenye nak poligami. Macammne?
ReplyDeleteSalam.
DeleteBoleh nikah di Thailand. Bila daftar di Malaysia nanti, akan dikenakan denda atas kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah, selain denda nikah di luar mukim tanpa kebenaran.
Hm....
ReplyDeleteNice
bagaimana kalau tempat wali di jb. boleh guna wali hakim?
ReplyDeleteBoleh. Asalkan wali berada lebih dari 2 marhalah dari tempat nikah di Thailand, boleh gunakan wali hakim yang dilantik oleh Majlis Agama Islam di sana.
DeleteSaya dok kodiang,kedah,tempat sesuai tu brnikah d aman?sbb nk guna wali hakim
DeleteKalau wali perempuan berada di utara Kedah atau Perlis, tempat yang sesuai nikah ialah di Majlis Agama Islam Phatthalung. Pejabat agama di Phatthalung ni diiktiraf oleh JAKIM dan terletak lebih dari 2 marhalah dari sempadan Kedah-Sadao atau dari sempadan Perlis-Satun
Deletesaya teringin sangat nak tanya , apa pendapat tentang anak muda yang ingin menikah tanpa pengetahuan ibu bapa atas sebab nak menghalalkan yang haram yakni cinta mereka ataupun ikut bahasa zaman sekarang ni 'couple' ? adakah mereka patut bernikah ? ataupun teruskan je bercinta tu ? sebab ibu bapa benarkan dua anak muda ni bercinta tapi tak izinkan pula bernikah atas alasan yang melibatkan kewangan :) pendapat please ?
ReplyDeleteZina tu satu dosa besar yang patit dielakkan dengan apa cara sekali pun. Cara yang mudah, yang tak melibatkan perbelanjaan yang besar, ialah nikah gantung. Kalau ibubapa tak benarkan juga walau pun nikah gantung, sedangkan kemungkinan berlaku zina adalah besar, lebih baik nikah di Thailand untuk mengelak dari berlaku zina.
DeleteJawapan kepada Anonymous July 17, 2013 at 10:23 PM
ReplyDeleteBoleh nikah dan balik pada hari yang sama dengan membawa balik surat nikah. Tapi, tak akan dapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia. Kalau pegawai pencegah maksiat soal, mereka akan minta surat Konsulat ni. Kalau nak daftar nikah tu di Malaysia, surat Konsulat akan diperlukan juga.
As salam.,saye ingn tanye.,jika pasangan itu dah kahwin di thailand dan sudah melebihi 2 marhalah dari tmpat wali asal tnggal or berada tetapi tanpa pdngetahuan dan izin wali tersbut..sah atau tidak?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteNikah tanpa pengetahuan wali di jarak yang melebihi 2 marhalah dari tempat wali berada adalah sah. Perkara ini dijelaskan oleh JAKIM dalam jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh seorang wanita yang nikah di Narathiwat tanpa pengetahuan walinya, dan nereka nikah berwali hakim:
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/38848
assalam..saya nak tanya kalau lepas kahwin di thailand dan daftar kahwin di malaysia..berapa lama tempoh perbicaraan berlaku dan adakah isteri pertama akan tahu?
DeleteSalam.
ReplyDeleteSetiap negeri mempunyai prosedur sendiri. Ada yang memberitahu isteri pertama dan ada yang tidak. Ada yang minta denda dibayar dulu, ada yang mendaftarkan pernikahan sebelum denda dibayar dan ada yang mendaftarkan pernikahan setelah semuanya selesai. Oleh itu, lebih baik tanya Pej Agama dimana pendaftaran nikah akan dibuat, tentang prosedur yang mereka akan gunakan.
Salam...
ReplyDeleteSaya dah suami telah bernikah di thailand pada tahun 2011 secara sah dan mempunyai sijil kahwin yang sah dari majlis agama di sana. Tapi kami tidak mendaftar di konsulat kerana tidak mahu mendaftar semula di Malaysia (tidak mahu keluarga tahu). Walaupon tinggal bersama tp keluarga tidak mengetahui status kami kerana apabila pulang ke kampung, kami akan pulang ke rumah ibubapa masing2.. Soalan saya, boleh ke saya x mendaftar di konsulat kerana kami akan berkahwin sekali lagi di Malaysia dengan menggunakan wali yang sah? Adakah pernikahan kami ini sah?
Salam.
DeleteTak perlu daftar di Malaysia kalau berhajat untuk nikah semula di sini. Nikah semula kemudian nanti tu sah. Tapi, buat masa ni, berhati2 supaya tak disoal oleh Pegawai Pencegah Maksiat sebab mereka akan meminta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.
Salam...
ReplyDeleteBagaimana pula jika seorang suami yang ingin berpoligami tetapi tidak mendapat izin dari isteri pertama dan ingin mengahwini seorang janda? Adakah janda tersebut perlu mendapat keizinan dari ayahnya?
Mazhab Hanafi tidak memerlukan izin wali bagi janda berkahwin semula. Tapi, semua mazhab lain sepakat bahawa izin wali diperlukan untuk janda atau gadis. Namun begitu, jika perkahwinan berlangsung lebih dari 2 marhalah (lebih kurang 90km) dari tempat wali berada, maka izin wali tidak diperlukan.
DeleteSaya ingin tahu,klau dapat pngesahan konsulat malaysia di thailand,adakah rekod di malaysia ini,sbb x mahu org tahu kerana ingin mnikah di malaysia juga bersma org yg sma suatu hari nanti,takut bila ingin nikah sdah naik rekod tu,
ReplyDeleteTak ada rekod di Malaysia kalau tak melalui proses pendaftaran nikah di Malaysia
DeleteDi betong da x tempat nak nikah?
ReplyDeleteJAKIM cuma mengiktiraf 6 tempat nikah di Selatan Thailand. Betong tak ada dalam senarai tu. Yang diiktiraf ialah pejabat Majlis Agama Islam di bandar (1) Satun; (2) Tamot, Phatthalung, (3) Khlonghae, Songkhla, (4) Muang Yala, (5) Muang Narathiwat dan (6) Muang Pattani.
DeleteSalam nak Ty..kalau bnikah di Siam Tanpa Surat konsulat Dan balek ke Malaysia untuk daftar boleh ke??
ReplyDeleteTak boleh. Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla diperlukan untuk pendaftaran nikah di Malaysia.
DeleteKlau x pergi ke konsulat x pe x?lgi pon bkan nak daftar pon,.de mslah x klau x ke konsulat
ReplyDeleteKalau pegawai pencegah maksiat soal, dia akan minta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Akan timbul masalah kalau tak ada surat tu. Tapi mengapa tak nak daftar di Malaysia? Akan timbul masalah kemudian nanti kalau tak daftar di Malaysia.
DeleteX nak daftar di malaysia kerana mahu nikah semula di malaysia dengan org yg sma
DeleteBoleh buat begitu. Tapi kalau kemudian nanti terhalang untuk nikah semua di Malaysia, jangan tak daftar pulak nikah di Thailand tu.
DeleteSalam,apa dokumen kena bawa tuk brnikah d sna?sijil kursus nikah kena x?
ReplyDeleteSijil pra-perkahwinan tak diperlukan di sana. Untuk senarai dokumen yang diperlukan, baca: http://www.nikah-kahwin.com/panduan-nikah-di-thailand.php
DeleteHari pejabat majlis agama islam songkhla d buka pada hri pa?cuti x leh mnikah ke?nk pnerangan n jadual pnuh ye
ReplyDeletePejabat Agama Islam Songkhla dibuka setiap hari untuk urusan nikah, termasuk hujung minggu, kecuali hari cuti tertentu (contoh: hari raya puasa tahun ni mereka cuti seminggu) dari pukul 9 pagi hingga 3 petang. Saya tak ada jadual penuh hari cuti mereka.
DeleteNak tumpang tanya cara utk mudahkan process daftar dekat Malaysia.
ReplyDeleteBoleh bagi tips tak? Contoh, better ada gambar banyak ke, wali better ayah sendiri ke.
FYI,
Belah perempuan je tak setuju lagi sebab nak tunggu 2 -3 tahun lain tapi kami dah kenal 2 tahun dan risau zina dan saya pun dah berkerja.
Setiap negeri ada keperluan berbeza dan proses perdaftaran nikah yang berbeza. Yang penting, pastikan dokumen yang diminta semuanya lengkap dan maklumat yang diberikan sama ada dalam borang Jabatan Agama Islam atau affidavit mahkamah syariah, semuanya lengkap dan jelas. Gambar yang peting ialah gambar berdua depan papantanda majlis Agama Islam di Thailand dimana pernikahan berlangsung. Dan jangan lupa mengambiul video akad nikah untuk membuktikan bahawa akad nikah itu memenuhi kehendak hukum syarak.
DeleteSalam,hari jummat ni 11/10/2013 ni MAIS buka x? Cadang klau x da pa2 nk nikah jumaat ni.boleh ker?
ReplyDeleteInsya Allah MAIS dibuka Jumaat ni dan mana-mana pasansgan Islam boleh nikah di sana. Tapi, surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla cuma boleh diambil pada hari Isnin depan. Surat itu cuma dikeluarkan pada hari bekerja selepas permohonan dibuat.
DeleteTapi bila refer comment d blog lain diorang ckp MAIS cuti jumaat? Tu yg sye pening? Maaf menyampuk
DeletePejabat Agama di Thailand memang ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu, kecuali untuk urusan nikah.
DeleteJumaat lepas (4 Oktober 2013) kami telah membawa dua pasangan untuk nikah di Pejabat Agama di sana dan hari esoknya (Sabtu) kami bawa satu pasangan lagi ke sana.
Maaf tuan,sye tak faham maksud tuan,boleh tolong jelaskan tak?tutup tapi boleh menikah mcm mna?tutup untuk urusan lain sahaja ke?
DeleteSalam,da psagan yg cakap jumaat sja yg mais cuti,sabtu buka,psangan trsebut bru menikah pada 29.9.2013.boleh cik terangkan?
DeleteSaya dah nyatakan yang kami sendiri telah membawa pasangan untuk nikah pada hari Jumaat dan juga untuk nikah pada hari Sabtu, Jadi, penjelasan apa lagi yang diperlukan? Mungkin pasangan yang cakap tu tak berapa tahu apa yang dia cakap.
DeleteSalam /// , saya ingin bertanya berapa saya perlu membayar kepada tuan jika ingin membuat pengesahan di konsular? Kerana saya sudah menikah tetapi tidak membuat pengesahan lagi,malas nak pergi semula
ReplyDeleteSalam
DeleteMengikut peraturan Konsulat, cuma salah seorang pasangan yang berkahwin saja yang boleh mengambil surat pengesahan itu. Dua hari bekerja diperlukan di sana. Kami boleh bawa ke sana dari Bukit Kayu Hitam dan hantar balik pada hari berikutnya ke Bukit Kayu Hitam juga. Telefon 010-3658513 untuk maklumat lanjut.
Assalamualaikum,boleh bagi nombor telefon mais yg di hubungi tak?@ kadi2 mreka,ingin tnya beberapa soalan pada meraka.perlu sngat pertolongan tuan,sbb tuan britahu dlam komen2 yg sya bca sblum ni mngambarkan tuan org yg baik hati dn ingin berjihad di dalam islam.merayu sngat bantuan pihak tuan
ReplyDeleteNombor telefon MAIS ialah 00-66-74-580-707
DeleteNombor ni dh col,tapi tak da org jwab tuan
DeleteCuma nombor itu saja yang saya boleh bagi. Memang susah sikit nak dapat jawapan.
DeleteAssalamualaikum,sabtu ni MAIS buka x?cadang nk nikah sabtu ni. Buka ke?takut diaorang dah start cuti raya?diaorang stert cuti dri bila smpai bila?
ReplyDeleteMajlis Agama Islam Songkhla dan Majlis Agama Islam Phatthalung dibuka untuk nikah Sabtu ni. Cuti raya cuma pada hari raya haji.
DeleteConform MAIS cuti rya haji sja?cuma sehari?selasa 15/10/2013 sahaja?sya nk conform tarikh ngn future wife sye
DeleteSaya confirm saudara boleh nikah di Siam pada hari raya kedua, kalau tidak di Majlis Agama Islam Songkhla, saya 100% yakin saudara boleh nikah di Majlis Agama Islam Phatthalung. Majlis Agama Islam Phatthalung, macam Majlis Agama Islam Songkhla, diiktiraf oleh JAKIM dan pejabat2 agama di Malaysia.
DeleteSalam...sy adalh isteri ke2.sy dan suami dh nikah 5 thn.sy bernikah di majlis agama islam narathiwat.sy ingin menuntut cerai.bagaimana caranyer..
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTuntutan cerai oleh seorang isteri tidak akan dilayan jika tidak disokong dengan alasan yang meyakinkan.
Puan tidak menyatakan sama ada pernikahan itu telah didaftarkan di Malaysia atau tidak. Kalau dah didaftarkan di Malaysia, Puan boleh pergi ke Pejabat Agama di Malaysia. Kalau belum, Puan boleh pergi ke mana-mana pejabat Majlis Agama di Selatan Thailand. Tapi pastikan Puan mempunyai bukti yang lengkap, beserta saksi, surat sumpah dan sebagainya, untuk menyokong tuntutan cerai itu.
Salam. Tumpang tanya kos keseluruhan untuk nikah di Thailand dalam lingkungan berapa ?
ReplyDeleteSalam.
DeleteBanyak perkara yang perlu diambilkira dalam menentukan kos keseluruhan nikah di Thailand. Di antaranya kos perjalanan pergi-balik dari rumah ke sempadan, kos nikah dan mendapatkan semua dokumen di sana, penginapan di sana, kos mahkamah, denda yang perlu dibayar dan sebagainya.
Sebahagian kos yang terlibat tak sama untuk semua pasangan. Jadi, saya tak nak letakkan satu anggaran di sini sebab tak boleh digunakan oleh semua pasangan.
Hantar emel kepada saya atau hubungi saya melalui telefon dan kita boleh kira anggaran kos yang terlibat. Atau isi borang di http://nikah-siam.sukasamasuka.net/hubungi.html
Salam..saya ad kemusykilan.saya ingin bernikah Tapi keluarga sebelah perempuan hanya membenarkan anak nye bernikah selepas dia tamat belajar.untuk pengetahuan yuan saya dah bekerja Dan Kami sudah kenal hampir 7 tahun.saya berhasrat hendak bernikah di Siam tanpa pengetahuan abang nye(ayah Dan datuk sebelah ayah dah meninggal).adakah sah atau tidak pernikahan Kami?tq
ReplyDeleteSalam, saya nak bertanya. Kami ingin menghalalkan perhubungan ni supaya takterjerumus dlm bnd yg tidak sepatutnya, tp wali sebenar takmahu mewalikan atas dasar masih belajar. Bolehkah kami bernikah di thailand? Adakah ianya sah berwalikan hakim?
ReplyDeleteNikah tanpa pengetahuan wali di jarak yang melebihi 2 marhalah dari tempat wali berada adalah sah. Perkara ini dijelaskan oleh JAKIM dalam jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh seorang wanita yang nikah di Narathiwat tanpa pengetahuan walinya, dan nereka nikah berwali hakim:
ReplyDeletehttp://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/38848
saya ingin bertanya , sekiranya saya dan pasangan saya tidak ingin mendaftarkan perkahwinan di Malaysia lagi kerana kami masih belajar diluar negara dan pada masa yang sama ingin menyembunyikan dari pihak keluarga tentang pernikahan ini, boleh atau tidak? Dan sekiranya sudah tamat pengajian, boleh atau tidak kami akad utk kali kedua di Malaysia untuk menyembunyikan pernikahan kali pertama di thailand?
ReplyDeleteTak elok sorok2 dari keluarga ni. Tapi boleh. Nak nikah semula kemudian nanti pun, boleh.
ReplyDeleteSalam.. Sy ada sorang kawan dia telah diceraikan oleh suaminya lebih dq 3x..tp apabila report di makhamah suaminya xmengaku..jd kwn sy buat permohonan fasakh,tp yg meyedihkn kes tersbut telah ditunda lebih setahun dan selama itu jgk,suaminya menghilangkn dr tanpa khabar,bru2 ni kwn sy telah berkahwin dgn sorang lelaki di pjbat agama islam thailand brwalikn wali hakim yg dicadangkn oleh pjbt agama disana, persoalanya adakah sah pernikahanya sdgkn kes tidak slesai lg tp telah diceraikn lbh 3x.. Mohon penjelasan..
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteAda dua perkara yang berlainan di sini. Pertama, sah atau tidak mengikut hukum syarak. Kedua, sah atau tidak mengikut perundangan Malaysia.
Mengikut hukum syarak, bila suami melafazkan cerai dengan jelas tanpa meninggalkan apa-apa keraguan tentang maksud lafaz cerainya, maka tertalaklah isterinya. Contoh lafaz yang jelas ialah "Aku ceraikan awak" atau "Mulai sekarang, jatuh talak antara kita" atau "Mulai sekarang, awak bukan isteri saya lagi".
Tapi kalau lafaz suami tidak jelas, maka jatuh talak atau tidak bergantung kepada niat suami. Contohnya, "Aku tinggalkan awak sekarang" (lalu dia meninggalkan isterinya). Dalam kes ini, cuma suami saja yang tau apa niat sebenarnya.
Mengikut perundangan Malaysia, lafaz talak perlu disahkan oleh suami dalam mahkamah. Tentang cerai fasakh pula, ia tidak jatuh kecuali telah disahkan oleh mahkamah syariah.
Sekiranya benar suami telah menceraikan dengan lafaz jelas, dan telah berlalu tempoh iddah, maka pernikahan di Thailand adalah sah mengikut hukum syarak. Tapi, pasangan akan berhadapan dengan masalah sebab rekod di Malaysia masih menunjukkan perempuan itu bernikah dengan suaminya yang dulu. Pernikahan yang baru ni tak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Kalau ada anak dari perkahwinan baru ni, akan timbul masalah untuk mendaftarkan anak itu di JPN nanti.
Selesaikan masalah cerai tu seberapa segera yang boleh. Minta bantuan dari peguam yang berpengalaman dalam kes begini.
Salam,saya nk tnya,brpa kos tuk pengesahan di konsul,berapa lama pon x pa ka,sya dh nikah lama di pthalung,bleh lgi je wat pngesahan d konsul?berapa kos?
ReplyDeleteKami cuma membawa pasangan ke Konsulat jika telah nikah di Thailand setelah masuk ke Thailand dengan pasport atau pas sempadan.
DeleteSekiranya masuk ke Thailand dengan cara betul dan telah mempunyai surat pengesahan nikah dari Majlis Agama islam Pahatthalung, kami boleh bawa ke Konsulat untuk mendapatkan surat pengesahan dari mereka, tak kira berapa lama selepas nikah.
Proses akan mengambil masa 2 hari bekerja dengan harga RM800 untuk pengangkutan (2 hari), bayaran kepada konsulat dan sewa 1 bilik hotel untuk 1 malam.
Berapakah anggaran kos untuk pernikahan sekiranya kami pergi menaiki kapal terbang? adakah kos pengangkutan termasuk di dlm pakej?
ReplyDeleteKami menyediakan pengangkutan dari zon bebas cukai, Bukit Kayu Hitam atau dari Padang Besar atau lapangan terbang Hat Yai.
DeleteDi antara 3 tempat berjumpa ini, kami tidak galakkan penerbangan ke Hat Yai sebab waktu tiba ialah tengah hari. Kalau berlaku kelewatan penerbangan, ada kemungkinan tak sempat untuk pergi ke Konsulat Malaysia untuk memohon surat pengesahan nikah pada hari yang sama. Jika ini berlaku, masa berada di Thailand perlu ditambah sehari.
Kalau berhajat untuk pergi dengan kapal terbang, lebih baik ambil penerbangan Air Asia pukul 7:15 pagi ke Alor Setar, dan ambil teksi dari lapangan terbang Alor Setar ke kompleks bebas cukai Bukit Kayu Hitam. Kami akan bawa dari situ ke Thailand.
Anggaran kos, termasuk harga pakej dan semua perbelanjaan yang diperlukan di Thailand ialah lebih kurang RM2,000
Hubungi saya melalui telefon atau emel info@nikah-kahwin.com untuk mendapatkan harga sebenar bagi pakej yang dipilih.
sy seorg pelajar yg baru berumur 20 tahun dan mmpnyai BF yg berumur 21...bf sy mncadangkan kami kahwin di siam tanpa pngetahuan ibu dan bapa sy.. ini krn kami ingin mngelakkan bnda yg xelok berlaku ..kami ingin mnjadi yg sah..adakah sah jika nikah di siam nanti ? sbb tidak memberitahu wali kita sndri..
ReplyDeleteSoalan "adakah sah nikah di siam tanpa pengetahuan wali" telah dijawab 2 kali di atas, pada July 29, 2013 dan October 19, 2013..
DeleteSaya salin semula jawapannya:
Nikah tanpa pengetahuan wali di jarak yang melebihi 2 marhalah dari tempat wali berada adalah sah. Perkara ini dijelaskan oleh JAKIM dalam jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh seorang wanita yang nikah di Narathiwat tanpa pengetahuan walinya, dan mereka nikah berwali hakim:
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/38848
Petikan dari jawapan JAKIM kepada soalan itu:
"...jika jarak tempat pernikahan tersebut dengan tempat wali anda adalah sejauh 2 marhalah atau lebih, maka pernikahan tersebut adalah sah".
sy bnikah di thailand dgn psgan sy ktika bljr tnpa pengetahuan ibu bapa krn tidak mendpt izin kluarga. ttp slps abis bljr ibu bapa mmbnarkn kmi bnikah, bolehkh kmi bnikah skali lg di malaysia untuk mjlis pkhwinan? krna kmi tidak prnh mndftr phwinan kami di thailand di jbtn agama malaysia dan kmi ingin merahsiakn pkwinan trsbut dr pengetahuan family.
ReplyDeleteTak ada halangan dari hukum syarak untuk nikah sekali lagi. Sesiapa yang biasa menghadiri majlis akad nikah tentu tahu bahawa akad nikah boleh diulang berapa kali pun. Kalau "nikah sekali lagi", apa yang berlaku ialah perkara yang sama - mengulangi akad nikah. Itu saja.
ReplyDeletesekiranya bernikah lagi sekali, adakah pernikahan di thailand tersebut dikira batal? bermakna ketika mendaftar di Malaysia, tarikh nikah yg baru akan didaftarkan?
DeleteSekiranya bernikah semula, pernikahan pertama tidak batal. Tapi apa tujuannya nikah semula kalau bukan sebab nak merahsiakan nikah kali pertama? Dan kalau nak merahsiakan nikah kali pertama, tentulah tarikh nikah kali kedua yang digunakan untuk pendaftaran.
DeleteBermakna kami akan mempunyai 2 rekod, iaitu di tpt yg berlainan dan tarikh yg berbeza?
DeleteBetul
DeleteNamun adakah jatuh talak sekiranya kami menidakkan sekiranya orang btny samada kami sudah bernikah ataupun tidak?
DeleteAda pendapat berbeza tentang persoalan ini. Tapi Mazhab Syafie berpendapat bahawa tidak jatuh talak, tetapi berdosa kerana menipu. Baca http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=361:hukum-bohong-mengaku-bujang&catid=42:soal-jawab-agama&Itemid=131 Tapi soalan ini tidak akan ditanya kecuali berkelakuan yang menimbulkan syak.
DeleteAssalamualaikum.Tuam Ridwan. Saya nak tanya, ibubapa sy telah nikah dan bercerai 20tahun lepas, di Narathiwat. Mereka tidak pernah daftar nikah Msia. Apakah kemungkinan masalah atau benda yg harus mereka/saya lakukan? Kerana semasa sy daft nikah tadi, pegawai PAID pesan kepada bapa sy agak dia dan ibu sy daftar nikah/cerai mereka di Msia, jika tidak ada masalah tuntuan? Tapi sy kurang faham masalah tuntutan yg bagaimana tu?
ReplyDeleteSaya tak tahu apa sebenarnya yang mereka bincangkan, tapi saya percaya tuntutan yang dimaksudkan di sini ialah tuntutan harta pusaka setelah ayah meninggal nanti. Tak ada rekod di pejabat agama yang menunjukkan pernikahan yang sah diantara mak dan ayah, jadi macam mana anak2 nak tuntut harta pusaka peninggalan ayah?
DeleteOkay. mungkin maksud pegawai PAID tu tuntutan harta jika ada prkongsian nama/harta antara mereka berdua. . Tapi sekiranya harta ibu saya yg hanya ada nama dia saja, tiada masalah sekiranya ibu saya ingin wasiatkan kepada saya dan adik bradik sy kan. . ayah saya pun sudah ada keluarga lain. Sy tinggal dgn ibu sejak ibubapa sy bercerai.
DeleteHarta ibu tak menjadi masalah. Yang menjadi masalah ialah harta ayah. Mungkin anak2nya dengan isteri sekarang saja yang akan berhak menerima harta pusaka peninggalan ayah, kalau pernikahannya yang sekarang didaftarkan..
DeleteSalam...
ReplyDeleteSaya ni pernah nikah di thailand atas dasar mengandung anak luar nikah,saya dihantar oleh kedua ibu bapa saya kerana malu untuk nikahkan saya di malaysia kerana takut anak yg dikandung bakal menjadi anak tidak sah taraf,tarikh nikah saya 5/3/2012 dan saya bersalin dalam tarikh 30/10/2012,adakah anak yg dilahirkan ni (lelaki) tetap anak tidak sah taraf & tak boleh dibin kan dengan bapa kandung?
Lagi satu,boleh kah saya mendaftar semula pernikahan saya di malaysia,selain itu anak saya dah masuk 1 tahun masih tiada sijil kelahiran,saya takut nak buat sebab saya tiada surat pengesahan dari konsulat malaysia...
Berikut dari laman web Majlis Fatwa Kebangsaan. Maksudnya adalah jelas:
DeleteMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
a. Anak Tak Sah Taraf ialah:
Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).
Pergilah daftar pernikahan itu di Pejabat Agama dan daftarkan anak di JPN.
Kalau tak ada surat konsulat malaysia masih boleh ke!?
DeleteSalam. Saya nak bertanya tentang akad nikah kali kedua. Jika bernikah di thailand menggunakan mas kahwin sebanyak rm500, kemudian nikah sekali lagi di malaysia menggunakan mas kahwin sebanyak rm13,000. Sah ke akad kali ke dua tu? Terima kasih.
ReplyDeleteP/s: nikah kali kedua sbb tak nak family tahu.
Yang diambilkira ialah akad yang pertama dengan maskahwin RM500. Tapi apa salahnya bagi kepada isteri wang tambahan RM13,000.
DeleteOh maknanya boleh la jika akad kali kedua tu, disebut mas kahwin sbyk rm13,000 tu ye? Terima kasih.
DeleteBoleh
DeleteAssalmualaikum...tumpg tnya...sya bernikh dgn suami d atas rumh kedai...jurunikah beri srt nikah dr jbtn agama islm songkla...sy skrg musykil adakah wali hkim tersebut yg di iktiraf. Permasalhn ke dua, semsa mjlis akad nkah sya tidk mngetahui bhwa suami sy ialh suami org yg sdah mempunyai 2 org istri...sya tidakd berithu tentg hal tersebut.selps sebln nikh br sya tahu hal ini. Adakah sah pernikhan tersebt?
ReplyDeleteWa alaikumussalam
DeleteMasalah 1: Pernikahan di atas rumah kedai itu berlangsung di mana? Di Malaysia atau Thailand? Kalau di Thailand di Wilayah mana? Siapa yang menjadi wali?
Masalah 2: Masih sah nikah kalau suami sudah mempunyai 2 orang isteri tapi tidak menyatakannya sebelum nikah, dan syarat sah nikah semuanya dipenuhi. Soalnya sekarang, adakah syarat sah nikah dipenuhi atau tidak.
salam. saya nk bertanya pendapat. saya sudah bernikah di pejabat agama patthalung dan sebulan selepas perkahwinan saya disahkan hamil. saya mempunyai surat pengesahan konsulat dan dokumen2 yang lengkap seperti sijil nikah dan kami pergi ke thailand menggunakan passport. saya mahu mendaftarkan perkahwinan dan pernah ke mahkamah persekutuan tetapi hakim mengenakan pelbagai syarat, dan ada beberapa peguam di situ memberitahu penyelesaian sesuatu kes begini bergantung kepada hakim mahkamah. mungkin dah rezeki saya begitu. apa yang merisaukan saya, bagaimana ingin mendaftarkan anak saya di Malaysia nanti jikalau saya memlih untuk melahirkan dahulu baru mendaftarkan perkahwinan kami,. adakah sebarang masalah dengan status anak kami walaupun kami ada sijil nikah dan sebagainya? amat memerlukan pendapat pihak Tuan. Terima kasih.
ReplyDeleteUntuk mendaftarkan anak, pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara macam biasa. Anak itu akan didaftarkan. Sekiranya JPN tidak meletakkan "bin" atau "binti", masalah ini boleh diselesaikan setelah selesai proses pendaftaran nikah di mahkamah syariah dan pejabat agama nanti.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya sudah berkahwin dengan suami di pangkalan kubor awal tahun berwalikan hakim. Tetapi saya tidak yakin kerana nama wali yang ditulis di dalam surat nikah tidak hadir dan orang yang menikahkan kami adalah orang yang berlainan dia juga menyuruh kami untuk berbohong sewaktu daftar di Malaysia mengenai tempat dll. Saya membaca surat lantik wali seperti nama yang ditulis di surat nikah.
Saya dan suami sudah pergi ke pejabat agama daerah di Kedah dan telah mendapat surat serah diri tetapi tidak terus untuk mendapatkan surat sah nikah kerana tidak mempunyai surat konsulat.
1. adakah sah pernikahan kerana hanya saya masih ragu dengan hal wali tersebut sedangkan suami dan keluarga suami sangat yakin dan sudah menerima sijil nikah narathiwat.
2. Saya telah berbohong sewaktu sesi kaunseling, nikah di luar negara dan masih belum mendaftar tetapi sudah rujuk pejabat daerah. setahu saya ia adalah kesalahan undang-undang. betul ke? boleh kah kadar denda dikurangkan?
3. Saya mahu bernikah sekali lagi seperti baru memohon di WP, bolehkah saya lakukan atau perlu selesaikan dahulu daftar di Kedah kerana masih tidak ada surat konsulat. bolehkah kalau saya nikah sekali lagi atas sebab tidak yakin kerana sudah berbohong mengatakan kami kahwin di Narathiwat.
Saya amat mengharapkan nasihat Tn Hj Ridzwan, saya dahulukan dengan terima kasih.
Wa alaikum assalam
DeleteTidak dinyatakan di mana wali-wali nasab berada pada waktu nikah.
Kalau sekiranya salah seorang dari mereka berada kurang dari 2 marhalah dari tempat nikah, dan wali hakim atau wali am digunakan untuk pernikahan itu, maka nikah itu tidak sah.
Kalau tiada wali nasab dalam jarak 2 marhalah dair tempat nikah, fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan berikut perlu diambilkira:
Hukum Kahwin Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.
Fatwa diatas menetapkan bahawa pernikahan itu hendaklah dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. Pengkalan Kubur terletak di daerah Tumpat di Negeri Kelantan. Oleh itu, pernikahan itu hanya sah kalau jurunikah dilantik oleh Kerajaan Kelantan (melalui Majlis Agama Islam Kelantan atau Mahkamah Syariah Kelantan).
Dalam kes ini, dimana jurunikah menyuruh pasangan berbohong, sudah tentu jurunikah itu bukan seorang yang dilantik oleh Kerajaan Kelantan. Dan kalau dia telah dilantik oleh Kerajaan Kelantan, surat nikah yang dikeluarkan ialah dari Kelantan, bukan Narathiwat!
Eloklah berpisah dulu sementara menunggu masa untuk nikah semula. Tak perlu teruskan pendaftaran nikah di Kedah. Mohon untuk nikah sekali lagi secara sah di Kedah, WP atau mana-mana negeri. Mengaku kepada pegawai di Jabatan Agama Islam berkenaaan tentang apa yang telah berlaku. Insya Allah tak ada masalah untuk nikah semula.
Terima Kasih atas perjelasan Tn Hj.
DeleteAyah berada di WP dan wali yang dilantik di Narathiwat.
Bagaimana dengan denda kerana berbohong? pegawai di Kedah menyatakan bahawa hanya hakim yang boleh tentukan nikah sekali lagi atau tidak, mungkin kerana penyataan kami yang tidak benar.
adakah menerima surat serah diri dan kaunseling sudah termasuk dalam proses pendaftaran? jika sudah masuk rekord, adakah saya tidak boleh mohon nikah di WP. Bolehkah saya abaikan situasi di Kedah untuk elak denda?
Saya tak pasti tentang denda kerana berbohong. Tapi masih boleh tarik balik pendaftaran di Kedah. Saya rasa tak salah kalau beritahu pegawai di Pejabat Agama Kedah tentang cadangan untuk nikah semula di Malaysia, maka tak jadi untuk mendaftar nikah di Thailand.
DeleteMemang betul, cuma hakim saja yang boleh tentukan nikah itu sah atau tidak, tapi bila faktanya cukup terang macam kes ini, perlukah tunggu sampai hakim yang buat keputusan? Sanggupkah berterus-terang depan hakim nanti?
Dan yang peting ialah sah dari hukum syarak, bukan sah sebab hakim kata sah setelah diberikan maklumat palsu.
Wali dari Narathiwat tak boleh menjadi wali di Malaysia kecuali dilantik oleh Kerajaan Malaysia.
Salam, saya ingin mengajukan satu kemusykilan.
ReplyDeleteSaya ada terbaca satu artikel dimana beliau menerangkan bahawa tidak boleh bernikah semula sekiranya ingin berbuat sedemikian. Namun ianya sedikit bercanggah dgn apa yg diterangkan oleh Tn Haji pd soalan soalan yg lepas. Bolehkah saya mendapat pencerahan tntg mslh ini?
Apa yang berlaku dalam nikah? Tak lain dari ijab kabul atau akad nikah.
DeletePernah tak menghadiri majlis akad nikah di mana jurunikah menyuruh pengantin lelaki mengulangi akad nikah berulang kali? Dan ada kalanya jurunikah berkata "sekali lagi biar pasti".
Ini berlaku sebab tak ada salahnya mengulangi akad nikah.
Apa yang berlaku bila nikah sekali lagi ialah mengulangi akad nikah. Di mana salahnya?
Tapi ada golongan yang mengatakan bahawa mengulangi akad nikah akan menyebabkan jatuh satu talak. Pelik juga tu! Tak jatuh talak kecuali ada lafaz talak yang jelas! Tapi dalam kes nikah semula ni, bukan saja tak ada lafaz talak, niat talak pun tak ada!
Salam..sy nk Tanya..jika wali sy berada Di pengkalan kubur,dmana sy patut kahwin dI thailand?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSekiranya pernikahan itu berlangsung dengan kehadiran wali nasab atau dengan wakalah wali nasab, kesemua 6 pejabat agama di Selatan Thailand yang diiktiraf oleh JAKIM boleh dijadikan tempat nikah.
Sekiranya berhajat untuk "kahwin lari", jarak tak kurang dari 2 marhalah diperlukan di antara tempat nikah dan tempat mastautin wali.
Untuk memenuhi syarat ini, ada tiga pejabat agama yang diiktiraf oleh JAKIM yang boleh dijadikan tempat nikah: Majlis Agama Islam Satun, Majlis Agama Islam Pahatthalung dan Majlis Agama Islam Songkhla.
Assalamualaikum Tuan Ridzwan yang dihormati.. saya harap Tuan boleh menyelesaikan kemusykilan saya.. saya sudah bernikah di Songkhla (MAIS) dan mendapat pengesahan dari konsul jeneral (setelah menunggu 2 jam di kaunter) pada tahun 2009.. saya tidak pernah mendaftarkan perkahwinan di malaysia kerana bimbang reaksi keluarga (keluarga kami panas baran).. kami bercadang untuk bernikah semula di malaysia seperti biasa, merisik, bertunang dan aqad nikah semula.. adakah jabatan agama islam boleh kesan kami sudah berkahwin? adakah konsul jeneral menghantar rekod perkahwinan kami ke jabatan agama islam? jawapan tuan saya dahului dengan terima kasih
ReplyDeleteWa alaikum assalam.
DeleteTidak ada rekod di Pejabat Agama di Malaysia selagi pasangan tidak memohon untuk mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah.
askum tuan ridzwan, saya dan kekasih saya skrg menetap di kl. kekasih saya skrg sudah 5 bulan megandung tetapi kami belum berkahwin oleh krn saya berkerja di luar Malaysia spjg 4 bulan yg lepas. skrg saya sudah kembali ke Malaysia dan kami hendak berkahwin pada kadar yg segera iaitu dalam bulan disember ini.
ReplyDeletesoalan saya;
1. bolehkah kami bernikah di Thailand dlm keadaan kekasih saya itu mengandung 5 bulan
2. bolehkan kami bernikah di Thailand tanpa kehadiran keluarga kami berdua terutamanya tanpa mak dan ayah
3. bolehkah surat nikah kami di Thailand nanti di 'back date' ke bulan mei 2013
4. boleh kah tuan uruskan pernikahan kami di Thailand
saya harap tuan dapat memberi jwpan kpd soalan saya ini pada kadar yg segera. sekian, terima kasih.
1, Nikah hamil - boleh
Delete2. Nikah tanpa kehadiran keluarga termasuk wali - boleh, asalkan pada waktu nikah wali perempuan tidak berada dalam jarak 2 marhalah dari tempat nikah.
3. Backdate tarikh - Tak boleh. Tak ada pejabat agama Islam dalam dunia ni yang akan backdate tarikh nikah. Cuma sindiket nikah haram yang buat macam tu.
4. Bolehkah kami uruskan pernikahan di Thailand - Insya Allah boleh.
Assalamualaikum.. saya nak tahu.. berapa anggaran pergi ke thailand untuk nikah?? dan waktu bila yang sesuai untuk bernikah??
ReplyDeleteMasa yang paling sesuai untuk nikah di Thailand dan balik dengan semua dokumen, termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, ialah pada hari Isnin, Selasa, Rabu atau Khamis. Dua hari bekerja diperlukan di sana.
DeleteKalau cuma ingin nikah dan balik dengan surat nikah, tak perlukan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, boleh pergi pada hari apa pun, kecuali beberapa hari dalam setahun dimana Majlis Agama Islam di Thailand ditutup. Hari Jumaat pun boleh, walau pun Majlis Agama Islam secara resminya ditutup pada setiap Jumaat.
Tapi kalau tak ambil surat Konsulat, pendaftaran di Malaysia tak dapat dilakukan. Dan kalau Pegawai Pencegah Maksiat jumpa, mereka akan meminta surat Konsulat.
Untuk maklumat harga, hubungi saya melalui telefon 010-365 8513 atau 017-328 5129 atau isi borang di http://www.nikah-kahwin.com/hubungi-kami.php atau hantar emel kepada info@nikah-kahwin.com dan terangkan keadaan sebenar yang dihadapi.
Assalamualaikum... sy ada mslh dgn perkahwinan sy di thailand. sy berkahwin dgn berwali hakim. sy x pernah tgk apa2 dokumen sblm nikah dijalankan. samada surat sah wali hakim itu sendiri .. jurunikah yg menjadi wali hakim.. smp skrng sy x pnh tgk surat @ sijil nikah kerana disorok oleh suami.. sy pn x tau apa status perkahwinan sy. suami x berikan kerjasama. dia juga mengabaikan sy krn dia dah pun ada isteri pertama. slps kawin pada bulan 2 lps sy dibiarkan sendirian shingga skrng. sy x tau mana sy nk mengadu. adakah sy blh berkhwin dgn org lain dlm situasi ini?. sy buntu.
ReplyDeleteWa alaikum assalam.
DeleteTidak dinyatakn di mana pernikahan itu berlangsung di Thailand. Di Wilayah mana? Adakah di pejabat Majlis Agama Islam atau di tempat lain?
Sekiranya pernikahan berlangsung di pejabat agama, biasanya sah. Sama macam nikah di pejabat agama di Malaysia. Kalau nikah di pejabat agama dan kalau suami abaikan bagi tempoh 4 bulan atau lebih - tak balik, tak bagi nafkah, tak hubungi pun - maka puan boleh memohon cerai taklik di mana-mana pejabat agama di Selatan Thailand. Puan tak boleh berkahwin lain selagi belum bercerai dan tamat tempoh iddah.
Kalau pernikahan tidak berlangsung di pejabat agama, saya tak berani nak bagi pandangan.
sy berkahwin di songkhla. di masjid yg sy sendiri xtau apa nama masjid tu.. brp lama tempoh taklik dan pengesahan cerai terbabit dan bgaimana proses scara ringkas yg plu sy tau... trm ksh.
ReplyDeleteSecara ringkas, dapatkan salinan surat nikah dan pergi ke Majlis Agama Islam di Selatan Thailand dengan bukti yang kukuh, termasuk dua orang saksi. Masalahnya sekarang, tak tau di mana nak dapatkan salinan surat nikah. Tapi kalau nikah di Majlis Agama Islam Songkhla (tengok bangunan masjid ni - http://nikah-siam.sukasamasuka.net/images/majlis-agama-islam-songkhla.jpg ) boleh terus mohon cerai taklik di situ. Call saya supaya lebih mudah untuk berbincang. 010-365 8513
Deleteok.. trm ksih
Deletesaya bernikah di gombak tanpa pengetahuan isteri pertama dan sebulan kemudian mendaftarkan perkahwinan di songkla dan mendapat surat konsulat.sah kah perkahwinan ini.dan sekarang saya hendak mendapat surat jais.kerna saya muskil ada mengatakan tidak sah.kerna saya bernikah di gombak dan daftar di songkla.
ReplyDeleteMaklumat yang diberikan tidak mencukupi untuk membuat apa-apa keputusan. Siapa yang menjadi wali bagi pengantin perempuan? Adakah dia dilantik oleh JAIS atau dia wali yang sah menurut turutan wali nasab? Siapa yang menjadi jurunikah? Adakah dia dilantik oleh JAIS atau wali nasab?
DeleteSelain itu, bagaimana boleh dapat surat nikah dari Songkhla sedangkan tidak nikah di sana? Adakah pendaftaran nikah dilalukan di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla atau di tempat lain? Bagaimana cara mendapatkan surat pengesahan Konsulat sedangkan pasangan tidak berada di thailand pada masa pernikahan berlangsung?
Minta penjelasan.
Salam.. sy ingin bertanya & mendapatkan pendapat, harap tuan2 sudi menerangkan & membantu sy.. sy ingin mengahwini seorang wanita & dia bukan lah beragama islam & berasal dri malaysia, tetapi dia bersetuju utk mmeluk islam dalam masa yang sama apabila kami ingin bernikah di thailand nanti.. jd bolehkah kedua2 perkara serentak dijalankan & adakah ia sah islamnya & pernikahan tersebut..
ReplyDeleteDia boleh memeluk Islam, dan sebaik selepas itu berkahwin, dengan syarat dia tidak mempunyai suami (yang bukan Islam) pada masa dia memeluk Islam.
DeleteJika dia mempunyai suami, suaminya perlu diberi masa beberapa bulan untuk memeluk Islam. Sekiranya selepas beberapa bulan suaminya masih tidak memeluk Islam, perempuan ini boleh pergi ke mahkamah syariah untuk mendapatkan pengesahan cerai. Lepas itu, dan lepas habis tempoh iddah, baru dia boleh kahwin semula.
Jika dia memeluk Islam kerana Allah (kerana yakin bahawa Islam adalah agama yang sebenarnya dari Allah) maka Islamnya sah. Tapi kalau dia memeluk Islam semata-mata kerana nak kahwin, bukan kerana Allah, maka dia seorang munafik. Orang Islam tak boleh berkahwin dengan orang munafik.
Wallahu a'lam.
asslm.. sy nk tye pndapt encik, salahkah kalau seorang perempuan memilih bernikah di siam terlebih dahulu semata-mata untuk manghalalkn yg haram. agama islm melarang umatnya melakukan dosa besar mahupun kecil, contohnya walaupun hanya berpegangan tangan dengan pasangan bukn muhrim adalah satu dosa. so, untuk mengelak dari melakukan dosa sebegitu, salahkah bagi satu-satu pasangan memilih untuk bernikah di siam terlebih dahulu?
ReplyDeleteTak salah, asalkan tak ada apa-apa perkara yang mengharamkan pernikahan di antara pasangan itu.
DeleteTapi lebih elok kalau berbincang dengan keluarga dulu, terutamanya wali pihak perempuan. Kalau walinya mengizinkan, tak perlu pergi ke Thailand. Boleh nikah di Malaysia.
Assalam..
ReplyDeletekl bernikah di maj ag islam betong, masih blh dapat x pengesahan surat konsulat?bagaimana cara utk dptkan surat pengesahan trbabit?
Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla masih boleh didapati kalau ada surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Yala di Mueang Yala. Surat nikah dari pejabat cawangan Majlis Agama Islam Yala di Betong saja tidak memadai.
ReplyDeleteSurat pengesahan Konsulat boleh didapati dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Bawa salinan surat nikah, salinan kad pengenalan, salinan pasport termasuk mukasurat yang mengandungi cop imigresen Thailand pada hari masuk ke Betong dulu dan surat pengesahan nikah dari Mueang Yala (surat asal). Kalau berkenaan, bawa salinan surat cerai, surat mualaf atau lain-lain.
Bawa juga pasport dan kad pengenalan yang asal.
Memadai kalau salah seorang saja yang pergi ke sana.
Kami boleh bawa ke sana dari bukit Kayu Hitam dengan harga RM800, termasuk pengangkutan. bayaran kepada Konsulat dan sewa hotel (1 bilik, 1 malam). Dua hari bekerja diperlukan untuk urusan ini.
Salam. Waktu akad nikah di thailand hanya si lelaki shj yg hadir. Dia dan sy menetap di kb. Dan kira sah ke nikah sy dgn dia, sbb hari yg dia nk pergi akad haritu, dia ada bgthu sy yg dia hendak jdikan sy sbgai isterinya. Sy masih bljr dan mggap lelaki tersebut hnya bergurau. Kedua org tua sy tidak mengetahui tentang ini. Apakah status sy sah sbgai isteri dia ?
ReplyDeleteTak sah. Pengantin perempuan perlu hadir dan izinnya diperolehi oleh jurunikah sebelum akad nikah boleh berlangsung.
ReplyDeleteWassalam.
salam tuan,
ReplyDeletesaya dan suami telah menikah november lalu di majlis agama islam patthalung menggunakan wali hakim dan tanpa pengetahuan kedua keluarga. mengikut apa yang sudah tuan jelaskan, saya yakin pernikahan kami sah, bukti video akad dan gambar di depan majlis agama ada, sijil2 kami dah pun disahkan di konsulat malaysia di thailand.
alhamdulillah terjawab persoalan dihati saya. terima kasih atas penjelasan tuan. sebab ada sahabat yang bilamana saya ceritakan terus mengatakan perkahwinan kami tak sah, status diragui.
soalan saya yang pertama mengenai daftar kahwin di malaysia. apakah denda dapat dielakkan dengan segala bukti nikah kami? seterusnya, jika saya mengandung sebelum mendaftar di malaysia, apakah anak yang bakal lahir tidak boleh di bin kan bapanya? apakah sah status anak itu nanti?
soalan yang kedua, bagaimana prosedur penceraian sekiranya perkahwinan belum didaftar? apakah kami perlu naik turun mahkamah sekiranya penceraian berlaku walaupun di malaysia masih tiada rekod nikah kami?
soalan lain, apakah jatuh talak jika suami mengeluarkan kata-kata seperti, 'baik kau diam sebelum aku jatuh talak'. kata-kata melalui mesej, dan isteri masih membalas mesej itu, menunjukkan dia tidak juga diam, apakah jatuh talaknya? tetapi bila ditanya suami selepas itu, katanya tidak berniat, cuma sedang marah.
mohon pencerahan serba sedikit tuan. terima kasih.
Salam.
Delete1. Denda yang dikenakan ialah "Nikah di luar mukim tanpa kebenaran". Adakah puan mendapat kebenaran dari Pejabat Agama di sini sebelum nikah di Thailand? Jika tidak, puan boleh dikenakan denda.
2. Anak yang dilahirkan sebelum pendaftaran akan dibinkan kepada ayahnya sebab nikah itu telah diperakui oleh Konsulat Malaysia di Songkhla.
3. Sekiranya belum daftar di Malaysia, perceraian harus dilakukan di Pejabat Agama di Thailand.
4. Suami kata "baik diam sebelum aku jatuh talak". Kalau selepas itu dia kata "mulai sekarang tertalaklah kita" atau "aku ceraikan awak" atau yang setaraf dengannya, maka jatuhlah talak. Tapi kalau dia tak keluarkan kata2 macam tu, tak jatuh talak sebab dia belum lagi jatuhkan talak. Tapi kalau dia telah berkata "kalau balas sms ni, jatuh talak", tapi puan terus juga balas, maka jatuh talak.
salam.
ReplyDelete1. adakah wajib utk seseorang itu ( yg berkahwin di thailand tnpa pengetahuan keluarga ) utk taat kpd suaminya?
2. adakah tggjwb itu sudah beralih kepada suami wpun tidak tggl bersama?
saya berasa buntu samada perlu taat ataupun tidak kpd suami sdgkn si ayah tdk mengetahui tntg pernikahan tsbut.
1. Kalau dah berkahwin dan perkahwinan itu sah, kenalah taat kepada suami, selagi dia tak menyuruh kepada maksiat.
DeletePerkahwinan yang berlangsung di mana-mana pejabat Majlis Agama Islam di Selatan Thailand adalah sah, walau pun tanpa pengetahuan wali, kecuali kalau wali berada dalam jarak tak sampai 2 marhalah dari tempat nikah pada waktu nikah berlangsung.
2. Tanggungjawab terhadap isteri beralih kepada suami selepas nikah, kecuali ada persetujuan dari wali untuk memikul sebahagian tanggungjawab buat tempoh tertentu, atau persetujuan diantara pasangan sendiri.
Kami bercadang untuk bernikah di thailand kerana keluarga menentang akibat masih belajar. Namun kami akan duduk berasingan selepas bernikah. adakah ini dikira sbgai nikah khitbah dimana si isteri masih dibawah tanggungjawab bapanya?
ReplyDeleteNikah khitbah yang sebenar memerlukan persetujuan dari wali. Wali perlu bersetuju untuk terus memikul tanggungjawab itu. Tapi, selagi isteri bersetuju untuk melepaskan suami dari tanggungjawab tertentu, seperti pemberian nafkah, maka tidak ada kesalahan yang dilakukan. Namun begitu, isteri tetap perlu taat kepada suami dan suami tak boleh "lepas tangan" terhadap isteri. Tanggungjawab masing-masing tetap ada.
DeleteSalam..sy berhasrat nk nikah ngn teman wanita sy tanpa pengetahuan kdua2 kluarga...untuk mngelak kn zina dan perkara2 lain..kami msih belajar...jadi..kt mana kami boleh nikah di utara kalau kami hanya ingin sah nikah hukum syarak dan ada surat nikah tapi kami tidak kesah jakim iktiraf ke x, sbb nt lps dh bekerja nt kami mahu nikah sperti biasa brsnding malaysia...isu skrg ni sy juz mahu kn hbungn kami halal shaja...boleh bg tahu sy kt mne sy boleh pergi nikah d selatan thai..dan brapa kos nikah sume
ReplyDeleteSalam.
Delete1. Boleh nikah di mana-mana diantara 6 Majlis Agama Islam di Selatan Thailand. Senarainya ada di http://www.nikah-kahwin.com
2. Kalau balik cuma dengan surat nikah, tak ada surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, berhati-hati supaya tidak disoal oleh Pegawai Pencegah Maksiat. Mereka akan meminta surat pengesahan dari Konsulat.
3.Untuk maklumat harga, sila hubungi saya: Tel 017-3285129 atau 010-3658513 atau emel info@nikah-kahwin.com
adakah semua maklumat bakal pengantin akan dirahsiakan & tidak akan diketahui oleh pihak Malaysia?
ReplyDeletePejabat Agama Islam di Thailand tidak akan menghantar apa-apa maklumat kepada mana-mana Jabatan Kerajaan atau individu di Malaysia. Tapi, ada kemungkinan maklumat akan diberikan oleh Pejabat Agama atau Konsulat Malaysia di sana, sekiranya ada pihak yang bertanya.
ReplyDeleteBolehkah kami melangsungkan pernikahan hari ahad atau MAIS cuti pd waktu tersebut?
ReplyDeleteHari apa pun boleh nikah. Hari Jumaat pun boleh, walau pun semua Majlis Agama islam di Selatan Thailand tutup pada hari Jumaat. Kami hanya perlu telefon naib kadi minta datang ke Pejabat.
ReplyDeleteTapi, tak boleh nak mohon surat pengesahan dari Konsulat Malaysia pada hari Sabtu atau Ahad. Kena tunggu hari Isnin, dan surat pengesahan Konsulat hanya boleh didapati pada hari Selasa berikutnya.
Kalau nak, boleh nikah dulu dan uruskan surat Konsulat kemudian.
Salam, En Ridzwan. Saya sedang mengandung 3 bulan tanpa nikah. Saya dan teman bersetuju untuk berkahwin. Masalahnya, saya tak boleh nak minta kebenaran dari ayah sebab keadaan ayah yang baru paralyse dan dlm proses recovery. Ayah dlm keadaan yang belum kuat untuk digest keadaan saya sekarang. Saya sanggup berterus terang dgn keluarga tapi saya tak boleh megambil risiko utk ayah patah hati dan sedih dgn perbuatan saya ni. Walaupun saya sangat2 menyesal dan bertaubat atas keterlanjuran, tapi apa yang dah berlaku tetap dah berlaku. Dalam keadaan saya skrg sekiranya saya bernikah di Songkhla tanpa pengetahun ayah, sah ke pernikahan saya nanti?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteNikah tu sah.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.
Adakah konsulat cuti pd hari sabtu?
ReplyDeleteKonsulat ditutup pada hari Sabtu dan Ahad
ReplyDeleteSalam tuan . Sy nk tanye beberapa soalan
ReplyDelete1. Jarak 2 marhalah yg dikatakan sah utk kawin guna wali hakim tu . Adakah jika pasangan pgantin berasal dri kedah . Ibubapa di kedah jga . Adakah boleh dia nikah guna wali hakim di johor ?
2. Pjalanan ke songkhla agak lama . Pgangkutan apa yg akn digunakan dn jika mnaiki kereta atau van . Adakah selamat keadaanya sbb stahu sy keadaan selatan thai tidak aman .
3.adakah tuan mnyediakn khidmat pkahwinan di yala atau narathiwat atau daerah lain yg lebih dekat sbb kalau boleh nak pegi ke thailand hanya utk kahwin dn balek malaysia terus . Tanpa bermalam . Smpat ke utk uruskan dokumen smua ?
1. Boleh gunakan wali hakim di Johor. Tapi, wali hakim hanya dilantik dengan kebenaran mahkamah syariah. Mahkamah mungkin akan mengenakan syarat-syarat tertentu sebelum membenarkan pernikahan menggunakan wali hakim.
Delete2. Kami bawa dengan kereta atau van, bergantung kepada bilangan pasangan yang pergi pada hari tertentu. Keadaan di Songkhla dan Phatthalung adalah selamat, tidak seperti Yala, Narathiwat atau Pattani.
3. Majlis Agama Islam Yala terletak di Bandar Yala, 2 jam 40 minit dari sempadan. Majlis Agama Islam Yala Cawangan Betong tak ada dalam senarai tempat nikah yang diiktiraf oleh JAKIM. Majlis Agama Islam Narathiwat terletak satu jam perjalanan dari sempadan. Yala dan Narathiwat, bersama Pattani adalah tempat rusuhan oleh puak pemisah yang mahu kawasan itu dikeluarkan dari Thailand. Sebaliknya, tak ada rusuhan di Songkhla.
Lagi pun, kalau nikah di Yala atau Narathiwat, tak dapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla (ini bukan surat pengesahan dari Majlis Agama Islam), lalu tak boleh daftar pernikahan itu di Malaysia. Maksudnya, dokumen yang didapati dari Yala atau Narathiwat adalah tak lengkap.
Kalau tak mahu bermalam di sana, masih boleh bermalam di Changlun dan pergi semula pada hari berikutnya untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.
1.Mengikut hukum, kalau lebih dari 2 marhalah, dah boleh menggunakan wali hakim. Tapi, wali hakim perlu dilantik oleh pemerintah di mana pernikahan berlangsung. Tak boleh lantik sendiri. Dalam kes ini, Pejabat Agama Islam Johor atau mahkamah syariah Johor perlu lantik.
ReplyDelete2. Kami menggunakan kereta atau van, bergantung kepada bilangan pasangan yang pergi pada hari yang sama.
Perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Majlis Agama Islam Songkhla mengambil masa 1 jam 15 minit. Perjalanan dari Pengkalan Hulu ke Majlis Agama Yala di Sateng (Majlis Agama Yala Cawangan Betong tidak diiktiraf oleh JAKIM) mengambil masa 2 jam 45 minit. Dan perjalanan dari Tumpat ke Majlis Agama islam Narathiwat di Muang Narathiwat mengambil masa 1 jam 15 minit. Oleh itu, tidak benar bahawa perjalanan ke Songkhla agak lama berbanding Narathiwat atau Yala.
3. Kawasan yang bergolak di Selatan Thailand ialah Yala, Narathiwat dan Pattani. 60 butir bom meletup setiap bulan di 3 Wilayah ini. Songkhla adalah selamat dari rusuhan oleh golongan pemisah. Kalau ada bom pun, mungkin satu dalam tempoh beberapa tahun.
Kalau cuma nikah dan balik pada hari yang sama, boleh balik dengan surat nikah sahaja dari mana-mana Pejabat Agama di Selatan Thailand. Tapi, kalau ditahan oleh Pegawai Pencegah Maksiat, mereka akan meminta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia. Untuk mendapatkan surat ini, dua hari bekerja diperlukan di sana. Cuma ada SATU konsulat Malaysia di Selatan Thailand. Konsulat ini terletak di Songkhla.
Terima kasih di atas pencerahan tuan .
DeleteBerapa lama perjalanan utk ke songkhla jika bertolak dari tumpat ? Atau pihak tuan mengesyorkan utk bertolak dari bukit kayu hitam ?
Perjalanan dari Tumpat ke Majlis Agama Islam Songkhla mengambil masa lebih kurang 4jam 15minit
DeleteSalam, di sini saya ingin bertanya. Saya menetap di Kuching dan sudah berkahwin di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla tanpa pengetahuan dan izin wali. Sijil nikah di Malaysia telah pun dikeluarkan. Sekarang saya disahkan mengandung dan saya serta suami telah memaklumkan perkara ini kepada ayah saya. walaubagaimanapun, ayah saya tidak berpuas hati dan ingin membawa hal ini ke mahkamah kerana berkahwin tanpa keizinan dan pengetahuan beliau. Saya ingin tahu, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh majlis islam sarawak jika beliau membawa hal ini ke mahkamah? adakah saya dan suami diarah untuk berpisah dan bernikah semula? Terima kasih di atas perhatian tuan.
ReplyDeleteKalau setakat tak ada keizinan atau pengetahuan dia, rasanya tak ada kes sebab pernikahan telah berlangsung lebih dari 2 marhalah dari tempat mastautin wali. Pasangan tidak akan dipisahkan semata-mata atas sebab ini.
DeleteAs salam..Pertama,sy tinggal di Baling,Kedah dan menikah di Patthalung,Thailand tanpa pengetahuan keluarga/wali.Adakah sah jika menggunakan wali hakim?Kedua,sy masih tidak mendaftar di Malaysia dan baru-baru ni suami tidak memberi nafkah zahir dan batin selama 4bulan,hanya memberi khabar melalui telefon sahaja.sy ingin meminta cerai tetapi suami tidak mahu melepaskan sy,ape perlu sy lakukan??minta nasihat..
ReplyDeleteWa alaikum assalam.
ReplyDelete1. Jarak "burung terbang" antara Baling dan Phatthalung ialah lebih kurang 129km. Ini dah jauh melepasi jarak 2 marhalah. Oleh itu, pernikahan yang berlangsung di Majlis Agama Islam Phatthalung oleh jurunikah dan wali hakim yang ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Phatthalung, adalah sah.
2. Mengikut syarat taklik yang biasa dalam surat nikah dari Phatthalung, kalau suami tak bagi nafkah selama 4 bulan berturut-turut, boleh bawa 2 orang saksi (yang boleh sahkan suami tak balik dan tak bagi nafkah selama 4 bulan) ke Phatthalung untuk memohon cerai taklik. Majlis Agama Phatthalung akan menghubungi suami, sebelum menjatuhkan talak. Sekiranya Majlis Agama Islam Phatthalung berpuas hati bahawa memang betul suami tidak memberi nafkah dan tak balik selama tak kurang dari 4 bulan, perceraian akan berlaku. Proses ini boleh selesai dalam tempoh 4 bulan.
Tapi, kalau nak penyelesaian di Malaysia, daftarkan nikah tu dulu di Malaysia. Bila dah daftar nanti, baru tuntut cerai taklik. Proses ini akan mengambil masa beberapa tahun.
Sekiranya kami ingin menggunakan khidmat tuan utk membawa kami ke MAIS, blhkah kami mendapatkn private driver (dimana cuma kami sahaja) atau akan berkongsi dgn pasangan lain yg pergi pada hari yg sama?
ReplyDeleteHarga pakej yang kami tetapkan telah mengambilkira penjimatan harga apabila lebih dari satu pasangan berkongsi pengangkutan. Sekiranya setiap pasangan mahukan kereta sendiri, sudah tentu harga pakej akan meningkat.
DeleteKalau tak berkongsi kereta pun, bila sampai ke Majlis Agama Islam, akan berjumpa juga dengan pasangan lain. Begitu juga di Konsulat Malaysia nanti. Jadi, tak ada privacy walau pun menaiki kereta tanpa berkongsi dengan pasangan lain.
Namun begitu, kalau mahu private driver, kami boleh sediakan, dengan tambahan harga.
Assalamualaikum. Saya ada gf yg punyai anak (anak luar nikah sebelum berjumpa saya). gf saya x bekerja, beragama islam sejak lahir. ayahnya menghilangkan diri sejak dia kecil. mak dia da murtad dan ikot agama kristian balik, so keluarganya belah ibu semua bukan islam. Saya ingin berkahwin dengannya supaya saya dapat menyara dia dan anaknya.saya mahu ajar anak dia serta bakal isteri saya ni agama islam supaya mereka dapat menghayati agama. saya nak kahwin cepat dengan dia supaya dapat jaga dia dan anaknya di bawah satu bumbung.
ReplyDelete1) bolehkah saya nikah di thailand dan kemudian bernikah lagi sekali di malaysia?
2) perlukah saya tunjuk surat nikah thailand jika bernikah sekali lagi di malaysia dgn gf saya skrg?
ini kerana keluarga saya akan bantah sebab saya nikah cepat dan hbgn kami baru beberapa bulan. so saya planning, nikah di thailand dlu dan gf serta anak gf bole dibawah jagaan saya. dalam masa yg sama, planning utk nikah di malaysia beberapa bulan akan dtg.
terima kasih
Soalan 1) bolehkah saya nikah di thailand dan kemudian bernikah lagi sekali di malaysia?
DeleteJAWAPAN: Boleh. Tak salah mengulangi akad nikah walau berapa kali pun.
Soalan 2) perlukah saya tunjuk surat nikah thailand jika bernikah sekali lagi di malaysia dgn gf saya skrg?
JAWAPAN: Tak perlu.
Assalamu'alaikum tuan.
ReplyDeleteSaya seorang bujang dan ingin berkahwin dgn seorang janda.cadangnya nk nikah di thailand sebab nk rahsiakan dr pengetahuan org lain dan keluarga utk satu tempoh.mksdnya kami bercadang akan menikah semula di malaysia mengikut prosedur.
Soalan:
1- apakah dokumen yg perlu kami bawak utk nikah di thailand?
2- pihak pempuan tak perlu meminta keizinan dari wali kan?
3-berapa anggaran kos keseluruhan utk proses nikah ni?( utk 2 org tanpa pengiring dan sehingga dpt surat pengesahan dr konsulat)
Jawapam tuan saya dahului dgn ucapan terima kasih.
Wa alaikum assalam.
Delete1. Sekiranya saudara rakyat Malaysia dan bakal isteri itu pun rakyat Malaysia, bawa kad pengenalan, pasport dan surat cerai bakal isteri yang asal. Salinan surat cerai tidak diterima.
2. Pihak perempuan tak perlu mendapatkan keizinan dari wali, tapi bukankah lebih baik kalau minta izin wali? Manalah tau - mungkin wali akan izinkan. Kalau wali tak izinkan sedangkan dia tak ada sebab yang wajar mengikut hukum syarak untuk tidak mengizinkan, barulah pergi ke Siam.
3. Untuk harga, telefon 010-365 8513 atau emel kepada info@nikah-kahwin.com
Betulke kahwin d thailand sah? Ada sumber kata mengikut hadis nabi, kalau tak dak wali, pernikahan memang takkan sah.
ReplyDeleteKalau itulah yang dimaksudkan dengan "kalau tak dak wali, pernikahan memang takkan sah", dah tentu tak seorang pun anak luar nikah yang boleh berkahwin - sebab mereka memang tak ada wali. Betul ke mereka tak boleh berkahwin??
DeleteKita kena buka minda sikit. Wali hakim atau wali am pun wali juga. Kalau cukup jarak diantara tempat nikah dengan tempat mastautin wali nasab, atau kalau memang tak ada wali nasab, pernikahan boleh berlangsung dengan wali hakim. Ini pun hadith juga!
Assalam encik...nak bertanya...saya dh bernikah di songkhla...masalah saya adalah bagaimana untuk proses pendaftaran di Malaysia?
ReplyDeleteUntuk proses pendeaftaran nikah di Malaysia, pergi ke Pejabat Agama Islam berhampiran. Mereka akan terangkan semuanya.
ReplyDeleteSalam. Saya sudah bernikah di siam dgn suami saya sudah 7 bulan. Saya adalah isteri kedua. Saya bernikah tanpa pengetahuan mak ayah saya. Mak ayah saya kata penikahan ini tidak sah kerana saya tidak minta kebenaran langsung dari wali iaitu ayah saya. Lain lah kalau saya dah beritahu dahulu jika ayah tidak bersetuju barulah kami boleh bernikah dgn sah di siam. Jadi apakah hukum nya dari segi islam sekiranya saya bernikah ini tanpa pengetahun mak ayah saya langsung. Sekiranya pernikahan saya di siam diiktirafkan di malaysia. Boleh tuan bagi bukti yang kukuh untuk saya tunjukkan kepada kedua dua ibu bapa saya
ReplyDeleteSalam.
DeleteSoalan macam ni dah banyak kali ditanya di sini. Kalau tengok jawapan kepada soalan2 di atas, tentu akan berjumpa.
Saya bagi dua fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia:
1 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/perkahwinan-lari-meninggalkan-wali-lebih-dua-marhalah-mengikut-mazhab-al-syafie
2 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :
Pernikahan itu mengikut rukun nikah
Pernikahan itu melebihi dua marhalah
Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kahwin-lari-di-selatan-thailand-0
salam encik Ridzwan. sy & teman lelaki sy berumur 21 tahun. kami masih lagi menuntut di universiti. kami merancang utk berkahwin di songkhla pada tahun ini kerana utk mengelakkan zina sb kami sering berjumpa & hampir2 terlanjur. ibu bapa sy tidak bagi sy kahwin selagi belm habis belajar. bapa sy menetap di kota bharu kelantan. sy & teman lelaki tinggal di selangor. soalan sy:
ReplyDelete1. adakah sah kahwin di thailand tanpa pengetahuan ibubapa sy, dan menggunakan wali hakim di sana sedangkan bapa sy masih ada dan sy tinggal berasingan dari bapa sy?
2. jika sah, adakah suami sy wajib memberi nafkah sedangkan kami masih belajar dan belum tinggal serumah?
3. adakah egen encik Ridzwan utk khidmat nikah kahwin di thailand masih beroperasi? jika masih beroperasi, berapakah harga yg diperlukan untuk prosedur kahwin di thailand bawah egen encik Ridzwan?
terima kasih :)
Soalan 1: Sah. Soalan ini telah ditanya beberapa kali di atas. Baca ruangan Comments ini dari atas.
DeleteSoalan 2: Suami wajib memberi nafkah kalau dituntut oleh isteri. Tapi kalau isteri melepaskan suami dari tanggungjawab ini buat jangka masa tertentu, itu tak salah.
Soalan 3: Kami masih lagi menawarkan khidmat ini. Untuk maklumat harga, telefon saya (010-365 8513 atau 017-328 5129) atau isi borang di http://www.nikah-kahwin.com/hubungi-kami.php
salam encik..saya telah menikah dgn suami saya pada tahun 2010. alhamdulillah, mahkamah syariah telah mengesahkan perkahwinan kami dan kami telah mendapat sijil nikah yg sah di Malaysia. masalahnya sekarang, sy masih ragu-ragu tentang status prkahwinan sy adakah sah atau tidak sah memandangkan byk kes sindiket nikah palsu...apakah tindakan yng patut sy lakukan??adakah perlu sy akad nikah sekali lg??
ReplyDeletebolehkan sy check nama sy dan pasangan sy di Majlis Agama Islam Songkhla dan Pejabat Konsulat Songkhla untuk memastikan perkahwinan kami ada didaftarkan di sana..
Memang boleh semak di Majlis Agama Islam di tempat yang dinyatakan dalam sijil nikah, dan boleh juga semak di Konsulat Malaysia di Songkhla.
DeleteKalau tak ada rekod di sana, barulah nikah semula.
Assalamualaikum. Boleh saya tahu, nikah di Betong Thailand sah atau tidak? Saya baca google mengatakan Betong tak sah dan tiada surat Konsulat Malaysia. Jadi bagaimana ingin mendapatkan surat Konsulat Malaysia dan adakah nikah di Betong itu sah? Kalau tak sah, di mana harus saya nikah bersama bakal suami? Adakah Encik boleh bantu kami sekiranya kami ingin nikah di Thailand?
ReplyDeleteTerima kasih.
Wa alaikum assalam. Kalau nikaha di Pejabat Agama Yala Cawangan Betong, kemudian dapat surat pengesahan nikah dari Pejabat Agama Yala di Sateng, nikah itu sah. Cuma, Pejabat Agama Yala Cawangan Betong tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai tempat pernikahan.
DeleteSurat Pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla diperlukan untuk pendaftaran nikah di Malaysia. Untuk mendapatkan surat ini, perlu pergi ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Perlu berada di sana selama 2 hari bekerja.
Lebih mudah kalau nikah di Songkhla atau Phatthalung dan berada di sana selama 2 hari bekerja untuk balik dengan semua surat, termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.
Semuanya lengkap dalam masa 2 hari. Tak perlu menunggu seminggu untuk surat pengesahan dari Majlis Agama Islam Yala dan tak perlu pergi semula ke Thailand untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.
Jadi kena nikah antara hari isnin - rabu la? sebab ambil masa 2 hari? Kalau nikah melalui agent Encik Ridzwan, adakah 2 hari juga? dan memang tak boleh ke nikah hari sabtu? Maaf sebab saya nak kepastian. =)
DeleteKalau nak balik dengan semua dokumen, termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, kena ada di sana selama 2 hari bekerja. Maksudnya, 2 hari dari Isnin sampai Jumaat. Contohnya, kalau sampai ke Bukit Kayu Hitam pagi Isnin, petang Selasa dah boleh balik dengan dokumen lengkap. Kalau sampai ke Bukit Kayu Hitam pada pagi Khamis, petang Jumaat dah boleh balik denga dokumen lengkap. Dan begitu juga dengan hari-hari bekerja yang lain.
DeleteKalau cuma nak nikah, tapi tak nak surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, hari apa pun boleh nikah. Hari Jumaat pun kami boleh bawa nikah di Majlis Agama Islam di Thailand, walau pun hari tu hari cuti bagi Majlis Agama Islam di Thailand. Tapi, kalau tak ada surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, tak boleh daftar di Malaysia dan boleh didakwa oleh Pegawai Pencegah Maksiat atas tuduhan khalwat.
Ok. Paham, lagi satu kalau takde surat pengesahan Konsulat Malaysia, bila anak lahir, tak boleh daftar surat beranak ke?
DeleteBetul. Kalau tak ada surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, pendaftaran anak akan bermasalah.
DeleteAlamakk. Payah la camtu. Terima kasih banyak2 Encik Ridzwan. Nanti saya bagitahu bakal suami pasal pentingnya surat Konsulat Malaysia ni. Apa2 nanti saya akan contact Encik. Terima kasih..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam, Shafiqah.
DeleteSoalan 1: Adakah ia sah jika sy dan bakal suami berkahwin di sempadan tanpa pengetahuan ibu bapa
JAWAPAN: Soalan ini telah ditanya berkali-kali di atas. Baca ruangan ini dari atas.
Soalan 2: Adakah sah jika sy bernikah masa usia skrg?
JAWAPAN: Pernikahan diantara pasangan yang baligh, Islam dan siuman adalah sah, jika semua syarat sah nikah dipenuhi.
Soalan 3: Jika kami balik ke malaysia utk mendaftarkan perkahwinan kami, adakah pihak mahkamah akan memberitahu ibu bapa sy tentang perkahwinan kami?
JAWAPAN: Tidak
Soalan 4: Jika kami ditangkap khalwat sedangkan pada masa itu kami sudah pun menikah dan berdaftar ni malaysia, adakah pihak atasan akan mengambil sebarang tindakan dan memberitahu hal ini kepada ibu bapa sy?
JAWAPAN: Jika telah berdaftar di Malaysia, hubungan itu tidak lagi dianggap khalwat. Tidak ada tindakan yang akan diambil.
Terima kasih krn memantu. Jadi tiada sebarang komplikasi antara keluarga jika sy mahu mendaftarkan perkahwinan tersebut di malaysia?
ReplyDeleteSepanjang yang saya tengok setakat ni, tak ada masalah.
DeleteSalam..sya adalah seorg janda dan telah brnikah pada Mac 2010 dan mnjadi isteri ke dua..baru2 ini suami sya mnytakan hasrt utk mmperolehi ank dgn sya...sya tahu jika sya mmpunyai ank kelak..sya akn mnghadapi masalah dgn pndaftran kelahiran ank kerana prkhawinan sya di majlis agama islam narathiwat tidak di daftar semula di Malaysia..sya ingin tahu mana yg lebih baik dan mudah jika sya ingin perkawinan sya didaftar kan di malaysia..adakah melalui proses di mahkahmah atau nikah smula di Malaysia?..utk pngatahuan tuan..swaktu prkahwinan dulu..kami tidak ada surat dr konsulat..
DeleteSalam. Lebih mudah dan lebih murah kalau nikah semula di Malaysia. Kalau nak daftarkan nikah di Thailand yang dulu, kena pergi ke Songkla untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di sana, kemudian masuk mahkamah, kemudian bayar denda (sehingga RM4,000), baru boleh daftar.
Deletesalam tuan, saya nak bertanya. Jika sy dah mendaftar perkahwinan sy di thailand dan kemudian saya nak menikah buat kali kedua secara rasmi di malaysia pula dgn orang yg sama, perlukah saya mendaftar perkahwinan saya buat kali kedua di malysia?
ReplyDeleteKalau setakat mendaftar di Konsulat Malaysia di Thailand, itu belum lagi dikira mendaftar di Malaysia. Kalau dah dapat pengesahan dari mahkamah syariah di Malaysia dan kemudian mendaftar di Pejabat Agama Islam di Malaysia, itu baru dikira mendaftar.
DeleteKalau nikah semula di Pejabat Agama di Malaysia, itu sudah memadai.
Salam..sy dn psgn nk nikah d thailand tanpa pengetahuan ibu bapa kerana tiada duit utk mgadaknn majlis,adakah dibolehkan? Saya dah bincang ngn ibu bapa sy tentang nikah dulu tp diorg klu blh nk suruh buat majlis jgk sdgkn sy dn psgn xde duit..
ReplyDeleteSalam.
DeleteSah nikah kalau berlangsung lebih dari 2 marhalah dari tempat wali berada pada masa nikah tu, dan semua syarat sah nikah dipenuhi.
Dalam kes ini, nampaknya ibu-bapa tak menghalang. Cuma, mereka mahu majlis dilangsungkan secara lazimnya. Jadi, saya rasa lebih elok kalau mohon kebenaran mereka untuk nikah dulu, dan adakan majlis kenduri pada satu masa nanti bila mampu.
Kalau mereka tetap tak setuju, dan anda berdua merasakan akan timbul maksiat kalau tak nikah sekarang, barulah nikah di Thailand.
salam..sy bernikah di daerah pattalung dan kini suami sudah lebih 6 bulan abaikan sy.sy ingin mintak cerai takliq,adakah sy perlu ke pattalung atau memadai sy ke Betong sahaja kerana daerah pattalung terlalu jauh.
ReplyDeleteTak perlu ke Phatthalung. Kalau pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Yala di bandar Yala pun boleh. Saya tak boleh komen tentang Betong sebab Betong tak tersenarai sebagai tempat yang diiktiraf oleh JAKIM.
DeleteSelepas mendapat surat cerai, masih perlu mendaftar di Konsulat Malaysia di Songkhla supaya rekod di sana menunjukkan dah bercerai.
Salam. Pasangan sy kerja polis n keluarga belah sy prempuan alhamdulillah setuju cuma keluarga dia belum bersedia nk lepaskan dia utk bernikah dgn sy. Dia umur dh 28 n sy 23. Dia as a man mmg xperlukan wali tp utk sembunyikan dulu perkahwinan kami susah kalau dilangsungkan dimalaysia sbb dia polis n perlu kemukakan bnyk surat kebenaran. Kalau nikah di thailand perlu ke surat kebenaran dr pdrm? Atau kami blh nikah disana tnpa sebarang syarat? Dan berapa harga utk nikah di sana tanpa bermalam?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSoalan 1: Kalau nikah di thailand perlu ke surat kebenaran dr pdrm?
JAWAPAN: Anggota polis memerlukan kebenaran PDRM untuk keluar negara dan untuk nikah, tak kira di mana. Tapi Majlis Agama Islam di Thailand tak memerlukan kebenaran dari PDRM untuk menikahkan mereka. Asalkan memenuhi syarat sah nikah mengikut hukum syarak, Majlis Agama Islam di sana akan menikahkan.
Konsulat Malaysia di Songkhla tidak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah kepada pegawai Polis yang nikah di sana, kecuali kalau nikah dengan kebenaran PDRM.
Soalan 2: Dan berapa harga utk nikah di sana tanpa bermalam?
JAWAPAN: Untuk semua soalan tentang harga, sila hubungi telefon no 010-365 8513 atau 017-328 5129 atau kirimkan email kepada info@nikah-kahwin.com atau isi borang di http://nikah-siam.sukasamasuka.net/hubungi.html
Salam...saya nak bertanya en Ridzuan ttg kes salah seorg jiran saya...jiran saya ni janda tapi baru sahaja bercerai dgn suaminya....dia telah memaksa suaminya menceraikannya dipejabat kadi dan suaminya menunaikan hasratnya...dia mendesak kerana ketika itu dia sudah mempunyai kekasih dari pakistan..saya tak pasti adekah sudah cukup atau pun tidak habis edahnya, tapi yg pasti dia menyatakan sudah cukup 3 bulan...dia terus bernikah dinarathiwat thailand...katanya dia dinikahkan dimasjid disana dan mendapat terus sijil dlm 1 hari saya rasa..dia menyatakan dia membayar rm700 dia bernikah secara beramai2 didlm masjid itu...kwsn berhampiran padang dikelantan..saya tak tahu kawasan yg dinyatakan kerana tidak pernah kesana...soalannya adekah perkahwinan ini sah mengikut hukum agama.? Syaraknya...? Tolong saya didlm menyelesaikan pemasalahan jiran saya ini..kerana saya kasihan melihat anak2 yg keliru...
ReplyDelete