Wednesday, September 28, 2011

Pendaftaran Nikah di Thailand - Surat Pengesahan Konsulat lagi!

Ada satu pasangan muda yang nikah di Thailand beberapa bulan lalu. Mereka nikah di Narathiwat sebab ibu bapa pengantin perempuan tak setuju anak mereka nikah dengan lelaki yang belum ada kerja tetap tu.

Lepas kahwin, mereka duduk berasingan. Perempuan tu masih lagi duduk dengan ibu bapa.

Kemudian, mereka cuba untuk mendaftarkan nikah mereka di Kuala Lumpur. Bila masuk mahkamah, hakim minta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Mereka tak ada surat tu. Nak pergi ke Songkhla pun agak susah, sebab perempuan tu dikawal rapi oleh ibu-bapa yang tak tau mereka dah nikah, tapi syak mereka masih meneruskan berhubungan.

Setakat keluar beberapa jam dari rumah, boleh. Kalau keluar subuh balik malam, tak boleh. Bermalam ditempat lain dah tentu tak boleh.

Mereka cuba mendaftar di Selangor pulak. Nasib baik Selangor masih boleh teruskan perbicaraan kalau tak ada surat Konsulat, asalkan saksi boleh hadir.

Selepas lebih kurang 2 bulan, Mahkamah Syariah Selangor mengesahkan nikah mereka dan mengarahkan mereka untuk mendaftar nikah mereka di Pejabat Agama Gombak. Malangnya, bila mereka pergi untuk mendaftar di Gombak, pegawai disana meminta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla! Mereka masih belum boleh mendaftarkan nikah mereka!

Bagi mereka yang berhajat untuk nikah di Thailand, pergilah ke Songkhla. Jangan pergi nikah ditempat yang tak boleh mengeluarkan surat pengesahan Konsulat Malaysia. Jangan susahkan badan sendiri!

77 comments:

  1. Pak saya wanita indonesia ingin menikah dengan pria palestina di thailand, apa saja syaratnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pria Palestina itu perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Thailand sebelum boleh memasuki negara itu. Untuk maklumat seterusnya hubungi saya melalui emel info@nikah-kahwin.com atau telefon 010-365 8513.

      Delete
    2. Salam pak.. Saya Dah nikah 8 tahun di naratiwat anak Ada Surat Beranak Tapi masih X daftar di Malaysia ..

      Delete
    3. Salam, Cik Maznah. Apa soalannya?

      Delete
  2. Brpe semua kos kalau nk nikah d siam?

    ReplyDelete
  3. Hubungi saya melalui emel info@nikah-kahwin.com, atau telefon 010-3658513 atau 017-3285129, atau isi borang di http://www.nikah-kahwin.com/hubungi-kami.php supaya saya dapat bagi harga yang sesuai dengan keadaan sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Sya telah brnikah di thailand pda thun 2012,tetapi tidak pergi ke pejabat konsul lgi kerana ksuntukan msa,bleh kah slepas ini sye ingin ke konsul tuk mendpat surat pengesahan konsulat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi pergi dapatkan surat pengesahan nikah yang baru dari Pejabat Agama tempat nikah dulu sebelum pergi ke Konsulat.

      Delete
  5. Salam sy dah beristeri dan ada 2 org ank...sy ingin berkahwin lg blh kah sy truskn niat sy tanpa ada pihak yang tahu...sy dr kedah kalau x pelu pgi subang jaya boleh x ..cm tg d sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tentu saja tak boleh nikah tanpa ada orang lain yang tahu. Contohnya, jurunikah, saksi dan sesiapa yang ada di Pejabat Agama sewaktu nikah dan tentu tahu. Waktu pendaftaran di Konsulat Malaysia, tentu ada juga orang di sana yang tahu. Jadi, tak mungkin boleh nikah tanpa ada pihak lain yang tahu. Tapi, tak akan ada rekod di Malaysia selagi pasangan sendiri tak pergi ke mahkamah syariah untuk proses pengesahan nikah.

      Kalau nak pergi nikah di Thailand, tak perlu datang ke Subang Jaya. Cuma maklumkan kepada saya dan pergi ke Kompleks Bebas Cukai, Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar.

      Delete
  6. Maksud sy dr pihak isteri dan pihak pengantin perempuanlah tuan...sy akan maklumkan ini setelah segala2nya selesai itu shaja...siapakah saksi yang perlu sy guna selain dr waris pengantin...mohon penerangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan negeri tak memerlukan saksi dari sini. Semak dulu dari mahkamah syariah di negeri di mana pengesahan nikah akan dilakukan.

      Delete
  7. Replies
    1. Sebaik-baiknya pukul 8 pagi. Tapi, kalau lewat dari itu, beritahu saya sebelum pergi.

      Delete
  8. Salam, saya ingin bertanya. Saya sudah bernikah menggunakan wali hakim tanpa pengetahuan kedua belah pihak keluarga yang berada di KL. Pernikahan tersebut dilakukan di Padang Besar, Malaysia. Tetapi surat nikah yang diterima "letter head" adalah dari The Islamic Committee Of Phattalung. Kami hanya diberi surat nikah satu itu sahaja. Tiada surat lain. Saya jadi musykil mengapa surat nikah tersebut dikeluarkan dengan cop dari Phattalung sedangkan pernikahn berlaku dalam Malaysia. Bagaimana ingin saya mendapatkan surat pengesahan di Thailand? Harap tuan dapat memberi bantuan penjelasan sewajarnya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ada hadith sahih yang kata "Sultan menjadi wali bagi mereka yang tak ada wali". Maksudnya, perlantikan wali hakim mesti dibuat oleh pemerintah atau kerajaan di mana pernikahan tu berlangsung. Kalau nikah di Padang Besar, Pejabat Agama Perlis atau Mahkamah Syariah Perlis perlu lantik wali hakim. Dan surat nikah akan dikeluarkan oleh Pejabat Agama Perlis,

      Kalau dapat surat nikah dari Phatthalung, bermakna jurunikah dan wali hakim to datang dari sana dan tak dilantik oleh Perlis. Jadi, tak sahlah nikah sebab wali hakim tak dilantik oleh pemerintah di mana pernikahan berlangsung.

      Cuba bincang perkara ni dengan Pejabat Agama Perlis untuk pengesahan dari mereka.

      Delete
  9. sudah 8 bulan saya bernikah dengan isteri. kami nikah di majlis agama islam songkhla dan sudah mendapat surat pengesahan dari konsulat malaysia di songhkla. kini isteri sy mengandung 4 bulan. kami belum mendaftar pernikahan di malaysia. kami merancang untuk mendaftar pada tahun hadapan. soalan saya, bila anak kami lahir, dan kami belum mendaftar di malaysia, adakah anak kami akan mendapat my kid dan di bin kan dengan nama saya? saya sudah bertanya di pejabat agama islam johor, pernikahan kami sah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan ini sewajarnya ditanyakan kepada JPN.

      Namun begitu, kalau JPN tidak mendaftarkan anak berbinkan saudara, mereka akan memperbetulkannya bila pernikahan dah didaftarkan nanti.

      Delete
  10. Salam saya ingin bertanya saya bernikah thailand pada 2012, sehingga sekarang belum daftar di konsul, adakah selepas ini saya perlu bawa isteri sekali untuk membuat pendaftaran tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu bawa isteri. Pergi seorang pun cukup. Tapi, memandangkan pernikahan telah berlangsung lebih dari setahun lepas, pergi dulu ke Pejabat Agama di mana pernikahan telah berlangsung dan dapatkan surat pengesahan baru dari mereka, untuk diserahkan kepada Konsulat Malaysia.

      Delete
    2. Terima kasih Tuan untuk jawapan diatas, Soalan saya seterusnya Adakah saya dibolehkan untuk mengunakan Agen untuk urusan Pengesahan Konsulat tersebut sbb keadaan yang tidak menentu disana sekarang dan jika boleh berapakah Anggaran Kos tersebut?

      Delete
    3. Surat pengesahan Konsulat perlu diambil sendiri oleh salah seorang di antara pasangan. Peraturan Konsulat tak membenarkan orang lain mengambil surat itu. Tapi kalau pergi ke Bukit Kayu Hitam atau airport Hat Yai, kami boleh bawa ke sana. Urusan mendapatkan surat Konsulat memerlukan dua hari bekerja (bukan hujung minggui atau hari cuti am).

      Konsulat Malaysia terletak di Songkhla, satu kawasan aman yang tidak mengalami rusuhan atau letupan bom setiap minggu seperti yang berlaku di Yala, Narathiwat dan Pattani. Songkhla juga tak terlibat dengan krisis politik yang melanda Bangkok. Sejak 3 tahun kebelakangan ni, cuma ada satu letupan dalam setahun di Songkhla, dan letupan itu ditujukan kepada balai polis dan rumah pelacuran. Kalau dibandingkan dengan bilangan kes mati ditembak yang berlaku di Malaysia, mungkin Songkhla lebih selamat dari Malaysia!

      Delete
  11. Saya baru nikah dithailand dn saya tidak mpunyai surat cerai oleh kerana suami yg dhulu engan pergi k mahkmah hnya cerai dimulut dn bsaksi...adakah kdutaan akn mmgil kita ttg itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nikah di Thailand tanpa mkengemukakan surat cerai, Konsulat Malaysia tak akan tahu tentang perceraian tu dan mereka akan mengeluarkan surat pengeahan seperti biasa.

      Tapi masalah akan timbul bila Puan cuba mendaftar di Malaysia nanti. Rekod di Pejabat Agama di Malaysia masih lagi menunjukkan bahawa Puan masih berkahwin dengan suami dahulu dan tak ada rekod cerai. Jadi, pernikahan di Thailand akan dianggap tak sah dan tak dapat didaftarkan di Malaysia.

      Delete
  12. Salam, saya ingin bertanya. saya telah bernikah di Narathiwat, Thailand pada 2006, sehingga sekarang belum daftar di konsul. Masih valid lagikah sijil nikah saya tersebut?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Untuk bawa ke Konsulat, dapatkan salinan baru dari Majlis Agama Islam Narathiwat. Surat pengesahan nikah tu dah tak boleh digunakan di Konsulat Malaysia. Yang boleh digunakan cuma yang baru - dikeluarkan tak sampai setahun sebelum buat permohonan di Konsulat Malaysia.

      Delete
    2. Tuan, untuk dapatkan salinan baru tersebut perlu bayaran ke?..

      Delete
    3. Soalan ni patut ditanya kepada Majlis Agama Islam Narathiwat.

      Delete
  13. Assalamualaikum tuan.. Saya telah berkahwin dengan pasangan pada Mei 2013 di rantau panjang dan surat nikah dikeluarkan majlis agama islam di thailand.. Saya ingin mendaftarkan pernikahan tetapi tiada surat konsulat... Bagaimana prosedur mendapatkan surat konsulat memandangkan sijil nikah ori dihilangkan oleh pihak suami cuma ada yang fotostat... Saya bercadang untuk mendapatkan surat konsulat pada minggu hadapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum assalam. Ada beberapa perkara yang kurang jelas dalam pertanyaan ni. Pernikahan telah berlangsung di Malaysia, tapi surat nikah di keluarkan dari Thailand. Siapa yang menjadi wali? Adakah wali nasab yang menikahkan? Jika tidak, adakah jurunikah telah dilantik oleh Kerajaan Kelantan? Atau orang Siam yang datang ke Rantau Panjang untuk menikahkan?

      Hadith menyatakan, "Sultan menjadi wali bagi mereka yang tak ada wali". Maksudnya, yang layak menjadi wali hakim atau jurunikah ialah seorang yang deilantik oleh pemerintah (kerajaan) di mana pernikahan itu berlangsung. Kalau nikah di Kelantan, wali hakim atau jurunikah hendaklah dilantik oleh Kerajaan Kelantan. Tapi, setahu saya, Kereajaan Kelantan tak melantik orang Siam untuk menjadi wali hakim atau jurunikah di Kelantan!!

      Ini menimbulkan persoalan sama ada nikah yang telah berlangsung itu sah atau tidak. Saya rasa, eloklah bawa perkara ni ke Pejabat Agama berhampiran. Ceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku, supaya dapat ditentukan sama ada nikah itu sah, atau harus nikah semula. Tak ada gunanya mendapatkan surat Konsulat dan mendaftar nikah di sini kalau nikah itu sendiri tak sah! Memenuhi hukum syarak lebih penting dari memenuhi undang-undang Malaysia!

      Wallahu a'lam.

      Delete
  14. Salam en ridzwan. Soal 2 marhalah diatas, jika wali pihak perempuan berada di Alor Setar, dimanakah cawangan yang patut pasangan ini bernikah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarak antara Alor Setar dan Majlis Agama Islam Songkhla, mengikut jarak "burung terbang" atau "direct distance", ialah 96km. Ini melebihi 2 marhalah. Oleh itu, jika wali berada di bandar Alor Setar dan pernikahan adalah tanpa izin wali, maka wanita itu boleh nikah di Majlis Agama Islam Songkhla.

      Sekiranya wali berada 4km ke utara Alor Setar, perkahwinan boleh berlangsung di Konsulat Malaysia di Songkhla atau di Majlis Agama Islam Yala di bandar Yala

      Delete
  15. Salam en. Ridzwan, saya telah bernikah di narathiwat tetapi tidak mendapatkan surat konsulat lagi. Apakah dokumen2 yg diperlukan dan rumit tak proses untuk mendapatkan surat konsulat tu? Saya bercadang nak ke songkla pada 22 atau 24 september ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Kalau pernikahan berlangsung lebih dari setahun yang lalu, pergi semula ke Majlis Agama Islam Narathiwat untuk mendapatkan dokumen tengah tarikh baru (dapatkan tarikh dokumen baru, bukan tarikh nikah baru). Kemudian bawa semua dokumen dari MAIN; salinan pasport masa masuk ke Siam untuk nikah dulu; dan salinan kad pengenalan dan pergi ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Perlu berada di sana selama 2 hari bekerja untuk mendapatkan surat Konsulat. Cuma salah seorang yang diperlukan untuk pergi ke sana. Tak perlu pergi berdua.

      Delete
    2. 1. Saya bernikah pada bulan August tahun lepas. Masih perlu ke untuk dpt kan tarikh dokumen yg baru?

      2. Boleh ke saya menggunakan perkhidmatan en. Ridzwan untuk membantu mendapatkan surat konsulat tu?

      Delete
    3. 1. Masih perlu sebab dah lebih dari setahun.
      2. Kami boleh bawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan, tapi tak boleh wakilkan kepada kami untuk mengambil surat itu. Kami juga tak pergi ke Narathiwat, jadi kami tak boleh membantu untuk mendapatkan surat nikah yang baru.

      Delete
  16. Saya sudah mendapat sijil kawin dri majlis agama narathiwat pada bln 12 tahun ini..semasa saya mahu mendaftarkn pernikahan saya di malaysia..mereka minta dikemukakan surat konsulat..apkah dokumen yg perlu dibawa semasa ke konsulat.. saya hanya diberi sijil nikah ori shje.. tp dokumen perjalnan msuk ke thailand juga ada... ap lagi yg diperlukan tuk dibawa ke sana tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla memang diperlukan untuk pendaftaran nikah di Malaysia. Maka itulah sebabnya pernikahan di Selatan Siam wajar dilakukan di Majlis Agama Islam Songkhla, sebab Konsuilat Malaysia hanya didapati di Songkhla. Tak ada Konsulat Malaysia di Narathiwat atau Yala atau Pattani atau Satun.

      Dokumen yang diperlukan dari Narathiwat ialah surat nikah (rumi dan jawi) dan salinannya. Juga diperlukan ialah salinan kad pengenalan dan pasport/pas sempadan berdua untuk membuktikan kedua-dua pasangan berada di Siam pada hari nikah.

      Dua hari bekerja (Isnin - Jumaat) diperlukan di Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan Konsulat.

      Sekiranya perlukan bantuan untuk pergi ke sana, hubungi saya: Tel 0103658513 atau 0173285129.

      Delete
  17. Assalammualaikum...sy nak tnya..sah ke pernikahan sy dan suami sy..kami nikah di sukau sabah..mnkala sy pula tggal di sandakan sabah..mngikut peta google jarak antra 2 tmpt nii 121 km..blh kah kami bernikah dlm negeri yang sama tp daerah yang berlainan..sah ke pernikahan kami nii..mohon jwpn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarak rentas atau jarak "burung terbang" hanya 40km. Oleh yang demikian, nikah itu tidak sah.

      Selain itu, kalau pernikahan itu tidak berwalikan wali hakim atau wali am yang dilantik oleh Kerajaan Sabah (Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah), maka pernikahan itu juga tidak sah, sebab Nabi berpesan, "Sultan (Pemerintah atau Kerajaan) menjadi wali bagi perempuan yang tak ada wali.

      Delete
  18. Slm..sy nk bertanya..bakal suami seorang kakitangan kerajaan yang terikat dgn kerja dan telah pun berkahwin.. jika saya tidak mendaftar di Konsulat Malaysia bolehkah sy mendaftar di Malaysia? Apakah masalah yang bakal saya hadapi..diharap maklum balas tuan dapat membantu sy..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Surat pengesahan Konsulat diperlukan untuk pendaftaran di Malaysia. Dapatkanlah surat Konsulat sebelum balik ke Malaysia. Hubungi saya di tel no 010-365 8513.

      Delete
  19. Salam.sy dan pasangan bernikah di krabi thailand.di sini sy ingin bertanya proses utk mndapatkn surat pengesahan dari konsulat malaysia dr sana.td tuan ad sebut yg konsulat perlukn dokumen sprti pasport/ pass sempadan.tetapi sy tidak memiliki pasport hanya suami yg ad pasport.apakah konsulat akn mngeluarkn surat pengesahan utk kami?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam.

      Konsulat Malaysia di Songkhla cuma mengiktiraf perkahwinan di Majlis Agama Islam Satun, Songkhla, Yala, Pattani dan Narathiwat. Mereka tidak mengiktiraf perkahwinan di Krabi.

      Oleh yang demikian, mereka tidak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah kepada pasangan yang nikah di Krabi.

      Sekiranya inginkan pengesahan tentang perkara ini, sila hubungi Konsulat Malaysia di Songkhla, tel 006674311062

      Hubungi saya di tel no 010-365 8513 untuk membincangkan penyelesaian.

      Delete
  20. Salam. Kalau nk gunakan khidmat encik, brape ye bayarannya? Sy nak pergi dalam bulan 2 2016 ni.

    ReplyDelete
  21. Salam. Kalau nak pergi dengan kami, hubungi telefon +60103658513 atau +60173285129 supaya saya dapat memahami keadaan sebenar dan dapat memberikan penjelasan yang lengkap.

    Harga bergantung kepada keadaan pasangan yang sebenar.

    ReplyDelete
  22. salam sy nk tny..msa sy nikah di narathiwat haritu sy tdak mndapatkan surat dr konsulat..sbb kami masuk tanpa pasport....so skrg ni mcm mna sy nk dptkan surat konsulat tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi pasangan yang salah seorang atau kedua-duanya sekali masuk ke Thailand tanpa pasport atau pas sempadan, kemudian nikah di sana, pergi dulu ke Wisma Putra (Kementerian Luar Negeri) di Putrajaya, buat surat sumpah dan dapatkan izin Wisma Putra sebelum pergi ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Konsulat tak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah tanpa kebenaran dari Wisma Putra dalam kes begini. Hubungi saya, tel 0103658513 untuk maklumat lanjut.

      Delete
  23. salam sy nk tny...msa sy nikah di narathiwat haritu sy tdak mndapatkan surat dr konsulat....sbb kami masuk tanpa pasport...so skrg ni mcm mna sy blh dpatkan surat dr konsulat tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila hubungi saya, tel +60103658513 untuk penyelesaiannya.

      Delete
  24. Assalam , saya nak bertanya , saya telah nikah di thailand pada tahun 2013 di majlis agama islam pattani dan saya belum daftar di malaysia . Saya telah pergi di pejabat agama islam malaysia untuk daftar tetapi mereka minta surat konsulat . Saya ada surat nikah thailand ori tetapi tak ada surat konsulat . Jadi saya ingin dapatkan surat konsulat tetapi pas sempadan saya waktu nikah telah hilang . Jadi macam nak dapatkan surat konsulat tanpa pas sempadan ? Boleh ke Encik bawa kami untuk dapat surat konsulat tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam. Pertama, buat surat sumpah tentang perjalanan dan kehilangan pas sempadan. Surat sumpah itu perlu ditandatangani depan hakim mahkamah atau pesuruhjaya sumpah. Kemudian, bawa surat sumpah itu ke Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di Putrajaya untuk mereka cop.

      Kedua, pergi semula ke Majlis Agama Islam Pattani untuk mendapatkan surat pengesahan baru. Surat yang ada sekarang ni dah lama dan tak diterima oleh Konsulat Malaysia.

      Ketiga, pergi ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan mereka.

      Kami boleh bawa ke Pattani dan Konsulat setelah ada surat sumpah itu nanti.

      Untuk maklumat lanjut, termasuk contoh surat sumpah, hubungi saya di telefon +60103658513. Ridzwan.

      Delete
  25. Assalam Tuan, saya ingin bertanya bagai mana hendak perolehi surat cerai dari konsulat. Surat nikah dari konsulat ada. tetapi tiada surat cerai. Bekas suami sudah hilangkan surat cerai tersebut dan pas sempadan. Masalah timbul bila saya hendak kahwin lagi. Harap membantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam. Sekiranya perceraiaan itu telah didaftarkan di Konsulat, bolehlah pergi ke Konsulat untuk mendapatkan salinan surat cerai itu. Bawa IC dan pasport.

      Delete
    2. Tuan, masalah yg dihadapi adalah paspot juga tiada. hilang kata bekas suami. atau bekas suami xmahu bagi kerjasama.

      Delete
    3. Boleh gunakan IC untuk semakan di pejabat Konsulat

      Delete
  26. sekiranya mendapat surat kebenaran kahwin di luar negara oleh majlis agama islam kahwin.. adakah kena pergi juga di songkla untuk dapatkan surat konsulat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Masih kena pergi ke Konsulat. Surat pengesahan Konsulat tu mengesahkan bahawa pernikahan telah berlangsung di Pejabat Agama yang diiktiraf. Surat Konsulat tak ada kena mengena dengan kebenaran nikah di luar negeri.

      Delete
  27. Salam...sy tlh kahwin di kg kok kapok WILAYAH NARATHIWAT pd 26052016..dn smpai hri ni sy msih Blum daftar di sini?ape yg dperlukan utk proses daftar?sy msuk ke sane tanpa dokumen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      1. Buat surat sumpah yang menceritakan perjalanan masuk ke Thailand dan balik dari Thailand. Surat ini perlu ditandatangani depan Pesuruhjaya Sumpah atau hakim mahkamah.

      Kemudian, bawa surat tu ke Kementerian Luar Negeri, Cawangan Konsular di Putrajaya untuk mereka cop.

      2. Bawa surat nikah (jawi), surat pengesahan nikah (rumi), salinan IC berdua, salinan surat cerai atau kematian suami (kalau janda atau balu) dan surat sumpah tadi ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

      Kalau memerlukan bantuan untuk membuat surat sumpah itu, hubungi saya di tel no +60103658513

      Kalau memerlukan bantuan untuk pergi ke Konsulat Malaysia, boleh hubungi saya juga.

      Delete
  28. Salam tuan.saya bernikah di satun.bercerai di songkla.kemudian pergi ke konsulat malaysia untuk daftar cerai tapi pegawai konsulat suruh dapatkan pengesahan cerai dari tempat nikah(satun).soalan saya..
    1.status cerai
    2.cara rujuk
    harap tuan dapat membantu..
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      1. Talak telah jatuh. Dah bercerai.
      2. Kalau masa iddah, cukup dengan rujuk secara lisan. Kalau dah tamat tempoh iddah, nikahlah semula.

      Ridzwan.

      Delete
    2. Salam.. saya nak tnya.. saya dah berkahwin dngan gadis Cambodian di Narathiwat. Dia masuk thailand tidak mngunakan pas masuk.. bagaimana cara untuk mendapat kan surat konsulat.. apa yang perlu dibuat..?

      Delete
    3. Salam. Kalau salah sorang masuk secara seludup dan pernikahan berlangsung sebelum 1 September 2016, lihat http://nikah-siam.sukasamasuka.net/pengesahankonsulat.html

      Bagi pasangan yang nikah pada atau selepas 1 September 2016, di mana salah seorang atau kedua-duanya sekali masuk ke Thailand tanpa pasport atau pas sempadan, Konsulat tak akan mengeluarkan surat pengesahan.

      Delete
  29. Salam..

    Sy telah berkahwin di songkla pada tahun 2008..Tpi kami tidak daftarkan perkahwinan kami di konsulat malaysia.. 2 tahun slps tu suami sy telah ceraikan sy hnya melalui sms yg berbunyi ' sy ceraikan awak (dia sebut nama sy) dengan talak 1'..lpas tu dia trus menghilangkan diri smpailah skrg..

    Adakah talak yg dilafazkan tu sah??

    Adakah sah klu sy hendak berkahwin lain walaupn tanpa surat pengesahan dari pejabat agama songkla??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat dibuktikan memang suami yang taip sms itu, bukan orang lain yang menggunakan telefon suami, maka lafaz cerai itu sah dan jatuh talak.

      Kalau betul suami dah ceraikan, tak ada halangan dari hukum syarak untuk nikah semula. Tapi, kena menipu di Pejabat Agama, dengan mengaku belum pernah nikah.

      Delete
    2. Sy mmg yakin dia yg hntr msg tu..

      Jdi sah lah yer klu sy kahwin lain??

      Delete
    3. Keyakinan bukan bukti. Jadi, saya tak berani nak katakan sah atau tidak.

      Delete
    4. Sbrnya kami kahwin tanpa pengetahuan ibu bapa sy n isteri pertama dia.. Dia xnak daftarkan perkahwinan kami sbb tkt isteri pertama dia n ibu bapa sy thu, jdi dia telah ceraikn sy hny melalui sms.. Malah dia juga telah berjanji utk membakar segala bukti borang pernikahan kami supaya xde sesiapa thu pasal pernikahan kami..

      Mcm mana yer ustaz??
      Adakah talak tu sah walaupn tidak didaftarkan di pejabat agama songkla??

      Delete
    5. Talak jatuh apabila suami lafazkan, termasuk secara bertulis. Pendaftaran di Pejabat Agama cuma untuk rekod.

      Delete
  30. Assalamualaikum tuan . Sy ingin bertanya pada tahun 2013 sy telah berkahwin dan bercerai pada tahun 2016 di narathiwat . Tapi sy tak ada pengesahan dari konsulat malaysia . Sy cuma ada surat cerai asli .. bolehkah sy bernikah lagi sekali dekat thailand ? Dokumen apa yg perlu sy bawakan ?

    ReplyDelete
  31. Wa alaikum assalam. Insya Allah boleh. Bawa surat cerai, pasport dan kad pengenalan. Surat cerai tu boleh disahkan di Konsulat bersama surat nikah baru.

    ReplyDelete
  32. Salam, sy telah berkahwin dengn suami di narathiwat, thailand tanpa passport/bording pass.. Sy difahamkan perlu membuat surat sumpah perjalanan ke thai sblm memohon surat dr konsulat malaysia.. Adakah ntk mbuat surat sumpah itu memerlukan masa yg lame?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Kalau nikah sebelum 1 September 2016, buatlah surat sumpah sendiri, kemudian tandatangan depan Pesuruhjaya Sumpah atau hakim mahkamah. Selepas itu, bawa ke Kementerian Luar Negeri, Bahagian Konsular di Presint 2 di Putrajaya untuk mendapatkan cop dari sana. Semua ini boleh dilakukan pada hari yang sama.

      Kemudian, dapatkan surat pengesahan nikah baru dari Pejabat Agama tempat nikah, sebab yang lama dah melebihi setahun dan tak diterima oleh Konsulat.

      Kemudian bawa surat sumpah itu bersama surat nikah, surat pengesahan nikah dan salinan IC ke Konsulat Malaysia di Songkhla, untuk mendapatkan pengesahan.

      Kalau masuk ke Thailand secara seludup pada atau selepas 1 September 2016, Kementerian Luar Negeri tak akan cop surat sumpah itu dan Konsulat tak akan mengeluarkan surat pengesahan. Nikahlah semula.

      Delete
  33. SALAM ..BAPA SAYA KAWIN NGAN ORG KEMBOJA MASA TU GUNA PASS PEKERJA,,,SO KONSULAT TAK KELUARKAN SURAT,,,JADI BALIK MALAYSIA...KERJA DAN TAMATKAN PASS PEKERJA...BALIK TINGGAL DI KEMBOJA 1 TAHUN MASUK MALAYSIA BALIK..SEKARANG GUNA PAS SOSIAL..NAK DAFTAR PEJABAT AGAMA TAK BOLEH PROSES,,KENA ADA SURAT KONSULAT JUGA...MCMNA NAK AMIK DGAN MUDAH,,,DAN NAK TAMBAH TEMBOH PEREMPUAN KEMBOJA TU TINGGAL LEBIH LAMA SIKIT SEMENTARA NAIK MAKAHMAH..BOLEH BUAT RAYUAN TAK KAT EMEGRASION.DAN SURAT KONSULAT TU NAK AMIK PROSES MCMNA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sila lihat

      https://nikah-siam.sukasamasuka.net/pengesahankonsulat.html

      untuk cara mendapatkan pengesahan Konsulat.

      Hubungi saya di tel 0103658513 untuk maklumat lanjut.

      Delete