Selalu juga saya terima panggilan dari individu yang ingin nikah di Thailand tapi tak ada pasport (atau pas sempadan). Ada yang tak pernah ada pasport. Ada yang tak dibenarkan keluar negara. Punca utama tak dibenarkan keluar negara termasuk tak bayar balik pinjaman PTPTN dan muflis.
Mereka yang terlibat biasanya ingin tau bagaimana nak nikah di Thailand tanpa pasport.
Kami tak terlibat dengan urusan membawa pasangan nikah di Thailand tanpa pasport. Banyak bahayanya, dan akan menyusahkan pasangan sendiri kemudian nanti.
Bukan senang nak melepasi imigresen Malaysia/Thai kalau tak ada pasport. Kalau pun dapat melepasi Imigresen, masih menghadapi kemungkinan masalah sekatan jalan raya antara Bukit Kayu Hitam dan Hat Yai/Songkhla.
Tapi bukan setakat bahaya tertangkap disebabkan tak ada pasport. Bila dah kahwin nanti, ada masalah lain pulak - Konsulat Malaysia di Songkhla biasanya tak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah kalau tak ada pasport yang dicop oleh imigresen Thailand; dan bila masuk mahkamah syariah untuk pengesahan nikah nanti, hakim akan meminta pasport untuk membuktikan bahawa kedua pasangan berada di Thailand pada hari pernikahan.
Untuk mengelakkan masalah2 ni, pastikan ada pasport (atau pas sempadan) yang sah sebelum ke Thailand.
Kalau tak pernah buat pasport, pergi buat pasport. Prosesnya mudah, dan pasport dikeluarkan pada hari yang sama. Kalau tak bayar hutang PTPTN, pergi berunding dengan PTPTN tentang bayaran balik hutang yang tertunggak tu. Kalau bankrap, pergi ke Pejabat Insolvensi berkaitan dan tanya mereka apa yang perlu dilakukan untuk keluar negara.
Ikut cara yang betul supaya tak timbul masalah lain kemudian nanti. Biar berjaya nikah di Thailand dan berjaya juga untuk mendaftarkan nikah tu di Malaysia nanti.
SALAM PERKENALAN....saya nak tanya encik,,,saya telah bernikah di songkla pada 01.06.2013...sampai sekarang saya masih belum daftar di konsulat malaysia di songkla sbb suami saya tak ada border pass yg sah masa masuk siam..cuma ada surat akuan yang dicop oleh pesuruhjaya sumpah..surat akuan tersebut hanya menyatakan suami saya seorang bankrap dan perlu ke siam untuk menikah..suami saya pernah pergi ke konsulat tetapi pihak konsulat meminta suami saya untuk sahkan status di imigresen malaysia di putrajaya..adakah terdapat cara lain untuk suami saya tidak berbuat demikian kerana bimbang nanti pihak imigresen dan insolvensi tahan dan tangkap suami saya sebab ke luar negara tanpa cara yang sah...adakah ada cara lain untuk mendapatkan cop konsulat malaysia di thailand...tambahan sekarang saya mengandung 3 bulan..bimbang anak tak dapat dibinkan dengan nama suami saya sbb tak daftar lagi padahal saya hamil anak yang sah..
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSepatutnya suami puan pergi ke pejabat Insolvensi sebelum masuk ke Thailand secara seludup. Saya kurang pasti apa yang boleh dilakukan sekarang, tapi hubungi saya melalui emel info@nikah-kahwin.com, atau isi borang di http://www.nikah-kahwin.com/hubungi-kami.php, bagi nama dan nombor telefon dan saya akan cuba mencari penyelesaiannya.
terima kasih encik. saya dah isi borang seperti yang disarankan oleh encik...saya isi guna nama suami saya sbb dia yang ada masalah border pass..
ReplyDeleteHubungi saya semula kalau belum terima emel saya.
DeleteSalam,sy nk tnye klu laki warge asing.permpuan org melysia.mcm mn perosidie khwn thailnd.Paspot laki klu nk msk thild in pakai visa plncug me klu x die x blh msk thild.
DeleteSalam. Bergantung kepada negara asal lelaki tu. Contohnya, warga Pakistan atau Bangladesh perlu balik ke negara masing2 dan mohon visa pelancong dari kedutaan Thailand di negara masing-masing. Tapi, warga India boleh mohon visa-on-arrival di sempadan Malaysia/Thailand. Satu perkara lagi, pemegang permit kerja di Malaysia tak layak untuk memohon surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Tanpa surat pengesahan Konsulat, pernikahan itu tidak diiktiraf di Malaysia.
Deletesalam tuan..
ReplyDeletesy bercadang utk bernikah dgn warga indonesia yg bekerja d Malaysia.dia masih anak dara.soalan;
1)adakah dia perlu mendapat kebenaran bernikah dr kedutaan indo d KL?
2) bolehkah sy mendaftar perkahwinan itu d konsulat Malaysia sedangkan cuma sy warga Malaysia?
3)permit kerjanya hampir tamat.secara teknikalnya dia perlu pulang ke indo.jika begitu,bolehkah dia terbang dr medan ke hat nyai & sy mengambilnya lalu bernikah d songkla.selepas itu sy akan bw dia pulang ke Malaysia.adakah sy perlu memohon visa(kalau x silap,warga indo hanya perlu memohon visa andainya kawin dgn warga Malaysia)
harap abg bleh beri penjelasan.mmg sy dlm keadaan tertekan sekarang.kasih,sayang pd isteri & anak2 sekarang x pernah berubah tp cinta & sayang sy pd gadis indo ni x mampu dipadamkan
1. Untuk nikah, tak perlu kebenaran dari Kedutaan Indonesia. Tapi untuk pendaftaran nikah di Malaysia, dia perlu mendapatkan surat pengesahan dari Kantor Urusan Agama di tempatnya di Indonesia yang menyatakan dia bujang, dan surat itu perlu dicop oleh Kedutaan Indonesia di Malaysia.
Delete2. Boleh, setelah permit kerjanya tamat dan dia memegang visa pelancong
3. Sekiranya ada penerbangan dari Medan ke Hat Yai, tentu saja boleh. Penduduk Indonesia tidak perlukan visa untuk memasuki Malaysia, tapi tempohnya tak lama. Untuk membolehkannya tinggal di Malaysia lebih lama, dapatkan visa isteri kepada warganegara Malaysia dari Konsulat Malaysia di Songkhla selepas nikah nanti.
Sy brcadang utk kwin dua,,tp sy mmg hndk merahsiakn prkhwinan sy dr isteri pertama klau bole smpi bila2. Adakah itu mustahil? Adakah beliau akan tahu juga apabila sy mndaftarkan perkahwinan sy di malaysia kelak?
ReplyDeleteSalam..maaf sy ingin brtnya..sy dan suami tlah bnikah di narathiwat pd 10/10/2013..sy dan suami msuk ksana tnpa passport..cmne ye nk dptkan surat pngesahan dari konsulat kalU tiada passport..ada cara laen x utk dptkn surat tu..plz tlg sy y tngh buntu sngt2 ni...
ReplyDeleteSalam. Hubungi saya melalui telefon ( 010-365 8513 atau 017-328 5129 ) atau emel info@nikah-kahwin.com
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum saya ingin bertanya.. saya seorang warganegara indonesia berumur 19 tahun dan ingin berkahwin dengan lelaki warga malaysia yang berumur 20 tahun.. sekiranya saya pergi berdua dengannya ke thailand.. tanpa wali.. boleh ke? Dan sah ke? Dan setelah itu apa yang harus kami lakukan setelah menikah di thailand? Jika harus daftar nikah kembali di malaysia.. berapakah bayaran dendanya? Terima kasih..
Wa alaikum assalam.
DeleteSudahkah melepasi harijadi ke 19? Kalau belum, tunggu sampai dah lepas harijadi ke 19.
Kalau wali berada di Indonesia, pernikahan di Pejabat Agama di Songkhla adalah sah.
Setelah nikah, perlu mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla.
Kemudian, balik ke Malaysia untuk pendaftaran di Pejabat Agama.
Denda yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia adalah sehingga RM1,000 seorang.
Wassalam.
Ridzwan
Tel: +60103658513
Assalamualaikum, sy nak tanya sy kawin di thailand pada 23/12/2019. Sy ada border pass tapi suami sy takde sbb dia baru 17 tahun ibu ayah dah meninggal dan dia tinggal dengan kakak dia, jadi dia tak boleh buat border pass sbb kena ada surat penjagaan drp mahkamah. Jd pd hri tersebut kami pergi kawin jugak sbb kena kawin haritu jugak, jd mcm mana nak daftar konsulat malaysia di songkhla.
ReplyDeletePergi ke Konsulat selepas umur suami lebih dari 18 tahun. Kena ada surat sumpat sebab masuk ke Thailand tanpa pasport. Hubungi saya tel 0103658513 untuk maklumat lanjut.
DeleteAssalamualaikum... Saya nk tye kalau sijil nikah di thailand tp x kahwin di thailand sah ke x?... Sijil nilah saya diSongkhla. Saya nikah disempadan Terengganu .lepas tu kalau saya nak cerai macam mne ye sbb x de no.passport.
ReplyDeleteNikah di meragukan. Tapi kalau wali nasab yang menjadi wali nikah, tak ada masalah tentang nikah. Memang sah.
DeletePergi ke Pejabat Agama Songkhla. Bawa pasport, IC dan surat nikah. Kalau pergi berdua dengan suami, hari itu juga dapat surat cerai.
Assalamualaikum saya ingin bertanya soalan.. Ibu saya berkahwin lain pada tahun 2005..dia berkahwin siam daerah songkhla..tapi saya pergi dekat songkhla bertanya pasal sijil kwhwin ibu saya tidak ada dekat sana.. So macam mana nk cek tu cik..
ReplyDeleteWa alaikum assalam. Kalau Pejabat Agama tak ada salinan surat nikah, besar kemungkinan pernikahan telah berlangsung di luar bidang kuasa Pejabat Agama Songkhla. Kalau bukan wali nasab yang menikahkan, kemungkinan besar nikah itu tidak sah. Tanya mak di mana sebenarnya dia nikah. Adakah di Pejabat Agama atau di tempat lain. Dan siapa yang menjadi wali.
DeleteAsalam..saya nak tnya..sya brumur 19 thun dn sy brkhwen dgan warga asing dri rohigya..rohigya x pakai pasport..sy nikah tnpa prsetujuan bapa sya..saya nikah fgan cara rohigya dn mempunyai surat nikah rohigya..sya tdak ad surat nikah malaysia..skrg sy ad 2 org anak dn tdak brdaftar d jpn krana tdak mempunyai surat nikah malaysia..sy brasa takut dn brasa tdak slamat..sy buntu sgat..kwan2 sy ckap srat nikah rohigya x sah di malaysia sbb tu sy x daftar anak sya d jpn..suami sy pemegang kad UNHCR..dan dy kluarkan kad itu untk anak2 sy..sy nak daftar ank sy seperti ank2 org lain sbb sy org malaysia..soalan sy bolhkah sy nak buat surat nikah thailand dan daftar di malaysia kemudian daftar surat nikah malaysia di mahkamah??tlg sy,sy sgat buntu skrg ni..
ReplyDeleteAskom tuan blh sy tnya klu nk nikah org asing di siam pas ade tpi mati mcm mne blh msuk ke
ReplyDeleteAssalam. Soal utama adalah samada nikah itu sah atau tidak. Kalau pernikahan berlangsung di Malaysia dan wali bukan dari urutan wali keluarga dan bukan juga wali hakim yang dilantik oleh Pejabat Agama di tempat nikah, maka nikah itu tak sah, sebab wali tak sah.
ReplyDeleteHadith menyatakan "Sultan menjadi wali bagi mereka yang tiada wali". Maksudnya, kalau wali enggan, yang boleh menjadi wali adalah wali hakim yang dilantik oleh pemerintah (Pejabat Agama) di tempat nikah. Pergilah ke Pejabat Agama di tempat tinggal, terangkan semuanya dan minta nasihat mereka. Nak nikah di Thailand pun tak boleh sebab suami tak ada pasport yang sah.