Saturday, May 28, 2011

Cara Nikah di Thailand - Prosedur Nikah di Thailand

Berikut ialah cara nikah di Thailand yang kami kendalikan:



Persediaan untuk Nikah di Thailand


Sebelum pergi ke Thailand, sediakan dokumen berikut:

  • Pasport antarabangsa yang masih sah sekurang-kurangnya selama 6 bulan
    • Bagi penduduk Perlis, Perak, Kedah dan Kelantan, pasport boleh digantikan dengan Pas Sempadan
    • Bagi tentera dan polis, perlu dapatkan kebenaran jabatan masing-masing dulu untuk keluar negara
    • Bagi mereka yang muflis, bincang dengan pejabat insolvensi dahulu untuk mendapatkan kebenaran keluar negara
    • Bagi mereka yang dihalang keluar negara kerana tidak membayar balik hutang PTPTN, bincang dulu dengan PTPTN tentang bayaran balik dan apa yang perlu dilakukan untuk membolehkan keluar negara
  • Surat cerai atau surat kematian suami bagi perempuan, jika berkenaan
  • Salinan pakaian yang sesuai, jika diingini
  • Kad/surat pengesahan mualaf, jika berkenaan

Prosedur Nikah di Thailand

  • Pergi ke Bukit Kayu Hitam untuk tiba disana dalam pukul 8:00 - 9:00 pagi, jika boleh. Bukit Kayu Hitam terletak di Utara Kedah dan merupakan penghujung Lebuh Raya Utara Selatan. Bawa semua dokumen diatas yang berkenaan, termasuk kad pengenalan
  • Kami akan sediakan pengangkutan di Bukit Kayu Hitam
  • Dari Bukit Kayu Hitam, pasangan akan dibawa terus ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) di Jalan Klonghae, Hat Yai. Pejabat ini terletak di dalam masjid
  • Bayaran untuk khidmat kami hendaklah dibuat sepenuhnya setiba di MAIS dan sebelum akad nikah
  • Sekiranya ingin bertukar pakaian atau lain-lain persediaan sebelum akad nikah, semuanya boleh dilakukan di masjid ini
  • Akad nikah kemudian akan berlangsung. MAIS akan melantik jurunikah (akan bertindak sebagai wali hakim) dan saksi-saksi dari kalangan naib kadhi mereka. Mereka mempunyai 30 orang naib kadhi, jadi tak ada masalah untuk mereka menyediakan jurunikah dan saksi
  • Surat nikah akan dikeluarkan oleh MAIS, diikuti oleh surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla, beserta dokumen-dokumen sokongan, seperti salinan surat nikah, salinan kad pengenalan dan salinan pasport.
  • Selesai semua urusan di MAIS, kami akan bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada Konsulat, beserta dokumen-dokumen sokongan diatas, perlu diserahkan kepada Konsulat Malaysia
  • Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa pasangan dan pengiring (jika ada) untuk makan tengah hari di restoran Islam di tepi pantai Songkhla. Makan tengah hari ini adalah atas tanggungan kami
  • Pasangan kemudian akan dihantar ke hotel yang dipilih oleh pasangan sendiri (kami boleh bagi cadangan). Pasangan boleh pilih hotel di Hat Yai (jika inginkan suasana bandar) atau Songkhla (jika ingin berada ditepi pantai).
  • Hari berikutnya, kami akan jemput pasangan dari hotel dan bawa ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia
  • Selesai urusan di Konsulat, kami akan membawa pasangan balik ke Bukit Kayu Hitam

Pendaftaran Nikah di Thailand setelah kembali ke Malaysia

Setelah kembali ke Malaysia, pergi ke Jabatan Agama Islam berhampiran dan minta borang pendaftaran nikah yang berkaitan.
Proses pendaftaran nikah di Thailand akan memerlukan pasangan menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah dan kemungkinan dikenakan denda sebelum pendaftaran nikah dibenarkan

66 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Silakan emel kepada ridzwan1@gmail.com

    ReplyDelete
  3. A'kum w.b.t. Saya ingin merujuk ttg isu mendaftar nikah@mendapatkan pengesahan nikah semasa di M'sia(slps psgn sah nikah di thailand/lain2 negara)bagi isu berpoligami. Isunya begini. Ia pasangan boleh terus mendaftar nikah di mana2 pejabat agama di M'sia. Tapi syarat utamanya ialah harus bersetuju melibatkan isteri pertama semasa naik mahkamah nanti. Jika tidak bersetuju melibatkan isteri pertama kes tuan/puan tidak akan diproceed ke mahkamah maksudnya fail tuan/puan akan disimpan saja dipejabat agama...masalahnya skrg suami tidak mahu libatkan isteri pertama. Macam mana kes ini nak di daftar jika syarat di atas ialah libatkan isteri pertama di mahkamah nanti. Saya pun dah buntu x tahu nak buat mcm mana.

    ReplyDelete
  4. Mahkamah akan memanggil isteri pertama. Sama ada dia hadir atau tidak, perbicaraan akan diteruskan.

    Hubungi saya melalui telefon atau emel kalau inginkan penjelasan lanjut.

    ReplyDelete
  5. Salam...saya bercadang untuk bernikah di thailand...atas dasar menghalalkan perhubungan...bgaimna kalau saya bernikah di thailand dan Bernikah kali kedua di malaysia tnpa sahkan perkahwinan di thailand terdahulu...akan ad masalah atau tidak nanti...

    ReplyDelete
  6. Salam. Tak ada masalah untuk nikah di Thailand, kemudian nikah semula di Malaysia tanpa ke mahkamah untuk sahkan nikah di Thailand.

    ReplyDelete
  7. salam saya berencana menikah d saya org indon n calon suami org bangla bisa kah saya menikah di thailand...

    ReplyDelete
  8. salam saya warga negara indo n calon suami warga negara bangla n saya ingin menikah di thailand bisa kah?

    ReplyDelete
  9. Dari perspektif Thailand, warga Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan lain-lain negara semuanya warga asing. Sama saja kepada mereka. Jadi, tentu saja boleh nikah di sana. Tapi warga Bangla mungkin perlukan visa dari Kedutaan Thailand sebelum boleh pergi ke sana.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Untuk perceraian, perlu pergi semula ke Majlis Agama Islam di Thailand. Kami boleh uruskan. Hubungi 010-3658513 atau 017-3285129 untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Jika perkahwinan tidak didaftar dimalaysia..dan ditangkap atas tuduhan khalwat, apabila dikemukakan sijil nikah thailand adakah ianya akan diterima pakai? Bagaimana pula jika mempunyai anak..bolehkah anak tersebut didaftarkan tanpa perkahwinan tadi didaftarkan dimalaysia?

    ReplyDelete
  14. 1. Sijil nikah saja tak cukup. Perlu ada surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.
    2. Sekiranya perkahwinan itu tidak didaftarkan di Malaysia, pendaftaraan anak di JPN bergantung kepada budi bicara pengarah JPN.

    ReplyDelete
  15. Askum.. Sy nk bernikah di thailand ats sbb tertentu tp bila balik malaysia blh ke sy nikah buat kali kedua?

    ReplyDelete
  16. Insya Allah boleh. Tak ada halangan untuk nikah semula dengan pasangan yang sama. Ini dapat kita lihat dengan mudah dalam upacara akad nikah, dimana jurunikah kadang2 menyuruh pengantin lelaki mengulangi akad nikah, walau pun pada pendengaran orang yang hadir, akad nikah itu sudah jelas. Ada kalanya jurunikah berkata "Kita ulang sekali lagi biar betul2 pasti".

    Nikah kali kedua cuma bermaksud mengulangi akad nikah sekali lagi, sama seperti yang dilakukan oleh sesetengah jurunikah dalam majlis akad nikah.

    ReplyDelete
  17. salam saya nk tanya adakah. kalu nk daftar perkahwinan di malaysia kena denda.... boleh jelas kan lebih terperinci tentang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Ada 3 denda yang boleh dikenakan di Malaysia, kalau sabit kesalahan. Setiap denda bernilai sehingga RM1,000.. Denda maksima ialah RM6,000 atau RM5,000 bergantung kepada negeri.

      1. Nikah di luar mukim tanpa kebenaran: RM1,000 setiap seorang

      2. Poligami tanpa kebenaran: RM1,000 suami sahaja (sesetengah negeri) atau suami dan isterii (sesetengah negeri)

      3. Denda lambat daftar: RM1,000 seorang, sekiranya mendaftar selepas 6 bulan.

      Delete
  18. salam... perkara2 yang boleh mengakibatkan denda itu. mcm mana tu. maksud saya d sini... kalau benda ini di rahsiakan dari pada umum adakah boleh mengelak dari pada denda itu... n teruskan perkahwinan kali kedua seperti biasa .... n satu lagi adakah semua yang kahwin d thailand akan dikenakan denda... jika benda ini d ketahui oleh Majlis Agama Islam... . boleh jelas kan. sy tidak berapa paham tentang ini.

    ReplyDelete
  19. Biasanya denda dikenakan setelah pasangan membuat permohonan pendaftaran nikah. Bergantung kepada negeri, mungkin denda perlu dibayar sebelum perbicaraan pengesahan nikah, atau selepas pengesahan nikah tapi sebelum pendaftaran nikah, atau selepas pengesahan nikah dan pendaftaran nikah.

    Biasanya pasangan yang tidak memohon pernikahan mereka didaftarkan tidak dikenakan denda. Tapi, tanpa mendaftar nikah, mereka boleh menghadapi masalah dalam urusan dengan Jabatan Agama Islam, JPN (kalau ada anak nanti) dan sebagainya.

    Tak ada masalah untuk nikah semula di Malaysia dengan pasangan yang sama.

    ReplyDelete
  20. selain itu. apabila sudah bernikah d thailand. dan kembali d malaysia. selepas itu . katakan lah majlis agama islam .. tangkap pasangan yang telah sah suami isteri dengan menunjukan surat nikah n Konsulat Malaysia di Songkhla.. adakah majlis agama itu akan memaksa kami untuk mendaftar jugak pernikahan ini. jika engan mendaftar apakah yang akan terjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini saya belum pernah dengar kes di mana pasangan dipaksa mendaftarkan nikah. Tapi saya pernah dengar kes di mana Pej Agama menasihatkan supaya pernikahan itu didaftarkan di Malaysia.

      Delete
    2. terima kasih atas informasi nya

      Delete
  21. salam,saya ingin bertanya .. bagaimana dengan bayaran untuk berkahwin dithailand ? saya tak berapa faham tentang itu,boleh terangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Saya kurang jelas bayaran apa sebenarnya yang ditanya, jadi saya berikan pecahan semua harga yang terlibat:

      1. Perjalanan pergi-balik dari rumah ke sempadan Siam (kos ini bergantung kepada jarak dan cara perjalanan)

      2. Pakej nikah, termasuk pengangkutan di Thailand, bayaran kepada Majlis Agama Islam di thailand, jurunikah, saksi, konsulat Malaysia di Songkhla, sewa hotel, maskahwin dan belanja sendiri di Thailand (harga ini bergantung kepada agen, dan bergantung pula samada mahu berada di Thailand sehari atau dua hari, perlukan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia atau tidak dan sebagainya)

      3. Kos mahkamah dan denda waktu pendaftaran nikah di Malaysia (kos mahkamah tak banyak, tapi denda boleh sampai RM6,000 bergantung kepada kesalahan)

      4. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang harga pakej nikah kami, hubungi kami melalui telefon 010-3658513 atau emel info@nikah-kahwin.com

      Delete
  22. maksud saya,kebiasaannya kos pakej nikah berapa ya ?

    ReplyDelete
  23. Salam Ustaz Rizwan, saya nak tanya, bakal isteri saya seorang kakitangan kerajaan berkewarganegaraan Malaysia dan saya seorang warga Indonesia, apakah kalau kami menikah kat songkhla to pangkat dia akan terjejas?.. apakah khidmad hantar jemput nkah kat siam to ada hari-hari?.. trimakaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Setakat ini belum ada lagi pegawai kerajaan yang terjejas kerjayanya semata2 disebabkan nikah di Thailand dengan rakyat Malaysia atau rakyat negara lain.

      Khidmat pernikahan di Thailand bersama kami ada setiap hari, termasuk hari Jumaat, kecuali pada beberapa hari cuti Majlis Agama Islam di sana, contohnya pada hari raya puasa atau hari raya haji. Tetapi untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, dua hari bekerja diperlukan (bukan hujung minggu atau cuti am).

      Delete
  24. Salam Ustaz,

    Banyak perkara yang saya ingin tanyakan. Boleh saya dapatkan email penuh untuk pertanyaan lanjut. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Isi borang di http://www.nikah-kahwin.com/hubungi-kami.php

      Delete
  25. Lelaki warga malaysia menikah dengan warga indonesia yg tiada pengenalan diri.
    Mahu menikah di thailand,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa maksud "tiada pengenalan diri"? Adakah dia masuk ke Malaysia tanpa pasport atau KTP? Adakah dia mempunyai pasport tapi dah hilang? Adakah dia lahir di Malaysia kepada pasangan Indonesia tapi tak ada surat beranak atau kad pengenalan? Atau keadaan lain? Tolong bagi maklumat lengkap.

      Delete
  26. Askum... Sy nk tnya borang persiapan ape yg perlu di sedia kan nikah di thailand? Dan Wali perempuan (bapa) ade bersama.

    ReplyDelete
  27. Tak ada borang yang diperlukan untuk nikah di Thailand. Cuma bawa dokumen asal sesuai dengan keadaan masing-masing.

    Tapi kalau nak mengelakkan daripada dikenakan denda bila balik nanti, dapatkan dului kebenaran nikah di luar kawasan atau kebenaran poligami (jika berkenaan) dari Pejabat Agama/Mahkamah Syariah di Malaysia sebelum pergi ke Thailand.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum...saya ingin bertanya kos sebenar utk bernikah di thailand sekiranya saya naik flight utk berjumpa di thailand..ada ke apa2 extra charges utk wali hakim. Berapa hari diperlukan utk berada disana dan adakah kemungkinan charges lain dikenakan? Perlukah kami dtg bersama saksi atau cukup dgn kehadiran kami berdua. Sekiranya pasangan sy lelaki muallaf apa yg diperlukan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk maklumat kos, sila hubungi saya, tel 010-3658513 atau 017-3285129. Kalau flight, boleh pergi terus ke Hat Yai. Ambil flight Malindo sebelah pagi atau flight Air Asia sekitar 12 tengah hari. Caj untuk wali hakim dah termasuk dalam harga pakej. Dua hari BEKERJA diperlukan di sana untuk membolehkan balik dengan dokumen lengkap. Saksi tak perlu untuk pendaftaran di kebanyakan negeri. Lebih baik semak keperluan saksi di Mahkamah Syariah di negeri mana pendaftaran akan dilangsungkan. Seorang lelaki mualaf hendaklah telah berkhitan dan perlu membawa bersama sijil mualaf selain pasport dan kad pengenalan. Hubungi saya melalui telefon atau emel untuk maklumat lanjut.

      Delete
  29. Assalamualaikum, saya warga Malaysia sudah berkahwin. saya ingin mengahwini seorang warga indonesia sebagai isteri saya yang kedua(poligami) tanpa izin isteri pertama saya. Apakah persiapan dan bolehkah perkahwinan saya didaftarkan di Malaysia nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum assalam. Sekiranya wanita itu bukan pemegang permit kerja di Malaysia, tak ada masalah untuk nikah di Thailand dengannya. Dia cuma perlu membawa pasport dan surat cerai yang asal (atau surat kematian suami), kalau berkenaan. Selepas nikah, sila mohon surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Surat ini amat penting untuk pendaftaran di Malaysia atau untuk mengelak dikenakan tindakan oleh Pegawai Pencegah Maksiat di Malaysia.

      Satu dokumen lagi yang diperlukan untuk pendaftaran di Malaysia ialah surat dari KUA di tempat mastautinnya di Indonesia, yang sahkan status perkahwinannya di Indonesia.

      Delete
  30. salam..saya ingin bertanya macam mana prosedur untuk poligamy di malaysia..khususnya pulau pinang..boleh tuan terangkan cara-cara untuk dapatkan kebenaran poligamy...ada kah mesti di urus sendiri atau boleh lantik pihak lain urus spt peguam syarie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Permohonan untuk kebenaran poligami memerlukan pemohon sendiri hadir di mahkamah tinggi syariah, walau pun peguam telah dilantik untuk menguruskan kes. Selain pemohon, isteri pertama juga akan diperlukan hadir di mahkamah.

      Untuk cara memohon poligami di Penang, sila layari link berikut:
      http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/3ea69a7fa32ebe0348257535001a3879?OpenDocument

      dan

      http://idirektori.penang.gov.my/borang/CONTOH%20PERMOHONAN%20NIKAH%20POLIGAMI%20DAN%20AFIDAVIT%20.pdf

      Delete
  31. Salam..jika ingin bernikah di thailand untuk menghalalkn hubungan,adakah cara bgini sah?tak perlu pakai ayah sebagai wali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Berikut adalah petikan dari laman web Portal Rasmi Fatwa Malaysia (milik JAKIM):

      Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.

      Delete
  32. Salam...tak perlu ayah sebagai wali pihak perempuan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatwa tu dah jelaskan "perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah".

      Delete
  33. Adekah diterima warga Bangladesh yang mempunyai permit kerja ingin berkahwin di Thailand dengan warga Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warga Bangladesh pemegang permit kerja Malaysia boleh nikah dengan warga Malaysia di Thailand, setelah mendapat visa untuk masuk ke Thailand dari Kedutaan Thailand. Tapi, pasangan itu tak boleh mengambil surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia selagi warga Bangladesh itu memegang permit kerja.

      Delete
  34. Terbaik bohhh...jmpa nt...teringin nk pakai perkhidmatan tuan....tp blh percaya ke ni???takot jugak nt kami kena jual.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan panduan berikut untuk memilih agen nikah di Thailand:

      1. Mempunyai surat kebenaran dari Majlis Agama Islam Songkhla untuk membawa pasangan ke sana. Contoh surat ini boleh dilihat di http://nikah-siam.sukasamasuka.net/images/agen-sah.gif

      2. Memaparkan alamat dan peta pejabat mereka dalam laman web atau blog, supaya mereka mudah dicari. Contohnya seperti berikut: http://nikah-kahwin.com/hubungi-kami.php

      3. Membawa pasangan untuk nikah di Pejabat Agama di Thailand, bukan di rumah orang, atau belakang kedai, atau di sempadan malaysia-Thailand dalam kawasan Malaysia.

      4. Memahami pentingnya surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla (surat ini berbeza dari surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam di Thailand) dan membawa pasangan untuk mendapatkan surat ini sebelum balik ke Malaysia.

      5. Tidak mengenakan caj yang mahal. Agen yang mengenakan caj yang mahal ialah "orang tengah" atau agen yang berurusan dengan sindiket nikah palsu, bukan dengan Pejabat Agama.

      Delete
  35. Salam tuan.. sy seorang tentera.. bolehkah sy berkahwin di thailand tanpa surat pengesahan dari jabatan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Setakat nikah dan dapat surat nikah, boleh. Tapi, untuk dapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, tak boleh.

      Delete
    2. Hubungi saya melalui tel no 010-365 8513 atau 017-328 5129

      Delete
  36. saya warga negara malaysia ingin berkahwin dgn lelaki warga indonesia pemegang permit kerja...bagaimana kah prosedur perkahwinan yg perlu kami lalui utk menikah d msia...adakah lebih mudah kami nikah di thailand terlebih dhulu?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemegang permit kerja perlu membatalkan permit kerjanya dulu sebelum boleh nikah di Malaysia. Dia boleh nikah di Thailand, tapi tak boleh mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla selagi dia mempunyai permit kerja. Surat pengesahan ini diperlukan untuk mendaftar di Malaysia dan diperlukan juga kalau disoal oleh Pegawai Pencegah Maksiat.

      Delete
  37. Assalamualaikum Ustaz. Saya dan pasangan ingin bernikah untuk menghalalkan hubungan je. Saya masih study dan pasangan sudah bekerja. Setelah nikah di Thailand, dan daftar dengan consulate Malaysia di sana, adakah status saya akan bertukar kepada sudah bernikah di Malaysia? dan bolehkah saya dapatkan email ustaz untuk keterangan lanjut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum assalam. Kalau setakat daftar di Konsulat Malaysia di Songkhla, status di Malaysia tak akan berubah. Status di Malaysia cuma akan berubah setelah menjalani proses pendaftaran nikah di Malaysia. Hubungi saya di emel songkhla@sukasamasuka.net untuk maklumat lanjut.

      Delete
  38. Assalamualaikum encik Ridzwan.

    Boleh saya ajukkan soalan pada encik secara peribadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Seperti yang tertulis di atas halaman ni, boleh berhubung dengan saya melalui telefon nombor 010-3658513 atau 017-3285129 atau isi borang di http://nikah-siam.sukasamasuka.net/hubungi.html

      Delete
  39. Salam..Klau warga asing pkai permit kerja diorg kena btalkan permit n balek Country diorg dlu ke mcam mna?mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Batalkan permit kerja dulu baru boleh nikah dan mohon surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Kalau tak batalkan permit kerja, masih boleh nikah tapi tak boleh mohon surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Kalau tak ada surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, surat nikah tak diiktiraf di Malaysia.

      Warga asing itu tak perlu balik ke negara sendiri selepas batalkan permit kerja. Boleh terus pergi ke Thailand.

      Delete
  40. Asalam mualaykum . Apa bisa ningkah di thailand bila nama paspore dan nama surat kelahiran di indonesia tak sama nama di paspore ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pejabat Agama di Thailand cuma akan meminta pasport, bukan surat kelahiran. Jadi, boleh nikah di sana.

      Delete
  41. Asalam mualaykum saya nak tanya , saya warga indonesia dan pasangan saya warga malaysia cina beragama budah.apa kah saya bisa ningkah di thailand .dan kami tak nak binik calon suami saya tau bila kami meningkah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum assalam. Cina itu perlu bersunat (khitan) dulu dan memeluk Islam, baru boleh nikah di Thailand. Adalah menjadi kewajipan bagi dia memberitahu isteri pertamanya bahawa dia telah memeluk Islam, supaya isterinya boleh memilih untuk memeluk Islam atau bercerai dari dia.

      Delete
  42. Tuan. Jika ditangkap semasa operasi pejabat agama tetapi ada sijil nikah siam & pengesahan dari konsulat malaysia.
    1. Adakah akan dikenakan tindakan seperti dibawa ke balai atau ke mahkamah?
    2. Adakah pejabat agama akan mengenakan tindakan kerana kawin diluar negara tanpa kebenaran?
    3. Atau tindakan spt denda itu hanya jika kita mahu mendaftar di Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Biasanya Tidak
      2. Biasanya mereka akan menasihatkan untuk mendaftar di Malaysia.
      3. Ya. denda dikenakan masa pendaftaran di Malaysia

      Delete