Agen nikah di Thailand. Kami membawa pasangan Islam dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan sebagainya untuk kahwin di Thailand. Hubungi Kami: 010-3658513 atau isi borang di http://nikah-siam.sukasamasuka.net/hubungi.html
Tuesday, December 17, 2019
Nikah di Thailand : Mudah, Murah, Sah, Diiktiraf
(Telefon: 0103658513)
Kami menguruskan nikah di Thailand, di Pejabat Agama di Selatan Thailand yang diiktiraf oleh Malaysia, dengan ciri-ciri berikut:
* Nikah yang sah mengikut hukum syarak
* Balik dengan dokumen lengkap
* Mendapat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla
* Boleh daftar di Malaysia untuk dapatkan kad nikah Malaysia
Dua hari bekerja diperlukan di Thailand untuk mendapatkan semua dokumen, beserta pengesahan Konsulat. Surat nikah tak diiktiraf di Malaysia kalau tak ada pengesahan Konsulat.
Samada nikah poligami atau nikah siri atau wali enggan atau apa saja, kami boleh uruskan nikah yang sah dan diiktiraf.
Prosedur yang mudah, harga yang murah dan perjalanan yang lancar.
MEMILIH TARIKH NIKAH
Tetapkan tarikh sendiri untuk pergi ke Thailand dan maklumkan kepada kami.
Ambil kira perkara berikut dalam memilih tarikh nikah di Thailand
* Pejabat Agama Songkhla ditutup setiap Jumaat
* Pejabat Agama lain ditutup setiap Jumaat dan Sabtu
* Konsulat Malaysia ditutup setiap Sabtu dan Ahad
* Kalau Malaysia cuti, Konsulat Malaysia pun cuti
* Untuk cuti Thailand tertentu, Konsulat Malaysia pun cuti
DOKUMEN UNTUK NIKAH DI THAILAND
Dokumen wajib untuk semua pasangan Malaysia yang ingin nikah di Thailand adalah
* Pasport
* Kad Pengenalan
Selain itu, ada dokumen lain yang perlu dibawa ke Thailand, mengikut keadaan masing-masing. Sebagai contoh:
* Janda hendaklah membawa surat cerai asal
* Balu hendaklah membawa surat kematian suami yang asal
* Mualaf hendaklah membawa surat atau kad mualaf yang asal
* Warga asing, bergantung kepada negara asal, mungkin perlukan visa dari Kedutaan Thailand
Hubungi saya, tel 0103658513 untuk senarai dokumen lengkap yang perlu dibawa, samada untuk rakyat Malaysia atau warga asing.
HARGA PAKEJ
* Harga : RM1,700 untuk berdua. Harga ini tak termasuk hotel.
* Tambah RM 100 untuk satu bilik hotel untuk satu malam.
* Selain itu, bawa maskahwin yang sesuai dan belanja makan sendiri.
* Bayaran perlu dibuat di Pejabat Agama
PERJALANAN
Hari Pertama:
* Berjumpa di Imigresen Thailand di Danok atau Padang Besar pukul 6:45 pagi waktu Malaysia, atau
* Berjumpa di hotel di Hat Yai pukul 7 pagi waktu Thailand
* Kami bawa ke Pejabat Agama Songkhla untuk nikah dan dapat dokumen nikah yang lengkap
* Kemudian, kami bawa ke Konsulat Malaysia untuk serahkan semua dokumen dari Pejabat Agama di sana
* Kemudian, selepas makan tengahari, kami hantar ke hotel
Hari Kedua
* Kami jemput dari hotel dan bawa ke Konsulat Malaysia
* Ambil semua dokumen yang telah disahkan oleh Konsulat
* Kami hantar semula ke sempadan untuk perjalanan balik, atau ke hotel
TENTANG KAMI
Kami adalah gabungan rakyat Malaysia dan Thailand yang telah membantu pasangan Malaysia dan warga asing untuk nikah di Thailand sejak 10 tahun dulu.
Pengalaman kami yang lama dapat membantu menyelesaikan apa saja masalah berkaitan nikah di Thailand dan pendaftaran di Malaysia selepas nikah.
HUBUNGI TEL 0103658513 UNTUK NIKAH DI THAILAND!
Tuesday, December 3, 2019
Nikah dengan Warga Asing Pemegang Permit Kerja di Thailand
Kedutaan Thailand menetapkan dua syarat untuk memohon visa pelancong:
1. Pemohon mestilah mempunyai permit kerja dengan visa "multiple entry" dari Malaysia. Maksudnya, kalau pemegang permit kerja tu keluar dari Malaysia, dia tak ada masalah untuk masuk semula ke Malaysia. Kerajaan thailand tak nak masalah pemegang permit kerja tu tak dapat masuk semula ke Malaysia selepas melawat Thailand.
2. Pemohon mesti mempunyai akaun bank dari bank di Malaysia. Akaun itu hendaklah dibuka lebih dari 6 bulan sebelum memohon visa pelancong dari Kedutaan Thailand dan akaun itu kena ada bukti duit masuk setiap bulan selama 6 bulan tu. Maksudnya, gaji dia kena masuk ke bank, bukan terima wang tunai dari majikan.
Kebanyakan pemegang permit kerja dari Pakistan, Nepal dan Bangladesh tak dapat memenuhi syarat-syarat di atas.
Selain itu, warga Pakistan, Nepal dan Bangladesh cuma boleh masuk ke Thailand melalui airport. Tak boleh masuk ikut sempadan. Bila nak masuk semula ke Malaysia selepas nikah di Thailand pun tak boleh ikut sempadan. Kena masuk ikut airport, contohnya dari Hat Yai ke KLIA.
Kedua, Konsulat Malaysia di Songkhla tak akan sahkan surat nikah kalau salah sorang yang nikah tu adalah pemegang permit kerja. Kalau tak ada pengesahan Konsulat Malaysia, surat nikah tu tak diiktiraf di Malaysia. Sama macam tak ada surat nikah. Tak boleh daftar di Malaysia. Pencegah maksiat boleh dakwa di mahkamah atas tuduhan khalwat atau zina.
Ketiga, kalau tamatkan permit kerja, bekas pemegang permit kerja tu kena balik ke negara asal dulu. Mengikut syarat, dia tak boleh masuk semula ke Malaysia bagi tempoh 6 bulan. Tapi, yang ni ada penyelesaiannya.
Jadi, bagi kebanyakan pasangan, cara terbaik adalah:
1. Tamatkan permit kerja dan balik ke negara sendiri
2. Mohon visa dari Kedutaan Thailand di negara sendiri.
3. Ambil penerbangan ke Hat Yai
4. Jumpa pasangan dari Malaysia di sana dan nikah
5. Dapatkan pengesahan Konsulat
6. Mohon visa untuk masuk ke Malaysia semula
7. Gunakan penerbangan dari Hat Yai ke KLIA untuk masuk semula ke Malaysia
Hubungi saya untuk apa-apa penjelasan. Tel 0103658513 atau emel songkhla@sukasamasuka.net
Friday, November 22, 2019
Nikah di Thailand kemudian dipaksa bercerai
Sebenarnya, kes "dipaksa bercerai" ni jarang berlaku. Yang selalu berlaku adalah "didesak bercerai". Contohnya, kalau nikah isteri kedua di Thailand, kemudian isteri pertama suruh ceraikan isteri kedua. Itu adalah desakan, bukan paksaan. Tapi, kalau isteri pertama pegang pistol dan suruh ceraikan isteri kedua kalau tak nak kena tembak, itu baru paksaan.
Paksaan melibatkan sesuatu yang sangat buruk akan berlaku kalau tak buat apa yang disuruh, Kalau tak ada ancaman berat, bukan paksaan. Cuma desakan.
Baru-baru ni ada sorang lelaki yang kata isteri pertama dia paksa dia lafaz cerai talak tiga kepada isteri kedua dia. Lafaz cerai tu dah disediakan oleh seorang peguam syarie, suami cuma perlu lafazkan. Isteri tak ancam dia apa-apa, cuma desak dia lafazkan. Tapi, dia lafazkan.
Lepas tu, dia telefon saya mengatakan dia dipaksa oleh isteri pertama untuk lafaz cerai talak tiga dan nak rujuk semula dengan isteri kedua. Dia tanya macam mana caranya. Saya kata, dah tak ada cara. Kemudian dia kata dia tak ada niat nak ceraikan isteri kedua dia, tapi dia dipaksa. Saya kata, dia didesak, bukan dipaksa. Kemudian dia tanya boleh tak nikah cina buta di Thailand. Saya kata, nikah cina buta dilaknat oleh Nabi. Bahaya untuk akhirat.
Sebelum ni dah ada kes di mana keluarga isteri kurung isteri selepas nikah di Thailand. Kemudian, mak isteri telefon suami minta dia ceraikan isterinya, kononnya isterinya dah tak nak pada dia. Bila minta bercakap dengan isteri, mak dia tak bagi. Tapi dia terus mendesak supaya ceraikan isteri dengan talak tiga. Suami tu lafazkan. Lepas tu dia (suami) tanya saya macam mana nak rujuk.
Kepada para suami: Kalau dipaksa menceraikan isteri sedangkan tak ada niat untuk menceraikan dia, lafazkan talak satu dulu. Lepas tu, kalau dipaksa lagi untuk lafazkan talak tiga, lakukanlah. Tak jatuh pun talak tiga sebab lafaz talak satu tadi dah menjadikan isteri bukan lagi isteri. Dah tertalak dengan talak satu. Kalau kita lafaz cerai kepada perempuan yang bukan lagi isteri kita, tak jatuh talak.
Kemudian, bila keadaan dah selamat, rujuk semula dengan isteri.
Tapi, kalau cuma didesak, jangan layan. Jangan lafazkan cerai.
Thursday, November 14, 2019
Cerai di Thailand setelah Nikah di Thailand
Urusan cerai di Thailand hendaklah dilakukan di Pejabat Agama tempat nikah dulu. Kalau bercerai di Pejabat Agama lain, Konsulat Malaysia tak akan sahkan surat cerai tu.
Samada suami atau isteri perlu pergi ke Thailand untuk urusan cerai. Tak boleh wakilkan kepada orang lain. Kalau ada orang yang mengaku boleh uruskan surat cerai tanpa isteri atau suami pergi ke Thailand, jangan percaya. Dah tentu dia akan bagi surat cerai palsu. Dalam kes fasakh, di mana isteri menuntut cerai taklik, bukan saja surat cerai yang diberikan tu palsu, tapi talak tak jatuh, sebab tak memenuhi syarat taklik.
1. Suami pergi ke Thailand untuk urusan cerai
Kalau suami pergi ke Pejabat Agama tempat nikah di Thailand dulu, surat cerai akan dikeluarkan pada hari tu juga. Kalau surat nikah berdaftar di Konsulat, surat cerai pun kena daftar di Konsulat.
2. Suami tak pergi ke Thailand untuk urusan cerai
Kalau suami tak boleh pergi atau tak nak pergi ke Thailand untuk urusan cerai, isteri kena pergi
2.1 Suami dah ceraikan isteri dan buat surat akuan cerai
Kalau suami dah ceraikan isteri tapi dia tak nak pergi ke Thailand untuk dapatkan surat cerai, isteri kena pergi.
Kalau isteri pergi ke Pejabat Agama tempat nikah dulu dengan membawa surat akuan cerai dari suami dan bawa dua orang saksi, surat cerai akan dikeluarkan pada hari yang sama.
Suami kena tandatangan surat tu depan pesuruhjaya sumpah. Dua orang saksi (lelaki Islam) kena tandatangan sama. Isteri kena bawa surat sumpah dan dua orang saksi tu ke Thailand untuk dapatkan surat cerai.
2.2 Suami dah ceraikan isteri tapi tak nak buat surat akuan cerai
Kalau suami tak nak buat surat akuan cerai, isteri kena pergi ke Thailand untuk buat laporan, kemudian balik. Pejabat Agama akan bagi suami tempoh untuk pergi ke sana untuk sahkan atau nafikan aduan isteri. Kalau dia tak pergi, tak apa. Kemudian, isteri kena pergi semula ke Thailand dengan dua orang saksi. Kalau Pejabat Agama yakin dah berlaku perceraian, mereka akan keluarkan surat cerai.
Sebaiknya, tunggu habis iddah baru pergi buat aduan.
3. Isteri tuntut cerai
3.1 Isteri tuntut cerai selepas suami pukul
Kalau suami pukul, buat aduan polis dan buat pemeriksaan doktor. Buat segera!
Kemudian, bawa aduan polis dan laporan doktor ke Thailand untuk dapatkan surat cerai pada hari itu juga.
3.2 Isteri tuntut cerai sebab suami melanggar syarat taklik, selain pukul.
Dalam kes ini, isteri kena buat aduan di Peabat Agama tempaat nikah dulu. Bawa semua bukti berkenaan aduan yang dibuat terhadap suami.
Selepas itu, Pejabat Agama akan panggil suami ke sana dalam tempoh tertentu, supaya suami berpeluang untuk mempertahankan diri.
Kemudian, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Agama, isteri kena pergi semula ke Thailand dengan membawa dua orang saksi.
Baca syarat taklik bagi Pejabat Agama tempat nikah di Thailand dulu
4. Kes-kes lain
Kalau nak kami bantu bawa ke Thailand untuk tuntut cerai di Thailand atas apa-apa sebab, hubungi saya. Berikan maklumat berikut:
Tel/Whatsapp +60103658513
Monday, November 4, 2019
Nikah di Thailand - Nikah Rahsia
Nikah rahsia atau nikah siri bermaksud nikah yang dirahsiakan dari keluarga atau Kerajaan atau dua-dua sekali.
Nikah siri di Thailand yang dirahsiakan dari Kerajaan termasuk nikah yang tak didaftarkan di Konsulat Malaysia di Songkhla atau yang tak didaftarkan di Malaysia setelah nikah di Thailand.
Kalau tak berdaftar di Konsulat, surat nikah tak diiktiraf di Malaysia dan pencegah maksiat boleh dakwa di mahkamah syariah atas tuduhan khalwat atau zina. Kalau dapat anak, anak itu tak boleh dibinkan kepada ayahnya, sama macam anak tak sah taraf.
Kalau tak daftar di Malaysia, mungkin ada kesusahaan juga bila ada anak nanti.
Tapi, kalau nak rahsiakan dari keluarga dan bertujuan untuk nikah semula di Malaysia kemudian nanti, tak payalah daftar di Malaysia setelah nikah di Thailand. Cuma dapatkan pengesahan Konsulat. Kalau daftar di Malaysia, keluarga akan tahu bila nak nikah semula nanti.
Ada pula pasangan yang nak nikah rahsia, sehingga tak nak ada surat nikah. Maksudnya, cuma nikah saja di Thailand dan balik tanpa surat nikah. Biasanya yang memohon nikah macam ni adalah seorang perempuan yang bakal menjadi isteri kedua. Bakal suami nak rahsiakan betul2 pernikahan kedua ni sebab tak nak isteri pertama tahu.
Yang ni ada masalah besar.
Pertama, pencegah maksiat boleh dakwa atas tuduhan khalwat atau zina.
Kedua, kalau ada anak, anak itu akan dianggap sebagai anak luar nikah.
Ketiga, kalau suami tinggalkan isteri keduanya tanpa talak, isteri kedua akan tergantung tak bertali seumur hidup. Tak boleh tuntut cerai sebab tak ada bukti nikah.
Lagi pun, kalau sampai begitu sekali bakal suami nak sorok pernikahan kedua ni, macam mana kehidupan selepas nikah nanti? Mungkin suami akan datang satu atau dua jam selepas kerja, puaskan nafsu dia dan balik ke rumah isteri pertama. Kehidupan isteri kedua macam hamba seks.
Kalau cuti, dia akan bersama isteri pertama. Kalau hari raya, dia akan bersama isteri pertama. Giliran bermalam dah tentu tak ada!
Kepada kaum wanita, fikirlah baik2 sebelum nikah dengan lelaki yang minta syarat begini. Boleh nikah rahsia di Thailand, tapi bincang betul2 macam mana cara hidup selepas nikah nanti.
Dan pastikan ada surat nikah yang berdaftar di Konsulat Malaysia di Songkhla selepas nikah di Thailand. Kalau suami tak bersetuju, please, for your own sake, jangan nikah dengan dia.
Ingat peribahasa lama, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya.
Tuesday, October 8, 2019
Cerai Talak Tiga dan Nikah Cina Buta
TALAK TIGA
Jatuh talak tiga bila suami menyatakan kepada isteri, "Aku ceraikan kamu dengan talak tiga" atau ayat yang jelas dan sama maksud dengannya, tanpa dipaksa.
Perkataan paksa ni perlu kita huraikan sikit.
Kalau isteri berkata "Ceraikan aku! Ceraikan aku! Ceraikan aku!" dan terus bising tak sudah, itu bukan paksa. Itu cuma desak. Tapi kalau isteri pegang pistol, hala kepada kita dan kata "Ceraikan aku kalau nak hidup", itu baru paksa. Paksaan cuma berlaku kalau ada akibat yang sangat buruk kalau kita tak ikut.
Jadi, kalau dipaksa, tak jatuh talak. Kalau cuma didesak, jatuh talak.
Talak tiga juga boleh jatuh melalui taklik. Contohnya, suami bertaklik kepada isteri, "Kalau awak buat bla bla bla, jatuh talak tiga". Kemudian, isteri buat apa yang suami larang tu, maka jatuh talak tiga.
Ada juga suami yang bertaklik ke atas diri sendiri. Contohnya, "Kalau aku buat lagi bla bla bla, jatuh talak tiga". Kemudian, suami lakukan lagi. Maka jatuh talak tiga.
TAPI, kalau suami kata "Aku ceraikan kamu! Aku ceraikan kamu! Aku ceraikan kamu!", cuma jatuh satu talak, bukan tiga.
Sebabnya senang saja: Bila suami kata "Aku ceraikan kamu" kali pertama, dah jatuh satu talak. Perempuan yang depan mata dia tu bukan lagi isteri dia. Itu adalah janda dia. Dia tak boleh talakkan perempuan yang bukan isteri dia. Ungkapan "Aku ceraikan kamu" kali kedua dan ketiga tak menjatuhkan talak sebab tak ditujukan kepada isteri lelaki itu. Kata-kata itu cuma ditujukan kepada janda lelaki itu. Tak ada kesan!
NIKAH CINA BUTA
Nikah cina buta terjadi apabila seorang isteri, yang diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya, berkahwin dengan seorang lelaki (cina buta) yang akan menceraikannya setelah bersetubuh dengannya, dengan niat untuk membolehkan perempuan itu nikah semula dengan suami asalnya. Kemudian, lelaki (cina buta) itu menceraikan isterinya seperti dirancang.
Ibrahim an-Nakha'i berkata,
Selagi pasangan cina buta dan perempuan itu tak bercerai, nikah itu adalah sah. Tapi, kalau bercerai dengan niat untuk membolehkan perempuan itu berkahwin semula dengan suami asal, lalu terjadi nikah cina buta, nikah itu tak sah dan tak membolehkan perempuan itu berkahwin semula dengan suami pertamanya.
Lelaki yang terlibat, termasuk suami pertama dan suami kedua, dilaknat oleh Rasulullah. Kalau dah dilaknat tu, apa harapan untuk masuk syurga??
Kalau dah bercerai talak tiga, lupakan sajalah niat untuk rujuk semula, sehingga perempuan terlibat dah berkahwin dan bercerai bukan dengan niat nak rujuk semula dengan suami pertama.
Ada soalan? Silakan bertanya.
Monday, August 13, 2018
Nikah di Thailand dengan Warga Asing
Saya semakin kerap menerima panggilan atau pesanan whatsapp dari seseorang yang nak nikah dengan warga asing. Menurut mereka, nak nikah di Malaysia agak susah sebab prosedurnya memerlukan macam macam dokumen. Selalu juga saya terangkan kepada mereka bahawa kalau nikah di Thailand pun, semua dokumen tu kena ada masa nak daftar di Malaysia nanti. Tapi, kebanyakan mereka nak nikah dulu dan dapatkan semua dokumen tu kemudian.
Jadi, untuk sesiapa yang bercadang untuk nikah dengan warga asing di Thailand, berikut adalah satu panduan ringkas.
1. Kalau warga asing itu mempunyai permit kerja dari Malaysia, tamatkan dulu permit kerja tu. Kalau tidak, Konsulat Malaysia di Songkhla tak akan sahkan surat nikah selepas nikah di Thailand nanti. Kalau tak ada pengesahan Konsulat, surat nikah tu tak diiktiraf di Malaysia. Sama macam tak ada surat nikah. Tak boleh daftar nikah tu di Malaysia.
Jangan risau! Selepas nikah nanti, mereka boleh mohon spouse visa. Dengan spouse visa, mereka dibenarkan bekerja di Malaysia. Dah tak perlu permit kerja.
Tapi, kalau susah nak tamatkan permit kerja warga asing itu (contohnya majikan tak nak tamatkan), boleh nikah dulu di Thailand dan pergi semula untuk pengesahan Konsulat selepas permit kerja tamat nanti. Tapi, sementara menunggu pergi semula ke Thailand, berhati-hati supaya pencegah maksiat tak tangkap!
2. Sebelum nikah di Thailand, semak dengan Kedutaan Thailand di Jalan Ampang tentang keperluan visa untuk masuk ke Thailand. Kalau pasangan dari negara ASEAN seperti Indonesia atau Filipina, tak ada masalah. Visa tak diperlukan untuk masuk ke Thailand. Kalau negara seperti India atau China, visa boleh terus didapati di sempadan.
Tapi kalau dari negara lain seperti Bangladesh, Nepal atau Pakistan, permohonan visa perlu dibuat di Kedutaan Thailand. Biasanya, Kedutaan Thailand memerlukan setiap pemohon mempunyai akaun bank di Malaysia yang dibuka tak kurang dari 6 bulan sebelum memohon visa ke Thailand.
Selain itu, kalau pemegang permit kerja Malaysia, permit kerja itu perlu ada "multiple entry permit". Maksudnya, setelah pergi di Thailand, tak ada masalah untuk masuk semula ke Malaysia.
3. Kalau bakal suami adalah seorang bukan Islam, pastikan dia bersunat dulu sebelum pergi ke Thailand untuk nikah. Pejabat Agama di Thailand tak akan menikahkan kalau mereka tahu lelaki itu belum bersunat. Pejabat Agama Songkhla akan meminta lelaki itu membuka seluar dalam bilik khas, untuk membuktikan dia dah bersunat.
Kalau dia dah masuk Islam, bawa surat atau kad mualaf yang asal. Kalau belum masuk Islam, dia boleh diislamkan di Pejabat Agama di Thailand sebaik sebelum nikah.
4. Untuk mendaftar di Malaysia setelah nikah di Thailand, beberapa dokumen dari negara asal tetap akan diperlukan. Dokumen yang paling penting adalah pengesahan status perkahwinan di negara asal.
5. Untuk mendaftar di negara pasangan setelah nikah nanti, mungkin dokumen tambahan akan diperlukan dari Bangkok. Biasanya, surat pengesahan nikah perlu didapatkan dari The Central Islamic Committee of Thailand di Bangkok, kemudian surat ini perlu disahkan oleh Legalization Division, Ministry of Foreign Affairs Thailand, juga di Bangkok.
Ada soalan? Silakan bertanya.
Ridzwan. Tel +60103658513
Friday, March 25, 2016
Nikah Gantung, Nikah Siri dan Nikah Misyar
Jadi, marilah kita fahami perbezaan di antara maksud nikah gantung, nikah siri dan nikah misyar. Sebenarnya, proses nikah gantung, siri atau misyar, samada nikah di Thailand, di Malaysia atau di mana pun, sama saja. Semuanya kena mematuhi syarat-syarat sah nikah. Semuanya kena ada wali yang sah, saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan ijab-kabul. Perbezaan nama tu cuma timbul disebabkan cara upacara nikah berlangsung atau cara hidup selepas nikah.
Nikah Gantung
Nikah gantung atau nikah khitbah bermasud pasangan yang nikah secara sah, tapi selepas nikah mereka tak adakan (tangguhkan) majlis kenduri kahwin, mereka tak tinggal sebumbung dan mereka tak bersetubuh bagi jangkamasa tertentu. Ungkapan nikah gantung tak ada dalam Islam. Ia cuma istilah tempatan di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Selatan Thailand.Nikah gantung tidak dirahsiakan dari keluarga atau Kerajaan. Yang menikahkan ialah wali atau wakil wali pengantin perempuan, sama seperti pernikahan biasa.
Oleh kerana mereka belum tinggal bersama dan belum bersetubuh, pasangan yang nikah gantung boleh terlepas dari tanggungjawab pasangan suami-isteri biasa. Contohnya, suami belum perlu memberi nafkah kepada isteri, atau menyediakan tempat tinggal, atau bertanggungjawab ke atas makan-pakai isteri. Ini membuatkan nikah gantung sangat sesuai bagi pasangan pelajar dan lebih baik dari bertunang. Pasangan boleh berdua-duaan tanpa melanggar hukum syarak.
Sekiranya pasangan yang nikah gantung mengadakan kenduri kahwin atau tinggal serumah atau melakukan hubungan seks, maka pernikahan itu tidak lagi dipanggil nikah gantung dan pasangan itu harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap satu sama lain, seperti pasangan yang nikah biasa.
Nikah Siri
Berbeza dari nikah gantung, nikah siri ialah nikah yang dirahsiakan, samada dari pengetahuan wali nasab atau dari pengetahuan Kereajaan di tempat nikah.Ada kalanya, nikah siri menjadi tak sah sebab jarak tempat nikah tak cukup jauh dari tempat wali nasab berada masa nikah berlangsung.
Dalam kes nikah tanpa pengetahuan Pejabat Agama, kalau wali nasab yang menikahkan, maka nikah itu biasanya sah. Cuma tak dapat surat nikah. Tapi kalau nikah di sempadan dalam kawasan Malaysia, dengan membawa masuk orang Siam sebagai wali hakim, maka nikah tu tak sah mengikut hukum syarak. Wali hakim tu tak sah!
Kalau nikah di Malaysia, Kerajaan Malaysia saja yang boleh lantik wali hakim. Kalau tidak, orang tu tak sah menjadi wali hakim di Malaysia (walaupun dia sah menjadi wali hakim di Siam).
Nikah Misyar
Nikah misyar juga tak sama dengan nikah gantung. Contohnya, kalau pasangan yang nikah gantung bersetubuh, maka nikah tu tidak lagi dipanggil nikah gantung dan isteri berhak menuntut haknya dari suami, seperti nafkah, tempat tinggal dan sebagainyaDalam nikah misyar, isteri bersetuju melonggarkan tanggungjawab suami, dan suami juga bersetuju melonggarkan tanggungjawab isteri. Contohnya, isteri bersetuju bersetubuh dengan suami tapi suami tak perlu menyediakan tempat tinggal untuknya. Pernikahan ini sesuai untuk wanita yang berkemampuan hidup sendiri tanpa memerlukan duit belanja dari suami dan tidak mahu terikat dengan kehadiran suami setiap masa.
Namun begitu, dalam nikah misyar, isteri berhak menarik balik kelonggaran yang dia bagi kepada suami dan dia boleh menuntut dari suami hak sepenuhnya sebagai isteri.
Rumusan
Jadi, yang nikah di Thailand tu nikah gantung atau nikah siri atau nikah misyar? Semuanya bergantung kepada cara hidup selepas nikah.Friday, September 20, 2013
Nikah Thailand : Laporan Harian Metro
Mungkin penulis Harian Metro itu tidak tahu bahawa masalah nikah di sempadan Siam telah wujud sejak berpuluh tahun lalu, sedangkan laman web agensi nikah di Thailand tidak banyak sehingga 3 atau 4 tahun yang lalu.
Hakikatnya, jika sesuatu pasangan telah membuat keputusan untuk nikah, mereka akan mencari jalan untuk nikah. Apa yang biasa terjadi pada masa dulu ialah pasangan akan pergi ke sempadan untuk nikah, kemudian bertanya pemandu teksi atau orang tempatan, di mana mereka boleh nikah di Thailand. Akibatnya, ramai diantara pasangan ini yang nikah di belakang kedai, di bawah pokok, di rumah seseorang yang mengaku imam, dan sebagainya.
Mereka akan menerima sijil nikah yang entah sah entah tidak. Tapi mereka tak tahu, dan mereka pulang ke Malaysia menyangka bahawa mereka telah nikah di Thailand dengan sah.
Kebanyakan pernikahan ini tidak dilaporkan di Konsulat Malaysia di Songkhla dan tidak didaftar di Malaysia. Ramai juga yang cuba untuk mendaftar di Malaysia, hanya untuk diberitahu bahawa pernikahan mereka tidak sah.
Apa yang dilakukan oleh agensi-agensi nikah Thailand ialah memberi kesedaran kepada pasangan yang ingin nikah di Thailand supaya melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama (Majlis Agama) yang sah di Selatan Thailand, dan tidak menggunakan khidmat sindiket nikah haram. Dengan cara ini, bilangan pasangan yang nikah melalui sindiket nikah haram di Selatan Thailand telah berkurangan dan lebih ramai pasangan yang mendaftarkan nikah mereka di Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, sebab dibawa ke sana oleh agen.
Sekiranya agensi-agensi nikah di Selatan Thailand ini ditutup, bilangan pasangan yang nikah di sempadan tidak akan berkurangan, tapi sudah tentu kita akan mengalami keadaan lama dimana ramai pasangan dari Malaysia akan tertipu oleh sindiket nikah haram di sempadan Malaysia - Thailand, sebab tak ada siapa yang menunjukkan jalan yang betul kepada mereka.
Rekod pejabat-pejabat agama di Selatan Thailand akan menunjukkan tidak berapa ramai pasangan Malaysia yang nikah di sana (sebab ramai yang dinikahkan oleh sindiket nikah haram) dan rekod Konsulat Malaysia di Songkhla akan menunjukkan bahawa bilangan pasangan yang nikah di Thailand telah berkurangan, sebab ramai yang tidak akan mendaftarkan pernikahan mereka dengan Konsulat itu - seperti apa yang berlaku dulu.
Friday, July 26, 2013
Where to Elope | How to Elope
For Muslims: Where and How to Elope
For Muslims in Malaysia who are wondering where to elope or how to elope:
Where to Elope
If, according to sharia law, the two of you can marry, but are prevented from doing so for whatever reason, the best place to elope is the office of the Islamic Committee of Songkhla in Khlong Hae, Songkhla, or the office of the Islamic Committee of Phatthalung in Tamot, Phatthalung. Both places are in Southern Thailand, just North of Kedah.
The choice of Songkhla and Phatthalung as the best answer to the question where to elope is because of the following:
- The office of the Islamic Committee of Songkhla and Pahatthalung are recognized by JAKIM as places for Malaysian Muslim couples to nikah.
- Songkhla and Phatthalung are safe compared to Yala, Narathiwat or Pattani where rioting and bombing are going on almost every day. There are no riotings or bombings in Songkhla.
- Songkhla is the location of the ONLY office of the Consulate General of Malaysia for the whole of Southern Thailand. In order to register your nikah in Malaysia, a confirmation letter from the Consulate General's office will be required. If you marry anywhere else in Southern Thailand other than Songkhla or Phatthalung, you will have to travel far to the Malaysian Consulate in Songkhla in order to get the Consulate confirmation letter.
How to Elope
Now that you know where to elope, the question to be answered is how to elope. Or, to put it in better terms, how to marry in Songkhla or Phatthalung.
You need to bring along a valid travel document, such as an International Passport or a Border Pass. The Border Pass can only be obtained by residents of Perlis, Kedah, Perak and Kelantang. You must have stayed at least 3 years in any of those states before you can apply for a border pass to enter Thailand.
Bring also you identity card and a camera or a phone that can capture video. We will make a video recording of the akad nikah, to be used as evidence in the sharia court later on.
If you are a divorced woman, brling along your original divorce certificate. If you are a widow, bring along your deceased husband's death certificate.
We will wait for you at the Duty Free Complex in Bukit Kayu Hitam. The best time for you to get there is at 8am on a working day. The nikah process will need 2 working days. At the end of the second day, we will send you back to Bukit Kayu Hitam for your journey home as a married couple. You will return to Malaysia with a complete set of documents, including the confirmation letter from the Malaysian Consulate in Songkhla.
Saturday, March 9, 2013
Perkahwinan di Thailand: Nikah di Phatthalung
Phatthalung
Perkahwinan di Phatthalung, di Majlis Agama Islam di sana, diiktiraf oleh JAKIM, sama seperti perkahwinan di Majlis Agama Islam Songkhla. Waktu perjalanan ke sana lama sedikit berbanding Songkhla, tapi disebabkan tak ramai pasangan yang nikah di sana, urusan nikah boleh selesai dalam masa yang singkat. Setelah selesai urusan nikah di Phatthalung, pasangan akan menerima surat nikah dan surat pengesahan nikah, sama macam di Songkhla. Kemudian, kami bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk memohon surat pengesahan dari Konsulat Malaysia. Seperti biasa, Konsulat akan mengeluarkan surat pengesahan itu pada hari bekerja berikutnya. Jarak di antara Majlis Agama Islam Phatthalung dengan mana-mana tempat di Malaysia melebihi 100km. Ini bermakna bahawa semua pasangan Malaysia yang menghadapi masalah wali enggan boleh melangsungkan perkahwinan di Phatthalung, sebab dah melebihi jarak 2 marhalah yang diperlukan. Sebagai perbandingan, Majlis Agama Islam Songkhla terletak cuma 43km dari tempat paling dekat dari Malaysia, di utara Perlis.
Friday, July 6, 2012
Masalah kalau Nikah di Betong | Kahwin di Majlis Agama Islam Yala
Majlis Agama Islam Wilayah Yala
Masalahnya begini:
Selepas nikah di Betong, Yala, atau mana-mana Wilayah di Selatan Thailand, pasangan perlu mendaftarkan nikah tu di Malaysia. Proses pendaftaran nikah akan memerlukan pasangan menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah sebab cuma hakim mahkamah syariah saja yang boleh sahkan perkahwinan di luar negara.
Untuk tujuan pengesahan nikah di mahkamah syariah, pasangan perlu mempunyai dokumen yang lengkap. Diantaranya ialah surat nikah dari salah satu Majlis Agama Islam di Thailand, dan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Selatan Thailand. Konsulat Malaysia untuk Selatan Thailand terletak di Songkhla. Tak ada Konsulat Malaysia di Yala, Narathiwat, Pattani dan sebagainya. Cuma ada di Songkhla.
Konsulat General Malaysia di Songkhla
Pasangan yang nikah di Betong akan menerima surat nikah pada hari nikah. Lebih kurang seminggu kemudian, mereka akan menerima surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Yala. Tapi, mereka tidak akan menerima surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.
Sudah kerap saya menerima panggilan dari pasangan yang nikah di Betong yang meminta bantuan kami untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla, sebab hakim mahkamah syariah suruh mereka dapatkan surat tu. Mereka dah pergi ke mahkamah syariah, tapi kes mereka tak boleh selesai sebab mereka tak kemukakan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Mereka tak dapat surat tu dari Betong.
Jadi, kepada pasangan yang ingin nikah di Thailand, nasihat saya ialah: jangan susahkan diri sendiri akibat tak ada surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Pergi nikah di Songkhla dan dapatkan dokumen lengkap, bukan nikah di Betong atau lain-lain tempat di Selatan Siam dan pulang dengan dokumen yang tak lengkap.
Thursday, May 24, 2012
Memilih Agen Perkahwinan di Thailand
Lawati laman web kami: Nikah di Thailand
Memandangkan ramai agen yang mewakili sindiket nikah palsu di sempadan Siam, berhati-hati dalam memilih agen untuk perkahwinan di Thailand. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
Pastikan laman web atau blog agen tersebut mengandungi maklumat berikut:
Nama agen, gambar agen, nombor telefon dan alamat pejabat agen, dengan peta lokasinya sekali.
Sesudah itu, ada baiknya menelefon agen berkenaan dan menyatakan keinginan untuk datang ke pejabatnya. Agen palsu akan membuat dalih untuk tidak membenarkan pergi ke pejabatnya, dan mencadangkan untuk berjumpa di luar. Kalau agen tidak mempunyai pejabat, ini juga satu tanda yang mencurigakan.
Fikirkan semudah mana agen akan dapat dicari sekiranya berlaku penipuan dan laporan polis perlu dibuat terhadapnya.
Agen sindiket palsu tidak akan berani memberikan maklumat lengkap seperti di atas, sebab akan mudah untuk pasangan yang tertipu membuat laporan kepada polis.
Berhati-hati kalau agen meminta wang pendahuluan atau deposit. Tak ada sebab bagi agen untuk meminta wang pendahuluan. Semua bayaran harus dibuat pada hari nikah, bukan lebih awal dari itu.
Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia amat penting dalam urusan pendaftaran nikah di Malaysia nanti, dan Konsulat Malaysia cuma terdapat di Songkhla. Tak ada Konsulat Malaysia di Yala, Narathiwat atau Pattani. Oleh itu, pastikan agen akan membawa ke Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia selepas perkahwinan di Thailand.
Pastikan juga agen mempunyai surat kebenaran atas namanya sendiri dari Majlis Agama Islam di Thailand untuk membawa pasangan ke sana. Surat ini adalah bukti bahawa agen tersaebut dikenali oleh Majlis Agama Islam berkenaan, dan diyakini oleh Majlis Agama dapat memberikan khidmat yang baik.
Wednesday, February 15, 2012
Hukum Nikah di Thailand Sah atau Tidak
Agak ramai yang bertanya samada nikah di Thailand sah atau tidak. Ada juga yang bertanya samada nikah di Thailand tanpa pengetahuan wali sah atau tidak.
Jawapannya, secara ringkas, ialah, ada yang sah dan ada yang tidak.
Kalau nikah dilakukan oleh jurunikah bertauliah dari mana-mana Majlis Agama Islam di Thailand yang diiktiraf oleh Malaysia, seperti Majlis Agama Islam Pattani, Narathiwat, Yala, Songkhla atau Satun (atau lain-lain Majlis Agama Islam di Thailand yang diiktiraf), dan pernikahan itu memenuhi hukum syarak tentang nikah, maka nikah di Thailand walaupun tanpa pengetahuan wali adalah sah. Orang Islam Thailand sendiri pun dinikahkan oleh jurunikah yang sama, dengan cara yang sama.
Kalau nikah di belakang kedai atau di rumah imam atau di lain-lain tempat, dan tidak diketahui jurunikah yang menikahkan tu bertauliah atau tidak, maka status sah atau tidak nikah tu menimbulkan keraguan. Lebih-lebih lagi apabila jurunikah berkenaan menjadi wali hakim.
Soal wali hakim ni soal serius. Wali hakim perlu dilantik oleh raja atau oleh Kerajaan. Dalam kes Thailand dimana raja dan kerajaannya bukan Islam, wali hakim hanya boleh dilantik oleh Majlis Agama Islam di setiap wilayah di Thailand. Imam, atau orang lain, tak boleh lantik diri dia sendiri jadi wali hakim!
Kalau nak nikah di Thailand, pastikan tempat nikah ialah pejabat Majlis Agama islam, bukan tempat lain. Tak kiralah nikah di Pattani atau Yala atau Narathiwat atau Songkhla atau mana-mana wilayah lain, pastikan tempat nikah ialah Majlis Agama Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, supaya tak timbul persoalan "nikah di Thailand sah atau tidak" dan boleh daftar nikah itu di Malaysia. Nikah di Majlis Agama Islam di Thailand yang Malaysia iktiraf, dah tentu sah.
Ada penceramah yang berkata bahawa nikah di Thailand tanpa pengetahuan wali adalah tidak sah, walau pun pernikahan berlangsung lebih dari 2 marhalah dari tempat wali berada pada masa itu. Itu adalah pandangan peribadi dia dan tidak dipersetujui oleh kebanyakan ulama.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia ada keluarkan beberapa fatwa tentang nikah di Siam. Secara amnya, hukum nikah di Thailand adalah sah
Rumusan: Nikah di Thailand, di Pejabat Agama yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, adalah sah, samada dengan pengetahuan wali atau tidak.
Catatan pada 22 Mac 2015:
Sesiapa saja boleh mengemukakan pertanyaan di sini. Tapi, baca dulu soal-jawab yang sedia ada di bawah, sebab saya tak akan menjawab soalan yang sudah dijawab.
Wednesday, September 28, 2011
Pendaftaran Nikah di Thailand - Surat Pengesahan Konsulat lagi!
Lepas kahwin, mereka duduk berasingan. Perempuan tu masih lagi duduk dengan ibu bapa.
Kemudian, mereka cuba untuk mendaftarkan nikah mereka di Kuala Lumpur. Bila masuk mahkamah, hakim minta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Mereka tak ada surat tu. Nak pergi ke Songkhla pun agak susah, sebab perempuan tu dikawal rapi oleh ibu-bapa yang tak tau mereka dah nikah, tapi syak mereka masih meneruskan berhubungan.
Setakat keluar beberapa jam dari rumah, boleh. Kalau keluar subuh balik malam, tak boleh. Bermalam ditempat lain dah tentu tak boleh.
Mereka cuba mendaftar di Selangor pulak. Nasib baik Selangor masih boleh teruskan perbicaraan kalau tak ada surat Konsulat, asalkan saksi boleh hadir.
Selepas lebih kurang 2 bulan, Mahkamah Syariah Selangor mengesahkan nikah mereka dan mengarahkan mereka untuk mendaftar nikah mereka di Pejabat Agama Gombak. Malangnya, bila mereka pergi untuk mendaftar di Gombak, pegawai disana meminta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla! Mereka masih belum boleh mendaftarkan nikah mereka!
Bagi mereka yang berhajat untuk nikah di Thailand, pergilah ke Songkhla. Jangan pergi nikah ditempat yang tak boleh mengeluarkan surat pengesahan Konsulat Malaysia. Jangan susahkan badan sendiri!
Monday, September 19, 2011
Nikah di Thailand tanpa Pasport
Mereka yang terlibat biasanya ingin tau bagaimana nak nikah di Thailand tanpa pasport.
Kami tak terlibat dengan urusan membawa pasangan nikah di Thailand tanpa pasport. Banyak bahayanya, dan akan menyusahkan pasangan sendiri kemudian nanti.
Bukan senang nak melepasi imigresen Malaysia/Thai kalau tak ada pasport. Kalau pun dapat melepasi Imigresen, masih menghadapi kemungkinan masalah sekatan jalan raya antara Bukit Kayu Hitam dan Hat Yai/Songkhla.
Tapi bukan setakat bahaya tertangkap disebabkan tak ada pasport. Bila dah kahwin nanti, ada masalah lain pulak - Konsulat Malaysia di Songkhla biasanya tak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah kalau tak ada pasport yang dicop oleh imigresen Thailand; dan bila masuk mahkamah syariah untuk pengesahan nikah nanti, hakim akan meminta pasport untuk membuktikan bahawa kedua pasangan berada di Thailand pada hari pernikahan.
Untuk mengelakkan masalah2 ni, pastikan ada pasport (atau pas sempadan) yang sah sebelum ke Thailand.
Kalau tak pernah buat pasport, pergi buat pasport. Prosesnya mudah, dan pasport dikeluarkan pada hari yang sama. Kalau tak bayar hutang PTPTN, pergi berunding dengan PTPTN tentang bayaran balik hutang yang tertunggak tu. Kalau bankrap, pergi ke Pejabat Insolvensi berkaitan dan tanya mereka apa yang perlu dilakukan untuk keluar negara.
Ikut cara yang betul supaya tak timbul masalah lain kemudian nanti. Biar berjaya nikah di Thailand dan berjaya juga untuk mendaftarkan nikah tu di Malaysia nanti.
Saturday, May 28, 2011
Cara Nikah di Thailand - Prosedur Nikah di Thailand
Persediaan untuk Nikah di Thailand
Sebelum pergi ke Thailand, sediakan dokumen berikut:
- Pasport antarabangsa yang masih sah sekurang-kurangnya selama 6 bulan
- Bagi penduduk Perlis, Perak, Kedah dan Kelantan, pasport boleh digantikan dengan Pas Sempadan
- Bagi tentera dan polis, perlu dapatkan kebenaran jabatan masing-masing dulu untuk keluar negara
- Bagi mereka yang muflis, bincang dengan pejabat insolvensi dahulu untuk mendapatkan kebenaran keluar negara
- Bagi mereka yang dihalang keluar negara kerana tidak membayar balik hutang PTPTN, bincang dulu dengan PTPTN tentang bayaran balik dan apa yang perlu dilakukan untuk membolehkan keluar negara
- Surat cerai atau surat kematian suami bagi perempuan, jika berkenaan
- Salinan pakaian yang sesuai, jika diingini
- Kad/surat pengesahan mualaf, jika berkenaan
Prosedur Nikah di Thailand
- Pergi ke Bukit Kayu Hitam untuk tiba disana dalam pukul 8:00 - 9:00 pagi, jika boleh. Bukit Kayu Hitam terletak di Utara Kedah dan merupakan penghujung Lebuh Raya Utara Selatan. Bawa semua dokumen diatas yang berkenaan, termasuk kad pengenalan
- Kami akan sediakan pengangkutan di Bukit Kayu Hitam
- Dari Bukit Kayu Hitam, pasangan akan dibawa terus ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) di Jalan Klonghae, Hat Yai. Pejabat ini terletak di dalam masjid
- Bayaran untuk khidmat kami hendaklah dibuat sepenuhnya setiba di MAIS dan sebelum akad nikah
- Sekiranya ingin bertukar pakaian atau lain-lain persediaan sebelum akad nikah, semuanya boleh dilakukan di masjid ini
- Akad nikah kemudian akan berlangsung. MAIS akan melantik jurunikah (akan bertindak sebagai wali hakim) dan saksi-saksi dari kalangan naib kadhi mereka. Mereka mempunyai 30 orang naib kadhi, jadi tak ada masalah untuk mereka menyediakan jurunikah dan saksi
- Surat nikah akan dikeluarkan oleh MAIS, diikuti oleh surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla, beserta dokumen-dokumen sokongan, seperti salinan surat nikah, salinan kad pengenalan dan salinan pasport.
- Selesai semua urusan di MAIS, kami akan bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada Konsulat, beserta dokumen-dokumen sokongan diatas, perlu diserahkan kepada Konsulat Malaysia
- Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa pasangan dan pengiring (jika ada) untuk makan tengah hari di restoran Islam di tepi pantai Songkhla. Makan tengah hari ini adalah atas tanggungan kami
- Pasangan kemudian akan dihantar ke hotel yang dipilih oleh pasangan sendiri (kami boleh bagi cadangan). Pasangan boleh pilih hotel di Hat Yai (jika inginkan suasana bandar) atau Songkhla (jika ingin berada ditepi pantai).
- Hari berikutnya, kami akan jemput pasangan dari hotel dan bawa ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia
- Selesai urusan di Konsulat, kami akan membawa pasangan balik ke Bukit Kayu Hitam
Pendaftaran Nikah di Thailand setelah kembali ke Malaysia
Setelah kembali ke Malaysia, pergi ke Jabatan Agama Islam berhampiran dan minta borang pendaftaran nikah yang berkaitan.Proses pendaftaran nikah di Thailand akan memerlukan pasangan menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah dan kemungkinan dikenakan denda sebelum pendaftaran nikah dibenarkan
Thursday, May 5, 2011
Agen Kahwin di Thailand
Nikah di Thailand
Kami membawa pasangan kahwin di Thailand, khususnya di Songkhla. Diantara ciri-ciri perkhidmatan kami:- Kami bawa pasangan untuk nikah di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) - satu-satunya tempat yang diiktiraf untuk pasangan dari Malaysia nikah di Songkhla, Thailand.
- Pasangan akan pulang dengan sijil nikah, surat pengesahan nikah dari MAIS dan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla - dokumen2 yang akan diperlukan untuk pendaftaran nikah di Malaysia nanti. Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand hanya terletak di Songkhla, tidak di Yala, Narathiwat, Satun atau Pattani. Oleh itu, sesiapa yang nikah di tempat selain Songkhla, kemudian nanti akan perlu ke Songkhla juga untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat untuk tujuan pendaftaran nikah.
- Kami tidak mengenakan apa-apa deposit. Bayaran penuh hanya diperlukan apabila sampai ke pejabat MAIS.
- Pasangan boleh menetapkan tarikh untuk pergi ke Thailand. Kami hanya memerlukan notis sehari atau kurang dari itu.
- Kami sediakan makan tengah hari bagi pasangan dan boleh membawa pasangan untuk bersiar-siar atau membeli-belah pada hari perkahwinan, tanpa caj tambahan.
- Kami tidak akan mengenakan apa-apa caj, dan kami akan tanggung kos perjalanan pergi-balik antara Bukit Kayu Hitam dan Songkhla, sekiranya pernikahan tak dapat dijalankan, sedangkan pasangan telah memberikan maklumat yang diperlukan kepada kami.
- Harga yang kami tetapkan adalah sangat berpatutan untuk khidmat yang lengkap.
- Kami memberikan khidmat nasihat yang berkesan untuk tujuan pendaftaran nikah di Malaysia. Akibatnya, belum ada lagi pasangan yang kami bawa ke Thailand yang menghadapi masalah dalam urusan pengesahan nikah di mahkamah syariah, seperti memerlukan agen atau saksi hadir di mahkamah.
Pentingnya Surat Pengesahan Kahwin dari Konsulat Malaysia
Bagi pasangan yang bercadang untuk nikah di Thailand, dan telah diberitahu oleh agen nikah di Yala atau Narathiwat bahawa surat dari Konsulat tak penting, saya gesa supaya menghubungi Jabatan Agama Islam berhampiran, dan tanya sendiri. Jangan dengar cakap mana-mana agen. Dengar cakap pegawai di Jabatan Agama Islam. Mereka akan memberikan maklumat yang betul.Dalam pada itu, kami sering menerima panggilan dari pasangan yang telah berkahwin di Yala dan Narathiwat (dan sesekali yang kahwin di Pattani) meminta bantuan kami untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, setelah diarah mendapatkan surat itu oleh Jabatan Agama Islam di tempat mereka.
Ramai juga yang menyatakan penyesalan mereka tidak nikah di Songkhla, dan meminta kami tidak mengenakan kos yang tinggi untuk mendapatkan surat dari Konsulat, kerana mereka telah pun mengeluarkan belanja untuk nikah di Yala atau Narathiwat.
Kami harap anda tidak akan jadi seperti mereka.
Hubungi Kami Sekarang!!
Atau Telefon 010-365 8513 (Ridzwan)
