Saturday, May 28, 2011

Cara Nikah di Thailand - Prosedur Nikah di Thailand

Berikut ialah cara nikah di Thailand yang kami kendalikan:



Persediaan untuk Nikah di Thailand


Sebelum pergi ke Thailand, sediakan dokumen berikut:

  • Pasport antarabangsa yang masih sah sekurang-kurangnya selama 6 bulan
    • Bagi penduduk Perlis, Perak, Kedah dan Kelantan, pasport boleh digantikan dengan Pas Sempadan
    • Bagi tentera dan polis, perlu dapatkan kebenaran jabatan masing-masing dulu untuk keluar negara
    • Bagi mereka yang muflis, bincang dengan pejabat insolvensi dahulu untuk mendapatkan kebenaran keluar negara
    • Bagi mereka yang dihalang keluar negara kerana tidak membayar balik hutang PTPTN, bincang dulu dengan PTPTN tentang bayaran balik dan apa yang perlu dilakukan untuk membolehkan keluar negara
  • Surat cerai atau surat kematian suami bagi perempuan, jika berkenaan
  • Salinan pakaian yang sesuai, jika diingini
  • Kad/surat pengesahan mualaf, jika berkenaan

Prosedur Nikah di Thailand

  • Pergi ke Bukit Kayu Hitam untuk tiba disana dalam pukul 8:00 - 9:00 pagi, jika boleh. Bukit Kayu Hitam terletak di Utara Kedah dan merupakan penghujung Lebuh Raya Utara Selatan. Bawa semua dokumen diatas yang berkenaan, termasuk kad pengenalan
  • Kami akan sediakan pengangkutan di Bukit Kayu Hitam
  • Dari Bukit Kayu Hitam, pasangan akan dibawa terus ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) di Jalan Klonghae, Hat Yai. Pejabat ini terletak di dalam masjid
  • Bayaran untuk khidmat kami hendaklah dibuat sepenuhnya setiba di MAIS dan sebelum akad nikah
  • Sekiranya ingin bertukar pakaian atau lain-lain persediaan sebelum akad nikah, semuanya boleh dilakukan di masjid ini
  • Akad nikah kemudian akan berlangsung. MAIS akan melantik jurunikah (akan bertindak sebagai wali hakim) dan saksi-saksi dari kalangan naib kadhi mereka. Mereka mempunyai 30 orang naib kadhi, jadi tak ada masalah untuk mereka menyediakan jurunikah dan saksi
  • Surat nikah akan dikeluarkan oleh MAIS, diikuti oleh surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla, beserta dokumen-dokumen sokongan, seperti salinan surat nikah, salinan kad pengenalan dan salinan pasport.
  • Selesai semua urusan di MAIS, kami akan bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada Konsulat, beserta dokumen-dokumen sokongan diatas, perlu diserahkan kepada Konsulat Malaysia
  • Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa pasangan dan pengiring (jika ada) untuk makan tengah hari di restoran Islam di tepi pantai Songkhla. Makan tengah hari ini adalah atas tanggungan kami
  • Pasangan kemudian akan dihantar ke hotel yang dipilih oleh pasangan sendiri (kami boleh bagi cadangan). Pasangan boleh pilih hotel di Hat Yai (jika inginkan suasana bandar) atau Songkhla (jika ingin berada ditepi pantai).
  • Hari berikutnya, kami akan jemput pasangan dari hotel dan bawa ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia
  • Selesai urusan di Konsulat, kami akan membawa pasangan balik ke Bukit Kayu Hitam

Pendaftaran Nikah di Thailand setelah kembali ke Malaysia

Setelah kembali ke Malaysia, pergi ke Jabatan Agama Islam berhampiran dan minta borang pendaftaran nikah yang berkaitan.
Proses pendaftaran nikah di Thailand akan memerlukan pasangan menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah dan kemungkinan dikenakan denda sebelum pendaftaran nikah dibenarkan

Thursday, May 5, 2011

Agen Kahwin di Thailand

Nikah di Thailand

Kami membawa pasangan kahwin di Thailand, khususnya di Songkhla. Diantara ciri-ciri perkhidmatan kami:


  • Kami bawa pasangan untuk nikah di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) - satu-satunya tempat yang diiktiraf untuk pasangan dari Malaysia nikah di Songkhla, Thailand.
  • Pasangan akan pulang dengan sijil nikah, surat pengesahan nikah dari MAIS dan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla - dokumen2 yang akan diperlukan untuk pendaftaran nikah di Malaysia nanti. Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand hanya terletak di Songkhla, tidak di Yala, Narathiwat, Satun atau Pattani. Oleh itu, sesiapa yang nikah di tempat selain Songkhla, kemudian nanti akan perlu ke Songkhla juga untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat untuk tujuan pendaftaran nikah.
  • Kami tidak mengenakan apa-apa deposit. Bayaran penuh hanya diperlukan apabila sampai ke pejabat MAIS.
  • Pasangan boleh menetapkan tarikh untuk pergi ke Thailand. Kami hanya memerlukan notis sehari atau kurang dari itu.
  • Kami sediakan makan tengah hari bagi pasangan dan boleh membawa pasangan untuk bersiar-siar atau membeli-belah pada hari perkahwinan, tanpa caj tambahan.
  • Kami tidak akan mengenakan apa-apa caj, dan kami akan tanggung kos perjalanan pergi-balik antara Bukit Kayu Hitam dan Songkhla, sekiranya pernikahan tak dapat dijalankan, sedangkan pasangan telah memberikan maklumat yang diperlukan kepada kami.
  • Harga yang kami tetapkan adalah sangat berpatutan untuk khidmat yang lengkap.
  • Kami memberikan khidmat nasihat yang berkesan untuk tujuan pendaftaran nikah di Malaysia. Akibatnya, belum ada lagi pasangan yang kami bawa ke Thailand yang menghadapi masalah dalam urusan pengesahan nikah di mahkamah syariah, seperti memerlukan agen atau saksi hadir di mahkamah.

Pentingnya Surat Pengesahan Kahwin dari Konsulat Malaysia

Bagi pasangan yang bercadang untuk nikah di Thailand, dan telah diberitahu oleh agen nikah di Yala atau Narathiwat bahawa surat dari Konsulat tak penting, saya gesa supaya menghubungi Jabatan Agama Islam berhampiran, dan tanya sendiri. Jangan dengar cakap mana-mana agen. Dengar cakap pegawai di Jabatan Agama Islam. Mereka akan memberikan maklumat yang betul.
Dalam pada itu, kami sering menerima panggilan dari pasangan yang telah berkahwin di Yala dan Narathiwat (dan sesekali yang kahwin di Pattani) meminta bantuan kami untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, setelah diarah mendapatkan surat itu oleh Jabatan Agama Islam di tempat mereka.
Ramai juga yang menyatakan penyesalan mereka tidak nikah di Songkhla, dan meminta kami tidak mengenakan kos yang tinggi untuk mendapatkan surat dari Konsulat, kerana mereka telah pun mengeluarkan belanja untuk nikah di Yala atau Narathiwat.
Kami harap anda tidak akan jadi seperti mereka.

Hubungi Kami Sekarang!!
Atau Telefon 010-365 8513 (Ridzwan)