Monday, August 13, 2018

Nikah di Thailand dengan Warga Asing

Sekarang ni, semakin ramai rakyat Malaysia yang nak nikah di Thailand dengan warga asing, contohnya warga Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Nepal dan sebagainya.

Saya semakin kerap menerima panggilan atau pesanan whatsapp dari seseorang yang nak nikah dengan warga asing. Menurut mereka, nak nikah di Malaysia agak susah sebab prosedurnya memerlukan macam macam dokumen. Selalu juga saya terangkan kepada mereka bahawa kalau nikah di Thailand pun, semua dokumen tu kena ada masa nak daftar di Malaysia nanti. Tapi, kebanyakan mereka nak nikah dulu dan dapatkan semua dokumen tu kemudian.

Jadi, untuk sesiapa yang bercadang untuk nikah dengan warga asing di Thailand, berikut adalah satu panduan ringkas.

1. Kalau warga asing itu mempunyai permit kerja dari Malaysia, tamatkan dulu permit kerja tu. Kalau tidak, Konsulat Malaysia di Songkhla tak akan sahkan surat nikah selepas nikah di Thailand nanti. Kalau tak ada pengesahan Konsulat, surat nikah tu tak diiktiraf di Malaysia. Sama macam tak ada surat nikah. Tak boleh daftar nikah tu di Malaysia.

Jangan risau! Selepas nikah nanti, mereka boleh mohon spouse visa. Dengan spouse visa, mereka dibenarkan bekerja di Malaysia. Dah tak perlu permit kerja.

2. Sebelum nikah di Thailand, semak dengan Kedutaan Thailand di Jalan Ampang tentang keperluan visa untuk masuk ke Thailand. Kalau pasangan dari negara ASEAN seperti Indonesia atau Filipina, tak ada masalah. Visa tak diperlukan untuk masuk ke Thailand. Kalau negara seperti India atau China, visa boleh terus didapati di sempadan.

Tapi kalau dari negara lain seperti Bangladesh atau Pakistan, permohonan visa perlu dibuat di Kedutaan Thailand di negara asal masing-masing. Rakyat Pakistan perlu dapatkan visa dari Kedutaan Thailand di Islamabad. Rakyat Bangladesh perlu dapatkan visa dari Kedutaan Thailand di Dhaka.

3. Kalau bakal suami adalah seorang bukan Islam, pastikan dia bersunat dulu sebelum pergi ke Thailand untuk nikah. Pejabat Agama di Thailand tak akan menikahkan kalau mereka tahu lelaki itu belum bersunat. Pejabat Agama Songkhla akan meminta lelaki itu membuka seluar dalam bilik khas, untuk membuktikan dia dah bersunat.

Kalau dia dah masuk Islam, bawa surat atau kad mualaf yang asal. Kalau belum masuk Islam, dia boleh diislamkan di Pejabat Agama di Thailand sebaik sebelum nikah.

4. Untuk mendaftar di Malaysia setelah nikah di Thailand, beberapa dokumen dari negara asal tetap akan diperlukan. Dokumen yang paling penting adalah pengesahan status perkahwinan di negara asal.

5. Untuk mendaftar di negara pasangan setelah nikah nanti, mungkin dokumen tambahan akan diperlukan dari Bangkok. Biasanya, surat pengesahan nikah perlu didapatkan dari The Central Islamic Committee of Thailand di Bangkok, kemudian surat ini perlu disahkan oleh Legalization Division, Ministry of Foreign Affairs Thailand, juga di Bangkok.

Ada soalan? Silakan bertanya.

Ridzwan. Tel +60103658513

No comments:

Post a Comment