Thursday, May 5, 2011

Agen Kahwin di Thailand

Nikah di Thailand

Kami membawa pasangan kahwin di Thailand, khususnya di Songkhla. Diantara ciri-ciri perkhidmatan kami:


  • Kami bawa pasangan untuk nikah di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) - satu-satunya tempat yang diiktiraf untuk pasangan dari Malaysia nikah di Songkhla, Thailand.
  • Pasangan akan pulang dengan sijil nikah, surat pengesahan nikah dari MAIS dan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla - dokumen2 yang akan diperlukan untuk pendaftaran nikah di Malaysia nanti. Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand hanya terletak di Songkhla, tidak di Yala, Narathiwat, Satun atau Pattani. Oleh itu, sesiapa yang nikah di tempat selain Songkhla, kemudian nanti akan perlu ke Songkhla juga untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat untuk tujuan pendaftaran nikah.
  • Kami tidak mengenakan apa-apa deposit. Bayaran penuh hanya diperlukan apabila sampai ke pejabat MAIS.
  • Pasangan boleh menetapkan tarikh untuk pergi ke Thailand. Kami hanya memerlukan notis sehari atau kurang dari itu.
  • Kami sediakan makan tengah hari bagi pasangan dan boleh membawa pasangan untuk bersiar-siar atau membeli-belah pada hari perkahwinan, tanpa caj tambahan.
  • Kami tidak akan mengenakan apa-apa caj, dan kami akan tanggung kos perjalanan pergi-balik antara Bukit Kayu Hitam dan Songkhla, sekiranya pernikahan tak dapat dijalankan, sedangkan pasangan telah memberikan maklumat yang diperlukan kepada kami.
  • Harga yang kami tetapkan adalah sangat berpatutan untuk khidmat yang lengkap.
  • Kami memberikan khidmat nasihat yang berkesan untuk tujuan pendaftaran nikah di Malaysia. Akibatnya, belum ada lagi pasangan yang kami bawa ke Thailand yang menghadapi masalah dalam urusan pengesahan nikah di mahkamah syariah, seperti memerlukan agen atau saksi hadir di mahkamah.

Pentingnya Surat Pengesahan Kahwin dari Konsulat Malaysia

Bagi pasangan yang bercadang untuk nikah di Thailand, dan telah diberitahu oleh agen nikah di Yala atau Narathiwat bahawa surat dari Konsulat tak penting, saya gesa supaya menghubungi Jabatan Agama Islam berhampiran, dan tanya sendiri. Jangan dengar cakap mana-mana agen. Dengar cakap pegawai di Jabatan Agama Islam. Mereka akan memberikan maklumat yang betul.
Dalam pada itu, kami sering menerima panggilan dari pasangan yang telah berkahwin di Yala dan Narathiwat (dan sesekali yang kahwin di Pattani) meminta bantuan kami untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, setelah diarah mendapatkan surat itu oleh Jabatan Agama Islam di tempat mereka.
Ramai juga yang menyatakan penyesalan mereka tidak nikah di Songkhla, dan meminta kami tidak mengenakan kos yang tinggi untuk mendapatkan surat dari Konsulat, kerana mereka telah pun mengeluarkan belanja untuk nikah di Yala atau Narathiwat.
Kami harap anda tidak akan jadi seperti mereka.

Hubungi Kami Sekarang!!
Atau Telefon 010-365 8513 (Ridzwan)

20 comments:

  1. brp ye harga prnikahan ni?

    ReplyDelete
  2. Sila hubungi saya untuk harga. 010-3658513 atau emel nikahsiam@sukasamasuka.net

    ReplyDelete
  3. kalo nikah dgn warga indonesia yg memegang permit kerja, apakah prosedur nya?

    ReplyDelete
  4. Boleh berkahwin di Thailand dengan membawa pasport dan, jika berkenaan, surat cerai atau surat kematian suami yang asal. Tapi, perkahwinan itu tak boleh didaftarkan di Malaysia selagi memegang permit kerja.

    Kalau tamatkan dulu permit kerja dan ambil visa pelancong sebelum nikah di Thailand, pernikahan itu boleh didaftar di Malaysia. Pendaftaran di Malaysia akan memerlukan surat pengesahan status perkahwinan dari Kantor Urusan Agama di tempat asal bakal isteri.

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Pertama,brapa kos utk pernikahan ini?
    Kedua, sekiranya telah selesai bernikah disana..bolehkan pasangan menikah semula di malaysia?

    ReplyDelete
  6. Ada beberapa pilihan pakej. Hubungi 010-3658513 untuk maklumat harga.

    Pasangan boleh nikah semula pada bila2 masa. Tak melanggar hukum syarak.

    ReplyDelete
  7. Salam...
    Dlm bln puase ni ,bleh ke nikah di thailand?

    ReplyDelete
  8. Salam tuan Ridz..

    Dlm bln puase ni, bleh nikah di thailand ke?

    ReplyDelete
  9. Slm. Apakah waktu dan hari urusan di mais dan konsulat? Hujung minggu buka ke?

    ReplyDelete
  10. Urusan nikah di Majlis Agama Islam Songkhla atau Pahatthalung adalah diantara pukul 9 pagi dan 3 petang waktu Thailand. Untuk urusan nikah, hujung minggu pun boleh. Tapi, untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, dua hari bekerja diperlukan. Hujung minggui tak boleh. Surat pengesahan ni diperlukan untuk pendaftaran nikah di Malaysia.

    ReplyDelete
  11. kalau nak bercerai macamna pulak ye... boleh ke pihak perempuan saja yg pergi... sbb si suami tak nak pg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kalau perempuan saja yang pergi, tapi dia perlu membawa saksi dan bukti yang mencukupi untuk menyokong permohonan cerai. Hubungi saya untuk perbincangan lanjut tentang kes sebenar yang dihadapi. Tel 010-365 8513 atau 017-328 5129.

      Delete
  12. assalamualaikum..
    saya bersama pasangan berhasrat untuk berkahwin di thailand.
    pasangan saya warga asing dan telah berkahwin di malaysia.
    kami sudah lama berkawan. untuk mengelakkan maksiat, bolehkah kami bernikah di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum assalam. Insya Allah boleh. Hubungi saya melalui telefon 017-328 5129 atau 010-365 8513 atau isi borang di http://www.nikah-kahwin.com/hubungi-kami.php

      Delete
  13. SOALAN 1
    saya dan pasangan ingin bernikah di Thailand kerana igin merahsiakan dari pada isteri pertamanya.. Selepas pulang ke Malaysia, semasa membuat pendaftaran, adakah isteri pertamanya nya perlu hadir?

    SOALAN ke 2
    jika saya dan pasangan tidak mendaftar di malaysia, adakah akan timbul masalah kepada anak yang lahir nanti selepas perkahwinan kami??
    mohon penjelasan..
    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAWAPAN UNTUK SOALAN 1: Isteri pertama akan diminta hadir di mahkamah syariah, tapi kes akan diteruskan samada dia hadir atau tidak.

      JAWAPAN UNTUK SOALAN 2: Jika tidak mendaftar di Malaysia, mungkin tak ada masalah untuk jangka pendek, tapi akan timbul masalah sekiranya berlaku perceraian (kes tuntutan nafkah, hak penjagaan anak, etc), hak anak untuk mendapat harta pusaka sekiranya ayahnya meninggal dunia dan sebagainya.

      Delete
  14. Assalam...sy nak tanya...sy mualaf dan masih merahsiakan daripada pengetahuan keluarga...Saya ingin berkahwin dgn psgn sbb nak elakkan berlaku zina sbb kitaorg dh lama berkwn....Nak kahwin di Malaysia tak boleh atas halangan keluarga. Bagaimana pendapat encik mngenai hal ini?

    ReplyDelete
  15. Assalam.

    Kalau nak nikah di Malaysia, buat permohonan di mahkamah syariah supaya wali hakim dapat dilantik.

    Kalau tidak, kami boleh uruskan nikah di Thailand.

    Telefon 0173285129 atau whatsapp +60103658513

    ReplyDelete
  16. assalam. sy nak tanya. jika lelaki warga negara malaysia ingin berkahwin dengan wanita warga negara indonesia. adakah lebih mudah berkahwin di indonesia atau kahwin di thailand?

    ReplyDelete