Tuesday, December 17, 2019

Nikah di Thailand : Mudah, Murah, Sah, Diiktiraf

NIKAH DI THAILAND BERSAMA KAMI
(Telefon: 0103658513)

Kami menguruskan nikah di Thailand, di Pejabat Agama di Selatan Thailand yang diiktiraf oleh Malaysia, dengan ciri-ciri berikut:

* Nikah yang sah mengikut hukum syarak
* Balik dengan dokumen lengkap
* Mendapat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla
* Boleh daftar di Malaysia untuk dapatkan kad nikah Malaysia

Dua hari bekerja diperlukan di Thailand untuk mendapatkan semua dokumen, beserta pengesahan Konsulat. Surat nikah tak diiktiraf di Malaysia kalau tak ada pengesahan Konsulat.

Samada nikah poligami atau nikah siri atau wali enggan atau apa saja, kami boleh uruskan nikah yang sah dan diiktiraf.

Prosedur yang mudah, harga yang murah dan perjalanan yang lancar.

MEMILIH TARIKH NIKAH

Tetapkan tarikh sendiri untuk pergi ke Thailand dan maklumkan kepada kami.

Ambil kira perkara berikut dalam memilih tarikh nikah di Thailand
* Pejabat Agama Songkhla ditutup setiap Jumaat
* Pejabat Agama lain ditutup setiap Jumaat dan Sabtu
* Konsulat Malaysia ditutup setiap Sabtu dan Ahad
* Kalau Malaysia cuti, Konsulat Malaysia pun cuti
* Untuk cuti Thailand tertentu, Konsulat Malaysia pun cuti

DOKUMEN UNTUK NIKAH DI THAILAND

Dokumen wajib untuk semua pasangan Malaysia yang ingin nikah di Thailand adalah

* Pasport
* Kad Pengenalan

Selain itu, ada dokumen lain yang perlu dibawa ke Thailand, mengikut keadaan masing-masing. Sebagai contoh:

* Janda hendaklah membawa surat cerai asal
* Balu hendaklah membawa surat kematian suami yang asal
* Mualaf hendaklah membawa surat atau kad mualaf yang asal
* Warga asing, bergantung kepada negara asal, mungkin perlukan visa dari Kedutaan Thailand

Hubungi saya, tel 0103658513 untuk senarai dokumen lengkap yang perlu dibawa, samada untuk rakyat Malaysia atau warga asing.

HARGA PAKEJ

* Harga : RM1,700 untuk berdua. Harga ini tak termasuk hotel.
* Tambah RM 100 untuk satu bilik hotel untuk satu malam.
* Selain itu, bawa maskahwin yang sesuai dan belanja makan sendiri.
* Bayaran perlu dibuat di Pejabat Agama

PERJALANAN

Hari Pertama:
* Berjumpa di Imigresen Thailand di Danok atau Padang Besar pukul 6:45 pagi waktu Malaysia, atau
* Berjumpa di hotel di Hat Yai pukul 7 pagi waktu Thailand

* Kami bawa ke Pejabat Agama Songkhla untuk nikah dan dapat dokumen nikah yang lengkap
* Kemudian, kami bawa ke Konsulat Malaysia untuk serahkan semua dokumen dari Pejabat Agama di sana
*  Kemudian, selepas makan tengahari, kami hantar ke hotel

Hari Kedua
* Kami jemput dari hotel dan bawa ke Konsulat Malaysia
* Ambil semua dokumen yang telah disahkan oleh Konsulat
* Kami hantar semula ke sempadan untuk perjalanan balik, atau ke hotel

TENTANG KAMI

Kami adalah gabungan rakyat Malaysia dan Thailand yang telah membantu pasangan Malaysia dan warga asing untuk nikah di Thailand sejak 10 tahun dulu.

Pengalaman kami yang lama dapat membantu menyelesaikan apa saja masalah berkaitan nikah di Thailand dan pendaftaran di Malaysia selepas nikah.

HUBUNGI TEL 0103658513 UNTUK NIKAH DI THAILAND!





Tuesday, December 3, 2019

Nikah dengan Warga Asing Pemegang Permit Kerja di Thailand

Tumpuan saya kali ni adalah mereka yang nak nikah dengan warga asing pemegang permit kerja Malaysia yang berasal dari Pakistan, Nepal, Bangladesh dan negara-negara lain yang memerlukan visa dari Kedutaan Thailand sebelum boleh masuk ke Thailand.

Kedutaan Thailand menetapkan dua syarat untuk memohon visa pelancong:

1. Pemohon mestilah mempunyai permit kerja dengan visa "multiple entry" dari Malaysia. Maksudnya, kalau pemegang permit kerja tu keluar dari Malaysia, dia tak ada masalah untuk masuk semula ke Malaysia. Kerajaan thailand tak nak masalah pemegang permit kerja tu tak dapat masuk semula ke Malaysia selepas melawat Thailand.

2. Pemohon mesti mempunyai akaun bank dari bank di Malaysia. Akaun itu hendaklah dibuka lebih dari 6 bulan sebelum memohon visa pelancong dari Kedutaan Thailand dan akaun itu kena ada bukti duit masuk setiap bulan selama 6 bulan tu. Maksudnya, gaji dia kena masuk ke bank, bukan terima wang tunai dari majikan.

Kebanyakan pemegang permit kerja dari Pakistan, Nepal dan Bangladesh tak dapat memenuhi syarat-syarat di atas.

Selain itu, warga Pakistan, Nepal dan Bangladesh cuma boleh masuk ke Thailand melalui airport. Tak boleh masuk ikut sempadan. Bila nak masuk semula ke Malaysia selepas nikah di Thailand pun tak boleh ikut sempadan. Kena masuk ikut airport, contohnya dari Hat Yai ke KLIA.

Kedua, Konsulat Malaysia di Songkhla tak akan sahkan surat nikah kalau salah sorang yang nikah tu adalah pemegang permit kerja. Kalau tak ada pengesahan Konsulat Malaysia, surat nikah tu tak diiktiraf di Malaysia. Sama macam tak ada surat nikah. Tak boleh daftar di Malaysia. Pencegah maksiat boleh dakwa di mahkamah atas tuduhan khalwat atau zina.

Ketiga, kalau tamatkan permit kerja, bekas pemegang permit kerja tu kena balik ke negara asal dulu. Mengikut syarat, dia tak boleh masuk semula ke Malaysia bagi tempoh 6 bulan. Tapi, yang ni ada penyelesaiannya.

Jadi, bagi kebanyakan pasangan, cara terbaik adalah:

1. Tamatkan permit kerja dan balik ke negara sendiri
2. Mohon visa dari Kedutaan Thailand di negara sendiri.
3. Ambil penerbangan ke Hat Yai
4. Jumpa pasangan dari Malaysia di sana dan nikah
5. Dapatkan pengesahan Konsulat
6. Mohon visa untuk masuk ke Malaysia semula
7. Gunakan penerbangan dari Hat Yai ke KLIA untuk masuk semula ke Malaysia

Hubungi saya untuk apa-apa penjelasan. Tel 0103658513 atau emel songkhla@sukasamasuka.net

Friday, November 22, 2019

Nikah di Thailand kemudian dipaksa bercerai

Post kali ni bukan hanya untuk yang nikah di Thailand. Kalau nikah di tempat lain pun, ada juga kes yang dikatakan "dipaksa bercerai".

Sebenarnya, kes "dipaksa bercerai" ni jarang berlaku. Yang selalu berlaku adalah "didesak bercerai". Contohnya, kalau nikah isteri kedua di Thailand, kemudian isteri pertama suruh ceraikan isteri kedua. Itu adalah desakan, bukan paksaan. Tapi, kalau isteri pertama pegang pistol dan suruh ceraikan isteri kedua kalau tak nak kena tembak, itu baru paksaan.

Paksaan melibatkan sesuatu yang sangat buruk akan berlaku kalau tak buat apa yang disuruh, Kalau tak ada ancaman berat, bukan paksaan. Cuma desakan.

Baru-baru ni ada sorang lelaki yang kata isteri pertama dia paksa dia lafaz cerai talak tiga kepada isteri kedua dia. Lafaz cerai tu dah disediakan oleh seorang peguam syarie, suami cuma perlu lafazkan. Isteri tak ancam dia apa-apa, cuma desak dia lafazkan. Tapi, dia lafazkan.

Lepas tu, dia telefon saya mengatakan dia dipaksa oleh isteri pertama untuk lafaz cerai talak tiga dan nak rujuk semula dengan isteri kedua. Dia tanya macam mana caranya. Saya kata, dah tak ada cara. Kemudian dia kata dia tak ada niat nak ceraikan isteri kedua dia, tapi dia dipaksa. Saya kata, dia didesak, bukan dipaksa. Kemudian dia tanya boleh tak nikah cina buta di Thailand. Saya kata, nikah cina buta dilaknat oleh Nabi. Bahaya untuk akhirat.

Sebelum ni dah ada kes di mana keluarga isteri kurung isteri selepas nikah di Thailand. Kemudian, mak isteri telefon suami minta dia ceraikan isterinya, kononnya isterinya dah tak nak pada dia. Bila minta bercakap dengan isteri, mak dia tak bagi. Tapi dia terus mendesak supaya ceraikan isteri dengan talak tiga. Suami tu lafazkan. Lepas tu dia (suami) tanya saya macam mana nak rujuk.

Kepada para suami: Kalau dipaksa menceraikan isteri sedangkan tak ada niat untuk menceraikan dia, lafazkan talak satu dulu. Lepas tu, kalau dipaksa lagi untuk lafazkan talak tiga, lakukanlah. Tak jatuh pun talak tiga sebab lafaz talak satu tadi dah menjadikan isteri bukan lagi isteri. Dah tertalak dengan talak satu. Kalau kita lafaz cerai kepada perempuan yang bukan lagi isteri kita, tak jatuh talak.

Kemudian, bila keadaan dah selamat, rujuk semula dengan isteri.

Tapi, kalau cuma didesak, jangan layan. Jangan lafazkan cerai.

Thursday, November 14, 2019

Cerai di Thailand setelah Nikah di Thailand

Hubungi tel +60103658513 untuk cerai di Thailand

Urusan cerai di Thailand hendaklah dilakukan di Pejabat Agama tempat nikah dulu. Kalau bercerai di Pejabat Agama lain, Konsulat Malaysia tak akan sahkan surat cerai tu.

Samada suami atau isteri perlu pergi ke Thailand untuk urusan cerai. Tak boleh wakilkan kepada orang lain. Kalau ada orang yang mengaku boleh uruskan surat cerai tanpa isteri atau suami pergi ke Thailand, jangan percaya. Dah tentu dia akan bagi surat cerai palsu. Dalam kes fasakh, di mana isteri menuntut cerai taklik, bukan saja surat cerai yang diberikan tu palsu, tapi talak tak jatuh, sebab tak memenuhi syarat taklik.

1. Suami pergi ke Thailand untuk urusan cerai

Kalau suami pergi ke Pejabat Agama tempat nikah di Thailand dulu, surat cerai akan dikeluarkan pada hari tu juga. Kalau surat nikah berdaftar di Konsulat, surat cerai pun kena daftar di Konsulat.

2. Suami tak pergi ke Thailand untuk urusan cerai

Kalau suami tak boleh pergi atau tak nak pergi ke Thailand untuk urusan cerai, isteri kena pergi

2.1 Suami dah ceraikan isteri dan buat surat akuan cerai

Kalau suami dah ceraikan isteri tapi dia tak nak pergi ke Thailand untuk dapatkan surat cerai, isteri kena pergi.

Kalau isteri pergi ke Pejabat Agama tempat nikah dulu dengan membawa surat akuan cerai dari suami dan bawa dua orang saksi, surat cerai akan dikeluarkan pada hari yang sama.

Suami kena tandatangan surat tu depan pesuruhjaya sumpah. Dua orang saksi (lelaki Islam) kena tandatangan sama. Isteri kena bawa surat sumpah dan dua orang saksi tu ke Thailand untuk dapatkan surat cerai.

2.2 Suami dah ceraikan isteri tapi tak nak buat surat akuan cerai

Kalau suami tak nak buat surat akuan cerai, isteri kena pergi ke Thailand untuk buat laporan, kemudian balik. Pejabat Agama akan bagi suami tempoh untuk pergi ke sana untuk sahkan atau nafikan aduan isteri. Kalau dia tak pergi, tak apa. Kemudian, isteri kena pergi semula ke Thailand dengan dua orang saksi. Kalau Pejabat Agama yakin dah berlaku perceraian, mereka akan keluarkan surat cerai.

Sebaiknya, tunggu habis iddah baru pergi buat aduan.

3. Isteri tuntut cerai

3.1 Isteri tuntut cerai selepas suami pukul

Kalau suami pukul, buat aduan polis dan buat pemeriksaan doktor. Buat segera!

Kemudian, bawa aduan polis dan laporan doktor ke Thailand untuk dapatkan surat cerai pada hari itu juga.

3.2 Isteri tuntut cerai sebab suami melanggar syarat taklik, selain pukul.

Dalam kes ini, isteri kena buat aduan di Peabat Agama tempaat nikah dulu. Bawa semua bukti berkenaan aduan yang dibuat terhadap suami.

Selepas itu, Pejabat Agama akan panggil suami ke sana dalam tempoh tertentu, supaya suami berpeluang untuk mempertahankan diri.

Kemudian, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Agama, isteri kena pergi semula ke Thailand dengan membawa dua orang saksi.

Baca syarat taklik bagi Pejabat Agama tempat nikah di Thailand dulu

4. Kes-kes lain

Kalau nak kami bantu bawa ke Thailand untuk tuntut cerai di Thailand atas apa-apa sebab, hubungi saya. Berikan maklumat berikut:

1. Nikah di Pejabat Agama mana
2. Alasan untuk tuntut cerai
3. Adakah suami akan pergi ke Thailand

Tel/Whatsapp +60103658513

Monday, November 4, 2019

Nikah di Thailand - Nikah Rahsia

Telefon/Whatsapp +60103658513 atau emel songkhla@sukasamasuka.net untuk nikah di Thailand

Nikah rahsia atau nikah siri bermaksud nikah yang dirahsiakan dari keluarga atau Kerajaan atau dua-dua sekali.

Nikah siri di Thailand yang dirahsiakan dari Kerajaan termasuk nikah yang tak didaftarkan di Konsulat Malaysia di Songkhla atau yang tak didaftarkan di Malaysia setelah nikah di Thailand.

Kalau tak berdaftar di Konsulat, surat nikah tak diiktiraf di Malaysia dan pencegah maksiat boleh dakwa di mahkamah syariah atas tuduhan khalwat atau zina. Kalau dapat anak, anak itu tak boleh dibinkan kepada ayahnya, sama macam anak tak sah taraf.

Kalau tak daftar di Malaysia, mungkin ada kesusahaan juga bila ada anak nanti.

Tapi, kalau nak rahsiakan dari keluarga dan bertujuan untuk nikah semula di Malaysia kemudian nanti, tak payalah daftar di Malaysia setelah nikah di Thailand. Cuma dapatkan pengesahan Konsulat. Kalau daftar di Malaysia, keluarga akan tahu bila nak nikah semula nanti.

Ada pula pasangan yang nak nikah rahsia, sehingga tak nak ada surat nikah. Maksudnya, cuma nikah saja di Thailand dan balik tanpa surat nikah. Biasanya yang memohon nikah macam ni adalah seorang perempuan yang bakal menjadi isteri kedua. Bakal suami nak rahsiakan betul2 pernikahan kedua ni sebab tak nak isteri pertama tahu.

Yang ni ada masalah besar.

Pertama, pencegah maksiat boleh dakwa atas tuduhan khalwat atau zina.

Kedua, kalau ada anak, anak itu akan dianggap sebagai anak luar nikah.

Ketiga, kalau suami tinggalkan isteri keduanya tanpa talak, isteri kedua akan tergantung tak bertali seumur hidup. Tak boleh tuntut cerai sebab tak ada bukti nikah.

Lagi pun, kalau sampai begitu sekali bakal suami nak sorok pernikahan kedua ni, macam mana kehidupan selepas nikah nanti? Mungkin suami akan datang satu atau dua jam selepas kerja, puaskan nafsu dia dan balik ke rumah isteri pertama. Kehidupan isteri kedua macam hamba seks.

Kalau cuti, dia akan bersama isteri pertama. Kalau hari raya, dia akan bersama isteri pertama. Giliran bermalam dah tentu tak ada!

Kepada kaum wanita, fikirlah baik2 sebelum nikah dengan lelaki yang minta syarat begini. Boleh nikah rahsia di Thailand, tapi bincang betul2 macam mana cara hidup selepas nikah nanti.

Dan pastikan ada surat nikah yang berdaftar di Konsulat Malaysia di Songkhla selepas nikah di Thailand. Kalau suami tak bersetuju, please, for your own sake, jangan nikah dengan dia.

Ingat peribahasa lama, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya.

Tuesday, October 8, 2019

Cerai Talak Tiga dan Nikah Cina Buta

Ramai juga, rupanya, lelaki yang melafazkan talak tiga kepada isteri, kemudian gila talak.  Nak nikah semula dengan isteri. Sanggup melakukan cina buta, walaupun cina buta dilaknat oleh Nabi. Setiap bulan saya terima dua atau tiga panggilan dari suami atau isteri yang bertanya tentang cara nak nikah cina buta selepas bercerai talak tiga. Jadi, kita bincang sedikit isu talak tiga dan cina buta ni.

TALAK TIGA

Jatuh talak tiga bila suami menyatakan kepada isteri, "Aku ceraikan kamu dengan talak tiga" atau ayat yang jelas dan sama maksud dengannya, tanpa dipaksa.

Perkataan paksa ni perlu kita huraikan sikit.

Kalau isteri berkata "Ceraikan aku! Ceraikan aku! Ceraikan aku!" dan terus bising tak sudah, itu bukan paksa. Itu cuma desak. Tapi kalau isteri pegang pistol, hala kepada kita dan kata "Ceraikan aku kalau nak hidup", itu baru paksa. Paksaan cuma berlaku kalau ada akibat yang sangat buruk kalau kita tak ikut.

Jadi, kalau dipaksa, tak jatuh talak. Kalau cuma didesak, jatuh talak.

Talak tiga juga boleh jatuh melalui taklik. Contohnya, suami bertaklik kepada isteri, "Kalau awak buat bla bla bla, jatuh talak tiga". Kemudian, isteri buat apa yang suami larang tu, maka jatuh talak tiga.

Ada juga suami yang bertaklik ke atas diri sendiri. Contohnya, "Kalau aku buat lagi bla bla bla, jatuh talak tiga". Kemudian, suami lakukan lagi. Maka jatuh talak tiga.

TAPI, kalau suami kata "Aku ceraikan kamu! Aku ceraikan kamu! Aku ceraikan kamu!", cuma jatuh satu talak, bukan tiga.

Sebabnya senang saja: Bila suami kata "Aku ceraikan kamu" kali pertama, dah jatuh satu talak. Perempuan yang depan mata dia tu bukan lagi isteri dia. Itu adalah janda dia. Dia tak boleh talakkan perempuan yang bukan isteri dia. Ungkapan "Aku ceraikan kamu" kali kedua dan ketiga tak menjatuhkan talak sebab tak ditujukan kepada isteri lelaki itu. Kata-kata itu cuma ditujukan kepada janda lelaki itu. Tak ada kesan!

NIKAH CINA BUTA

Nikah cina buta terjadi apabila seorang isteri, yang diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya, berkahwin dengan seorang lelaki (cina buta) yang akan menceraikannya setelah bersetubuh dengannya, dengan niat untuk membolehkan perempuan itu nikah semula dengan suami asalnya. Kemudian, lelaki (cina buta) itu menceraikan isterinya seperti dirancang.

Ibrahim an-Nakha'i berkata,
"Jika niat salah satu dari tiga orang, suami yang pertama, suami yang terakhir, atau wanita itu adalah untuk "tahlil" (cina buta) maka pernikahan yang terakhir itu batal (tidak sah), dan wanita itu tetap tidak halal untuk suaminya yang pertama"
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (4/295) dan Sa'id bin Manshur (1994)).

Selagi pasangan cina buta dan perempuan itu tak bercerai, nikah itu adalah sah. Tapi, kalau bercerai dengan niat untuk membolehkan perempuan itu berkahwin semula dengan suami asal,  lalu terjadi nikah cina buta, nikah itu tak sah dan tak membolehkan perempuan itu berkahwin semula dengan suami pertamanya.

Lelaki yang terlibat, termasuk suami pertama dan suami kedua, dilaknat oleh Rasulullah. Kalau dah dilaknat tu, apa harapan untuk masuk syurga??

Kalau dah bercerai talak tiga, lupakan sajalah niat untuk rujuk semula, sehingga perempuan terlibat dah berkahwin dan bercerai bukan dengan niat nak rujuk semula dengan suami pertama.

Ada soalan? Silakan bertanya.

Monday, August 13, 2018

Nikah di Thailand dengan Warga Asing

Sekarang ni, semakin ramai rakyat Malaysia yang nak nikah di Thailand dengan warga asing, contohnya warga Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Nepal dan sebagainya.

Saya semakin kerap menerima panggilan atau pesanan whatsapp dari seseorang yang nak nikah dengan warga asing. Menurut mereka, nak nikah di Malaysia agak susah sebab prosedurnya memerlukan macam macam dokumen. Selalu juga saya terangkan kepada mereka bahawa kalau nikah di Thailand pun, semua dokumen tu kena ada masa nak daftar di Malaysia nanti. Tapi, kebanyakan mereka nak nikah dulu dan dapatkan semua dokumen tu kemudian.

Jadi, untuk sesiapa yang bercadang untuk nikah dengan warga asing di Thailand, berikut adalah satu panduan ringkas.

1. Kalau warga asing itu mempunyai permit kerja dari Malaysia, tamatkan dulu permit kerja tu. Kalau tidak, Konsulat Malaysia di Songkhla tak akan sahkan surat nikah selepas nikah di Thailand nanti. Kalau tak ada pengesahan Konsulat, surat nikah tu tak diiktiraf di Malaysia. Sama macam tak ada surat nikah. Tak boleh daftar nikah tu di Malaysia.

Jangan risau! Selepas nikah nanti, mereka boleh mohon spouse visa. Dengan spouse visa, mereka dibenarkan bekerja di Malaysia. Dah tak perlu permit kerja.

Tapi, kalau susah nak tamatkan permit kerja warga asing itu  (contohnya majikan tak nak tamatkan), boleh nikah dulu di Thailand dan pergi semula untuk pengesahan Konsulat selepas permit kerja tamat nanti. Tapi, sementara menunggu pergi semula ke Thailand, berhati-hati supaya pencegah maksiat tak tangkap!

2. Sebelum nikah di Thailand, semak dengan Kedutaan Thailand di Jalan Ampang tentang keperluan visa untuk masuk ke Thailand. Kalau pasangan dari negara ASEAN seperti Indonesia atau Filipina, tak ada masalah. Visa tak diperlukan untuk masuk ke Thailand. Kalau negara seperti India atau China, visa boleh terus didapati di sempadan.

Tapi kalau dari negara lain seperti Bangladesh, Nepal atau Pakistan, permohonan visa perlu dibuat di Kedutaan Thailand. Biasanya, Kedutaan Thailand memerlukan setiap pemohon mempunyai akaun bank di Malaysia yang dibuka tak kurang dari 6 bulan sebelum memohon visa ke Thailand.

Selain itu, kalau pemegang permit kerja Malaysia, permit kerja itu perlu ada "multiple entry permit". Maksudnya, setelah pergi di Thailand, tak ada masalah untuk masuk semula ke Malaysia.

3. Kalau bakal suami adalah seorang bukan Islam, pastikan dia bersunat dulu sebelum pergi ke Thailand untuk nikah. Pejabat Agama di Thailand tak akan menikahkan kalau mereka tahu lelaki itu belum bersunat. Pejabat Agama Songkhla akan meminta lelaki itu membuka seluar dalam bilik khas, untuk membuktikan dia dah bersunat.

Kalau dia dah masuk Islam, bawa surat atau kad mualaf yang asal. Kalau belum masuk Islam, dia boleh diislamkan di Pejabat Agama di Thailand sebaik sebelum nikah.

4. Untuk mendaftar di Malaysia setelah nikah di Thailand, beberapa dokumen dari negara asal tetap akan diperlukan. Dokumen yang paling penting adalah pengesahan status perkahwinan di negara asal.

5. Untuk mendaftar di negara pasangan setelah nikah nanti, mungkin dokumen tambahan akan diperlukan dari Bangkok. Biasanya, surat pengesahan nikah perlu didapatkan dari The Central Islamic Committee of Thailand di Bangkok, kemudian surat ini perlu disahkan oleh Legalization Division, Ministry of Foreign Affairs Thailand, juga di Bangkok.

Ada soalan? Silakan bertanya.

Ridzwan. Tel +60103658513