Saturday, March 9, 2013

Perkahwinan di Thailand: Nikah di Phatthalung

Semakin hari semakin ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan di Thailand, khususnya di Majlis Agama Islam Songkhla. Mungkin pemilihan Songkhla adalah akibat meningkatnya kesedaran bahawa surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla diperlukan setelah selesai perkahwinan di Thailand. Peningkatan bilangan pasangan yang melangsungkan perkahwinan di Songkhla telah menyebabkan masa menunggu giliran untuk nikah menjadi agak lama pada hari-hari tertentu. Oleh itu, sejak awal tahun ini, kami telah mula membawa pasangan ke Majlis Agama Islam Phatthalung di utara Songkhla.

perkahwinan di Thailand di Phatthalung lebih cepat
Phatthalung

Perkahwinan di Phatthalung, di Majlis Agama Islam di sana, diiktiraf oleh JAKIM, sama seperti perkahwinan di Majlis Agama Islam Songkhla. Waktu perjalanan ke sana lama sedikit berbanding Songkhla, tapi disebabkan tak ramai pasangan yang nikah di sana, urusan nikah boleh selesai dalam masa yang singkat. Setelah selesai urusan nikah di Phatthalung, pasangan akan menerima surat nikah dan surat pengesahan nikah, sama macam di Songkhla. Kemudian, kami bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk memohon surat pengesahan dari Konsulat Malaysia. Seperti biasa, Konsulat akan mengeluarkan surat pengesahan itu pada hari bekerja berikutnya. Jarak di antara Majlis Agama Islam Phatthalung dengan mana-mana tempat di Malaysia melebihi 100km. Ini bermakna bahawa semua pasangan Malaysia yang menghadapi masalah wali enggan boleh melangsungkan perkahwinan di Phatthalung, sebab dah melebihi jarak 2 marhalah yang diperlukan. Sebagai perbandingan, Majlis Agama Islam Songkhla terletak cuma 43km dari tempat paling dekat dari Malaysia, di utara Perlis.