Wednesday, September 28, 2011

Pendaftaran Nikah di Thailand - Surat Pengesahan Konsulat lagi!

Ada satu pasangan muda yang nikah di Thailand beberapa bulan lalu. Mereka nikah di Narathiwat sebab ibu bapa pengantin perempuan tak setuju anak mereka nikah dengan lelaki yang belum ada kerja tetap tu.

Lepas kahwin, mereka duduk berasingan. Perempuan tu masih lagi duduk dengan ibu bapa.

Kemudian, mereka cuba untuk mendaftarkan nikah mereka di Kuala Lumpur. Bila masuk mahkamah, hakim minta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Mereka tak ada surat tu. Nak pergi ke Songkhla pun agak susah, sebab perempuan tu dikawal rapi oleh ibu-bapa yang tak tau mereka dah nikah, tapi syak mereka masih meneruskan berhubungan.

Setakat keluar beberapa jam dari rumah, boleh. Kalau keluar subuh balik malam, tak boleh. Bermalam ditempat lain dah tentu tak boleh.

Mereka cuba mendaftar di Selangor pulak. Nasib baik Selangor masih boleh teruskan perbicaraan kalau tak ada surat Konsulat, asalkan saksi boleh hadir.

Selepas lebih kurang 2 bulan, Mahkamah Syariah Selangor mengesahkan nikah mereka dan mengarahkan mereka untuk mendaftar nikah mereka di Pejabat Agama Gombak. Malangnya, bila mereka pergi untuk mendaftar di Gombak, pegawai disana meminta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla! Mereka masih belum boleh mendaftarkan nikah mereka!

Bagi mereka yang berhajat untuk nikah di Thailand, pergilah ke Songkhla. Jangan pergi nikah ditempat yang tak boleh mengeluarkan surat pengesahan Konsulat Malaysia. Jangan susahkan badan sendiri!

Monday, September 19, 2011

Nikah di Thailand tanpa Pasport

Selalu juga saya terima panggilan dari individu yang ingin nikah di Thailand tapi tak ada pasport (atau pas sempadan). Ada yang tak pernah ada pasport. Ada yang tak dibenarkan keluar negara. Punca utama tak dibenarkan keluar negara termasuk tak bayar balik pinjaman PTPTN dan muflis.

Mereka yang terlibat biasanya ingin tau bagaimana nak nikah di Thailand tanpa pasport.

Kami tak terlibat dengan urusan membawa pasangan nikah di Thailand tanpa pasport. Banyak bahayanya, dan akan menyusahkan pasangan sendiri kemudian nanti.

Bukan senang nak melepasi imigresen Malaysia/Thai kalau tak ada pasport. Kalau pun dapat melepasi Imigresen, masih menghadapi kemungkinan masalah sekatan jalan raya antara Bukit Kayu Hitam dan Hat Yai/Songkhla.

Tapi bukan setakat bahaya tertangkap disebabkan tak ada pasport. Bila dah kahwin nanti, ada masalah lain pulak - Konsulat Malaysia di Songkhla biasanya tak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah kalau tak ada pasport yang dicop oleh imigresen Thailand; dan bila masuk mahkamah syariah untuk pengesahan nikah nanti, hakim akan meminta pasport untuk membuktikan bahawa kedua pasangan berada di Thailand pada hari pernikahan.

Untuk mengelakkan masalah2 ni, pastikan ada pasport (atau pas sempadan) yang sah sebelum ke Thailand.

Kalau tak pernah buat pasport, pergi buat pasport. Prosesnya mudah, dan pasport dikeluarkan pada hari yang sama. Kalau tak bayar hutang PTPTN, pergi berunding dengan PTPTN tentang bayaran balik hutang yang tertunggak tu. Kalau bankrap, pergi ke Pejabat Insolvensi berkaitan dan tanya mereka apa yang perlu dilakukan untuk keluar negara.

Ikut cara yang betul supaya tak timbul masalah lain kemudian nanti. Biar berjaya nikah di Thailand dan berjaya juga untuk mendaftarkan nikah tu di Malaysia nanti.