Persediaan untuk Nikah di Thailand
Sebelum pergi ke Thailand, sediakan dokumen berikut:
- Pasport antarabangsa yang masih sah sekurang-kurangnya selama 6 bulan
- Bagi penduduk Perlis, Perak, Kedah dan Kelantan, pasport boleh digantikan dengan Pas Sempadan
- Bagi tentera dan polis, perlu dapatkan kebenaran jabatan masing-masing dulu untuk keluar negara
- Bagi mereka yang muflis, bincang dengan pejabat insolvensi dahulu untuk mendapatkan kebenaran keluar negara
- Bagi mereka yang dihalang keluar negara kerana tidak membayar balik hutang PTPTN, bincang dulu dengan PTPTN tentang bayaran balik dan apa yang perlu dilakukan untuk membolehkan keluar negara
- Surat cerai atau surat kematian suami bagi perempuan, jika berkenaan
- Salinan pakaian yang sesuai, jika diingini
- Kad/surat pengesahan mualaf, jika berkenaan
Prosedur Nikah di Thailand
- Pergi ke Bukit Kayu Hitam untuk tiba disana dalam pukul 8:00 - 9:00 pagi, jika boleh. Bukit Kayu Hitam terletak di Utara Kedah dan merupakan penghujung Lebuh Raya Utara Selatan. Bawa semua dokumen diatas yang berkenaan, termasuk kad pengenalan
- Kami akan sediakan pengangkutan di Bukit Kayu Hitam
- Dari Bukit Kayu Hitam, pasangan akan dibawa terus ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) di Jalan Klonghae, Hat Yai. Pejabat ini terletak di dalam masjid
- Bayaran untuk khidmat kami hendaklah dibuat sepenuhnya setiba di MAIS dan sebelum akad nikah
- Sekiranya ingin bertukar pakaian atau lain-lain persediaan sebelum akad nikah, semuanya boleh dilakukan di masjid ini
- Akad nikah kemudian akan berlangsung. MAIS akan melantik jurunikah (akan bertindak sebagai wali hakim) dan saksi-saksi dari kalangan naib kadhi mereka. Mereka mempunyai 30 orang naib kadhi, jadi tak ada masalah untuk mereka menyediakan jurunikah dan saksi
- Surat nikah akan dikeluarkan oleh MAIS, diikuti oleh surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla, beserta dokumen-dokumen sokongan, seperti salinan surat nikah, salinan kad pengenalan dan salinan pasport.
- Selesai semua urusan di MAIS, kami akan bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada Konsulat, beserta dokumen-dokumen sokongan diatas, perlu diserahkan kepada Konsulat Malaysia
- Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa pasangan dan pengiring (jika ada) untuk makan tengah hari di restoran Islam di tepi pantai Songkhla. Makan tengah hari ini adalah atas tanggungan kami
- Pasangan kemudian akan dihantar ke hotel yang dipilih oleh pasangan sendiri (kami boleh bagi cadangan). Pasangan boleh pilih hotel di Hat Yai (jika inginkan suasana bandar) atau Songkhla (jika ingin berada ditepi pantai).
- Hari berikutnya, kami akan jemput pasangan dari hotel dan bawa ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia
- Selesai urusan di Konsulat, kami akan membawa pasangan balik ke Bukit Kayu Hitam
Pendaftaran Nikah di Thailand setelah kembali ke Malaysia
Setelah kembali ke Malaysia, pergi ke Jabatan Agama Islam berhampiran dan minta borang pendaftaran nikah yang berkaitan.Proses pendaftaran nikah di Thailand akan memerlukan pasangan menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah dan kemungkinan dikenakan denda sebelum pendaftaran nikah dibenarkan